CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 10, 2011

biar ia berlalu ~

" benar,aku jujur dan ikhlas sayang kat kau.aku nak kau jadi isteri aku, jaga makan minum dan keperluan aku dan ibu kepada bakal anak-anak aku yang akan kau lahirkan.ini bukan main-main.aku benar-benar serius."

" aku tak faham.apa masalah kau sebenarnya?apa motif kau?"tolongla, ramai lagi perempuan-perempuan lain yang boleh jaga makan minum kau dan jadi ibu kepada anak-anak kau. kenapa mesti aku.aku tahu, kau pun faham keadaan aku.aku sukar menerima lelaki lain dalam hidup aku.kau kawan aku.aku tak pernah anggap kau lebih dari kawan.aku harap kau faham."



Hujung minggu kali ini tidak seperti hujung minggu sebelum-sebelum ini.biasanya Ardini akan keluar bersama kawan-kawannya. tetapi minggu ini dia tidak berniat untuk keluar.tindakan berani Mifzal seminggu lalu telah menyebabkan Ardini tidak senang untuk keluar bersama-samanya.Ardini lebih selesa untuk berehat di rumah dan mengemas apa yang patut.

"rajinnya cik Dini kita hujung minggu ni?"sapa Naifa sebaik sahaja keluar dari bilik tidurnya.
"biasa je la cik Naifa,malas nak keluar minggu ni." jawab Ardini ringkas.
"really?boleh la lunch bersama-sama.Dini, Kanki jom?" pinta Naifa.
"ok je, jom.lama kita tak dating berduakan?" Ardini menambah.
"tahu takpe.Dini lah yang selalu busy,sampai Naifa disisihkan."rajuk Naifa.

Ardini bingkas memeluk Naifa,tanda minta maaf.

"sorry la Naifa,Dini minta maaf."
"ye la,Naifa maafkan dengan syarat Dini belanja Kanki."Naifa memberi syarat.
"ok bos."sambut Dini serta tabik hormat pada Naifa.

Ardini dan Naifa hanya berehat di rumah pada malam hari dek kepenatan menghabiskan masa sehari suntuk tadi.mereka hanya menonton rancangan televisyen yang disiarkan sambil menikmati nescafe panas yang disediakan Naifa.jam menunjukkan tepat 11.00 malam.Ardini bermalas-malasan bangun 
ke bilik.

"Naifa,dah tidur ke?eh,bangunlah.takkan nak tidur kat hall kot.bangun,bangun."kejut Ardini.

dia tidak menyangka si Naifa sudah terlelap di sebelahnya.Ardini memimpin Naifa ke biliknya.sebaik sahaja mencuci mug, Ardini melangkah ke bilik tidurnya.Ardini terus merebahkan badan di tilam empuknya.siling bilikya direnung lama.

"tut..tut..tut"

dicapai handphonenya,dibaca message yang baru diterimanya.

salam.Dini,nape x join td?xkn sbb last week ko still marah aku?aku da mntk maaf kn?lgpn aku hanya jujur dgn diri aku dan kau.silapkah aku wt cmtu?

wslm.zal,xdela.aku da lame maafkan kau.aku xsimpn dlm hti pn.kau jgn la riso.aku td kluar ngn Naifa,sbb 2 xjoin.

aku ingtkn ko marh lg.alhamdulillah.

xde la.ok la da lewat da.ngantuk.salam

tido leklok.gudnite my sayang princess.wslm

"gila!"


hanya itu yang mampu diucapkan Ardini sebelum memejamkan matanya.sebaik sahaja mematikan enjin keretanya, kereta Mifzal mengambil parking disebelah kereta Ardini.Debarnya semakin kencang,teringat last message malam tadi.mereka berjalan beriringan ke lif.Mifzal seperti biasa memulakan perbualan di kala sepi.

"kenapa merah sangat lipstik pagi ni?10 meter jauh pon jelas boleh nampak tebalnya bibir kau."usik Mifzal bersahaja.

Ardini segera meraba bibirnya.Mifzal hanya tergelak besar memerhatikan telatah Ardini.Ardini memukul Mifzal dengan file hijau di tangan kirinya.Ardini memang tidak pernah mengenakan liptik merah di bibirnya.

"kau ni kan,kalau pagi-pagi tak kacau aku,tak sempurna pagi kau kan?" marah Ardini.

Mifzal mengaduh kesakitan."takde la, kau tu, pagi-pagi dah muncung semacam."

