sebenarnye sedikit kesal, kecewa, marah dan beberapa lagi sifat mazmumah yang terdetik di dalam hati kecil kami sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sana..tapi aku seperti biasa, masih berlagak cool..aku tahu, jika perkara ini diketahui en.papa, pasti dia tidak suka dan menentang 100%..tapi apa yang mampu saya lakukan en.papa??mana tidak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi (maafkan saya, pn.mama)..bukan nak salahkan pn.mama 100%, tetapi perkara yang biasa dilakukan pn.mama, akan terpraktik oleh saya secara tidak langsung ; berusaha menjaga hati orang ramai (adalah hipokrit bagi en.papa)..
saya berusaha memaniskan muka semanis mungkin dan mengeluarkan kata-kata sepolite mungkin kerana tidak mahu ada sesiapa yang akan terasa hati..tambahan pula, saya tetamu..memang wajar dan selayaknya begitu kepada tuan rumah..memang begitu adatnya jika ke rumah orang kan?sesibuk mana pun kalian, pasti layananyang baik dan mesra harus diberikan kepada tetamu..saya seolah-olah tidak wujud disitu..dimanakah sensitiviti anda sebagai TUAN RUMAH dan KAWAN??
saya terfikir sejenak, sebelum ini topik "tidak sensitif" ini pernah dibicarakan oleh saya dan miss adep (seorang kawan) tetapi bukan dari golongan kami..alangkah terkejut saya bila keadaan "tidak sensitif" ini juga wujud dalam golongan kami..(siapakah golongan kami itu, sila abaikan)
[unexpected] : sempat membeli belah walaupun hati meluap-luap ~
13 may 2018
6 years ago