Pagi itu saya dibangkit awal dari biasa..Alhamdulillah Dia pilih saya..syukur..sempat saya menatap media massa mendengar tazkirah pagi..ustazah bercerita tentang cara memilih suami..berkebetulan dengan situasi saya yang masih mencari..ustazah menekankan kita perlu memilih, terdapat beberapa keadaan suami yang berada di pasaran..huhu
pakej utama
suami yang baik agamanya
hadis Rasulullah : apabila datang kepada kamu lelaki yang baik agamanya dan baik akhlaknya,terimalah lamarannya kerana takut berlaku fitnah di muka bumi akan berleluasa..
apabila dilihat dari luaran, lelaki itu berjubah,berkopiah..in syaa Allah dalamannya dia mesti menjaga solat, akidah dan dari family yang baik-baik. ini dapat dilihat dari cara perbualannya..
maka ini adalah calon yang terbaik..namum pakej ini sangat
limited..kalau kereta, mereka umpama yang LE (limited edition) dan SE
(special edition)
pakej biasa
suami ini dalam keadaan baik..kacak,berharta dan bekerjaya..
hadis Rasulullah : 3 perkara yang boleh membuat orang bahagia..rumah yang elok..kenderaan yang elok..dan isteri yang solehah
ini yang paling banyak dipasaran..sehinggakan kita perlu mengklasifikasikan mereka kepada beberapa bahagian..contohnya jika mereka kereta, kita perlu groupkan dari segi harga, c.c, design dan brand..huhu
pakej darurat
dek tuntutan kerja, kaum hawa lebih ramai memilih untuk hidup sendiri..atau mungkin meminta kawan-kawan atau ahli keluarga yang membuat keputusan bagi pihak dirinya..jadi persoalannya,macamana nak tahu pilihan orang lain itu sesuai dan baik untuk kita?
jawapannya simple, cuba untuk kenali peribadi dia, pandang dan kenali kawan-kawan dia (tahap agama seseorang bergantung kepada kawan mereka ; cara mudah dalam melihat keagamaannya) ada pepatah menyatakan
" jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan terbau harumnya..tetapi jika kita berkawan dengan tukang besi, berkemungkinan baju kita akan terbakar dan kotor ".
selain itu juga, solat
istikarah boleh dilakukan (takkan rugi sesiapa yang beristikarah dan takkan menyesal barag siapa yang
bermusyawarah).. jadi, panjatlah doa kepada Allah..sesungguhnya Dia Maha Mendengar..
lain-lain pakej
pakej ini jarang ditemui, tetapi jika hal ini berlaku kepada kaum hawa, itu bermakna anda dalam proses diuji..sebaiknya, buat double check buku lama..mungkin kesilapan itu bermula dari kita..jangan cepat menunding jari kepada orang lain..
bagaimana jika suami yang baik+alim pada awalnya, tetapi berubah selepas beberapa tahun kahwin?jangan mudah menghukum orang..mungkin perubahan itu disebabkn kita (muhasabah diri). hal ini mungkin disebabkan faktor dunia yang melalaikan, nafsu diri, syaitan yang mengajak kepada keburukkan dan kawan-kawan yang macam syaitan..jadi, segalanya ditangan anda wahai kaum hawa..maka, bijaklah memilih..
[unexpected] : mood election..selamat memilih!!undi dengan bijak..
undi untuk hak anda!!