"mana ada muncung?biasa je." terang Ardini

"eh,Zal.kenapa tu?" Ardini segera melekapkan tisu di pipi bawah kiri Zal.memang begitu
sifat Ardini,kalut.

"pegang leklok,banyak bleeding tu.ni mesti shave tak hati-hati".pesan Ardini sambil 
berlari-lari anak ke officenya.

Mifzal mengelap darahnya dan dilihat tisu yang tidak berdarah itu.dari jauh kelihatan Ardini mengangkat dua thumbs kepadanya.pasti itu adalah tujuan untuk membalas dendam.Mifzal mengeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Ardini.memang Mifzal suka berjenaka.sesiapa sahaja yang bersamanya, pasti tidak kering gusi.begitu juga Ardini.dia menjadi staff favourite di kalangan staff perempuan kerana dia selalu menceriakan suasana, happy go lucky setiap masa.sebab itu la mereka berdua serasi.

tut..tut..tut..

aku tahu la ko sayang aku,tapi xperlulah secaring tadi,sayang.message yang diterima oleh Mifzal dibalas.

GILA!!=P 

jam tepat 5.00 petang.Ardini bergegas ke lif untuk pulang.tetapi dia gagal menghidupkan enjin keretanya.Mifzal muncul sambil sinis bersahaja.

"itu lah balasan orang yang suka menipu di pagi hari."

"ye la tu Zal,kau tu pon menipu jugak pagi tadi kan?cuba kau plak start enjin kereta kau.entah-entah, kereta kau pun tak hidup."
 ketawanya pecah di basement 2 itu.

malangnya, kereta Mifzal berjaya dihidupkan dengan sekali cubaan.mulalah kembang kempis
hidung lelaki itu.Mifzal menelefon Ah Peng,workshop yang sering menjadi singgahannya setiap
bulan untuk menunda kereta Ardini ke bengkel.

"Dini, aku da call Ah Peng.kita tunggu dia datang ambil kereta,then aku hantar kau balik rumah."bicara Mifzal sebaik sahaja mematikan talian telefonnya.
"wah.terima kasih Encik Mifzal.mulianya hati Encik Mifzal hari ni." Ardini sengaja menyakitkan hati Mifzal.
"kau tak perlu nak perli-perli aku.aku memang baik hati pun Dini." balas Mifzal.

sebaik sahaja trak penunda menunda Hyundai i10 Ardini, Mifzal memecut ke rumah Ardini.

"Dini,kau masih tak percaya ape yang aku cakap last week?" Mifzal memulakan bicara.
"Zal,kau tak payah la menduga hati wanita aku ni.aku tahu kau sekadar main-main."
"tak,Dini.aku ikhlas.mak aku memang berkenan sangat ngan kau."

Dini tergelak kecil."itu mak kau.memang semua orang berumur suka aku Zal.itu aku tahu."
"Dini,kalau mak aku pun dah suka.aku ni,bertambah-tambahlah sukanya."
 balas Mifzal sedikit keras suaranya.
"mak aku tunggu persetujuan kau je,untuk masuk meminang." tambah Mifzal.
Ardini sedikit terkejut."kau memang lah Zal,dah 10 tahun aku kenal kau,tak pernah nak
berubah."
Dini cuba berlagak selamba.
"terserahlah Dini.aku tak tahu cara terbaik untuk meyakinkan kau.kalau kau taknak,cakap je.aku akan beritahu mak aku supaya jangan berharap dan cari je lah mana-mana anak dara lain."
Mifzal pasrah.

kedua-dua mereka terdiam.Ardini terasa begitu bersalah.antara persahabatan dan cinta sangat sukar baginya.mampukah dia menerima cinta dari Mifzal?

perjalanan pulang ke rumahnya terasa begitu jauh.sebaik sahaja sampai di rumahnya,Ardini ngucapkan terima kaseh kepada Mifzal.belum sempat Ardini menutup pintu, Mifzal sempat berpesan.

"dini,kau fikir-fikirkan lah ye.assalamualaikum"
Ardini hanya menjawab "Waalaikumussalam".

Nissan Latio putih itu memecut laju meninggalkan perkarangan rumah Ardini.Ardini masih teringatkan pesanan Mifzal.di hati wanitanya hanya ada Naqib Ahza yang pernah bertamu di hati.benar dia kecewa dengan hubungan yang tidak berkesampaian itu.namun apakan daya itu ketentuanNYA.hatinya masih sukar menerima pengganti baru.tapi kenapa?masihkah Syafi Ardini menanti cinta dari seorang lelaki bernama Naqib Ahza?

"kenapa ni Fi?dah berapa kali Aza nak cakap?tapi Fi still tanya soalan yang sama.Aza dah bosan".kasar suara itu singgah di cuping telinganya.kini masih jelas kedengaran.
"Fi cuma nak tahu.takkan tu pon salah". balas Ardini.
"Fi ni macam tak percayakan Aza.macamana nak bahagia kalau tak ade percaya?" tengking Ahza lagi

teringatkan kejadian itu Ardini tersentap. beristighfar seketika.airmata wanitanya mengalir lagi. Ardini tahu silapnya,seringkali soalan kepercayaan dipersoalkan.hati lelaki mana yang mampu bertahan? Namun Ardini redha dengan ketentuanNYA.bukan sahaja berbeza keturunan,tetapi juga darjat.sangat ketara bezanya, bagai langit dengan bumi.banyak mata yang akan memerhati segala gerak geri dan banyak juga mulut yang akan berbisik sesama sendiri.

salam.Zal,nnti lunch ngan aku tau?jangan lupe..(",)vmessage ditaip pantas kepada Mifzal.

wslm.baik!!!!!!!!!!!!!!!ringkas balasannya.

"Zharif Mifzal,demi Allah aku bersedia untuk segala yang akan mendatang. Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah perjalananku.Kuatkan imanku,tabahkan hatiku.Amin." sempat Ardini berdoa sebelum melangkah keluar office.

"apa mimpi kau Dini?dapat bonus ke ni?Alhamdulillah.makan free la aku." sapa Mifzal sebaik sahaja mengambil tempat di hadapan Ardini.
"aku ada benda nak cakap." Dini bersuara.
"apa?cakap je.kau naik pangkat?tak pun kau nak beli kereta baru?" sangka Mifzal.
Ardini menggeleng."Aku dah fikir masak-masak. setuju dan bersedia menjadi suri hidup kau."
Ardini memandang Mifzal dengan seribu tanda tanya.menunggu reaksi Mifzal.
Mifzal menekup mukanya dan memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi. Mifzal memegang kedua-dua belah bahu Ardini, tetapi ditepis kuat Ardini.
"sorry Dini, aku cuma nak cakap terima kasih banyak-banyak." terang Mifzal.
"Zal, kita takde hubungan yang sah.Kau tak boleh pegang aku sesuka hati.itu dosa."Ardini sedikit tegas.
"aku mintak maaf Dini.takde niat apa-apa pun.aku excited."terang Mifzal lagi.

makan tengahari itu berbeza suasananya.biasanya mereka akan berborak rancak,tapi tidak tadi.suasananya sepi.

salam,Syafi Ardini terima kasih tidak terhingga kerana menerima lamaran Zharif Mifzal.semoga jodoh kita berkekalan hendakNYA,amin.wslm

message yang diterima Mifzal tidak dibalas.Ardini masih memikirkan keputusan yang dibuatnya tengahari tadi.Ardini melangkah masuk lif seorang diri.

"hye sayang."sapa Mifzal.Ardini memandang Mifzal.
"Assalamualaikum.aku bukan sayang kau.aku cuma setuju untuk jadi isteri.kita tak ada ikatan apa-apa.so, kau tak perlulah nak bersayang-sayang ngan aku.aku rimas." terang Ardini selamba.
Mifzal belum sempat membalas, Ardini telah melangakah keluar lif.Hati wanitanya sebenarnya teruja untuk bergelar seorng isteri, namum ada sedikit gusar yang tidak dia pasti kenapa i a wujud.

Ardini,aku tahu kau masih sayangkan Naqib.tapi bila kau dah setuju untuk menjadi suri hidup aku, aku harap hati kau hanya untuk aku.aku akan cuba untuk jadikan yang terbaik untuk kau.

Ardini menerima message dari Mifzal sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi.

Mifzal,yakinlah dengan apa yang telah aku tuturkan sebelum ini. Ardini membalas ringkas.

Naqib Ahza,memang kita tidak dijodohkan untuk bersama.lenyaplah engkau dari ingatan dan pandanganku.bukan aku ingin menguji hati lelakimu kerana menerima sahabat baikmu sebagai suamiku,tetapi sahabatmu melamarku.aku tidak mahu menolak lagi untuk kedua kalinya, setelah lamaranmu kutolak mentah-mentah.maafkanlah aku untuk kesekian kalinya.Ardini mengaminkan doanya.

"tut..tut..tut.."
"Gemilang Holdings Sdn.Bhd." kak Eryana mesra menerima panggilan.
"Dini,2nd engineer line 2." teriak kak Eryana.
"thanks kak Eryana."balas Ardini.
"yes, mr.engineer.boleh saya bantu?"Ardini professional bila berurusan.
"Miss Syafi Ardini,mak nak kita kahwin bulan depan." tenang Mifzal menutur kata-kata.
"apa?" Ardini terkejut dan terdiam.
"diam tandanya setuju.ok thanks."Mifzal memutuskan talian tanpa menunggu balasan dari Ardini.


"Naifa,aku kahwin bulan depan." bicara Ardini bersahaja
"Kahwin?siapakah lelaki bertuah itu?" teruja Naifa
"Mifzal." jawab Ardini ringkas.
"aku dah agak dah.si Mifzal tu memang suka kat kau la Dini.tapi kau tu buat-buat buta." tambah 
Naifa.

persiapan di rumah Ardini tidak segah persiapan di rumah Mifzal. tambahan pula Ardini dari keluarga susah.Dia tidak mahu membebankan ibu bapanya. lagipula Mifzal dari golongan berada.Risau ulut-mulut 
orang kampung bercakap bukan-bukan tentang dia dan keluarga.cukuplah peristiwa dulu.dia dianggap sebagai mengambil kesempatan di atas keberadaan Ahza.

Ardini meminta izin dengan Mifzal, bakal suaminya untuk menjemput Ahza ke majlis perkahwinan mereka.Mifzal mengizinkannya. baginya, mungkin itu cara terbaik untuk Ardini melenyapkan terus perasaannya yang masih tersisa, sekaligus menjelaskan hubungan mereka yang memang tidak terjodoh bersama.

benar, lama Ahza dan Ardini bersama.namun, di mata lelaki Mifzal, Ahza gagal menjalankan tanggungjawabnya. dia seolah-olah tidak serius pada perhubungan yang telah terjalin lebih 4 tahun itu.

"assalamualaikum, Aza."
"waalaikumussalam, Fi. lama tak dengar suara Fi."
 jawab ahza spontan.Naqib Ahza berjaya meneka tepat Ardini kerana hanya Ardini yang memanggilnya ahza, kerana bagi Ardini dia sangat beruntung memiliki Naqib Ahza.
"Fi nak jemput Aza sekeluarga ke majlis perkahwinan Fi dan Mifzal. harap Aza sekeluarga sudi datang."
" Zharif Mifzal?alhamdulillah. congrats to both of you.tapi, Mifzal takde bagitau apa apa pun."
jelas Ahza.
"memang Fi yang minta untuk menjemput Ahza sekeluarga."terang Ardini jujur.
yeke, patutla.insyaALLAH kalau tiada aral, kami hadir."balas Ahza.
"terima kasih, Assalamualaikum." Ardini segera mematikan talian.tidak tahu apa perasaannya.tetapi dia puas!terlepaslah segala beban yang ditanggungnya selama ini.Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.kini diyakin benar dia bersedia untuk menjadi isteri Zharif Mifzal.

Syafi Ardini sah bergelar sebagai isteri Zharif Mifzal dengan hanya sekali lafaz.

Zharif Mifzal,terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menerima Syafi Ardini seadanya. Syafi Ardini berjanji akan menjadi seorang isteri yang solehah, ibu mithali dan sahabat sejatimu yang akan menggembirakanmu di kala duka, yang akan membantumu di kala susah yang akan selalu mencintai, menyayangi dan mendampingimu.semoga jodoh kita kekal dan berpanjangan hingga ke akhir hayat. dikurniakan rezeki dan anak-anak yang solehah..amin



Syafi-Yang menyembuhkan Ardini-isteri yang menyayangi (Syafi Ardini)
Naifah-Kedudukan tinggi abyana-nyata, jelas (Naifa Abyana)
Zharif-Periang,berjenaka Mifzal-Teramat mulia (zharif mifzal)
Naqib-Yang menjamin Ahza-yang beruntung (Naqib Ahza)


[unexpected] : wrote this story a year ago ~

0 Critique(s):

Post a Comment