CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 12, 2011

warkah HAWA kepada ADAM ~

warkah istimewa untuk ADAM yang diingati selalu..

Adam
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu 
Sesungguhnya aku adalah Hawa 
Temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok 
jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu
sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan 

Adam 
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku 
Lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman 
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya 
Jika bilangan kaum mu mengatasai kaumku 
Nescaya merahlah dunia kerana darah manusia 
Kacau-bilaulah suasana 
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa 
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil 
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya pun juga begitu 
Maka tidak selaraslah undang-undang Allah 
Yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu 
Tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu 

Adam 
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku 
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku 
Tapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu 
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku 
Mesti tunduk ketika menjadi isterimu 
Namun terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara 

Adam 
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan 
Kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita 
Kau diberi amanah untuk mendidik aku 
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku 
Memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhan 

Tapi Adam 
Nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini 
Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu 
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan 
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah 
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku 
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup 
Dari hujung kaki sampai hujung rambut 
Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya 

Adam 
Mengapa kau biarkan aku begini? 
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu 
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu 
Tapi sekarang di waktu yg sama 
Aku ke muka menguruskan hal negara 
Aku ke hutan memikul senjata 
Padahal, kau duduk saja 
Ada di antara kamu yang menganggur tiada kerja 
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba 
Kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara 
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? 
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku? 

Adam 
Marahkah kau jika ku katakan andainya Hawa terpesong 
Maka Adam yang patut tanggung! 
Kenapa? Mengapa begitu ADAM? 
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik! 
Jika murid bodoh guru yang tidak pandai mengajar! 
Adam kau selalu berkata 
Hawa memang degil tak mahu dengar kata 
Tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku 
yang dhaif ini. 

Adam 
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama 
Seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? 
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Nabi Muhammad SAW terhadap mereka? 
Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa? 

Adam 
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu 
Aku adalah pengikut-pengikutmu 
Kerana kau adalah ketua 
Jika kau benar, maka benarlah aku 
Jika kau lalai, lalailah aku 
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu 
Akalmu sembilan, nafsumu satu 
Aku, akalku satu nafsuku beribu! 
Dari itu Adam, pimpinlah tanganku, 

kerana aku sering lupa dan lalai 
Sering aku tergelincir ditolak sorong 
oleh nafsu dan kuncu-kuncunya 
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah 
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari 
Tuhanmu agar menerangi hidupku 
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku 
menjadi mujahidah kekasih Allah 

Adam 
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri 
Masih segan mengikut langkah para sahabat 
Masih gentar mencegah mungkar maka kita tunggu dan lihat 
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah 
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri 
Dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu 

[unexpected] : cilok from one of my friend's note kt fb ~ =)

Wednesday, March 9, 2011

tinggikan martabatmu ~

sakitkah bila putus cinta??
kenapakah harus terjadi itu semua??
alah, kerana lelaki pon sampai menangis berliter2!!
benda dah lepas..biarkan la..buat apa dikenang..

hai..enak sungguh berbicara wahai hati-hati yang tidak merasakan??lantang sungguh suaranya menerjah cuping telinga..bagi hati yang tengah dirundung duka, memang perlian begitu menjadi buah pergaduhan antara manusia..bukan ingin membicarakan kisah putus cinta aku..(bercinta pon tak penah camne nak putus kan??huhu) tapi ingin mengambil rasionalnya pandangan dan soalan diatas..sebenarnya banyak lagi sindiran dan pertanyaan yang berbau perli akan didengar di telinga sekiranya putus cinta berlaku.. (melalui pengalaman orang laen la.. =)) biasanya jika berlakunya PUTUS CINTA mesti kaum hawa akan emosi terlebih..benar.. tetapi rasionalnya KENAPA SEDIH SANGAT??

JAWAPAN PERTAMA..

masih sayang, jawapan itu kurang wajar untuk diterima pakai..takkan lah nak paksa orang menyayangi kita??SAYANG tidak memerlukan BALASAN..jadi sekiranya MENYAYANGI seseorang, sayanglah sepuas hati..jangan mengharapkan dia MENYAYANGI kita seperti kita menyayangi dia..kerana dia mungkin 'CACAT' dan 'TAK SESEMPURNA' kita yang dikurniakan ANUGERAH dari ALLAH untuk MENYAYANGI orang lain..betol tak??terima kasih untuk anugerah itu =)

JAWAPAN KEDUA..

susah nak cari lelaki macam si dia..arghhh jawapan itu lagi tak boleh dipakai..orang-orang tua selalu berpesan, PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI..hang pon 1, dah tau yang lama tu perangai sekian hal..cari la yang lagi better dari dia..wat pa dok menangisi si dia yang takdak tu..betoi dia baik, sopan santun, tak hisap rokok, pandai, handsome..tapi hang ada senjata, DOA..apalagi, mintak la ngan ALLAH supaya dikurniakan pasangan yang lagi BAIK (aku sebenaqnya xpenah doa pon..) semua orang telah ditetapkan pasangan hidupnya masing-masing oleh ALLAH..tapi sekiranya jodoh kita tiada di dunia, yakinlah pasti akan ada jodoh di akhirat kelak..amin..

JAWAPAN KETIGA..

malu la kalau kawan-kawan tahu..haaaa..ni nak pringat kat diri sendiri, adek bradek, kawan-kawan terdekat dan semua kaum hawa..bukan depa tak tau kapel tu apa hukum dia kan..klo depa memang tak tahan gak nak kapel, tak yah la dok SHOW OFF your BF kn??kapel diam-diam sudah..tapi ingat, jangan sampai terlanjur..haha..tak pon seelok2nya, jauhkanlah..klo betoi laki tu suka hang, suh dia masuk minang, lagi senang..tapi, kalau da tunang tu, bukanlah da dapat lesen besaq untuk hangpa kuaq dating sesuka hati..hangpa pon terbatas oleh hukum-hukum islam..haha..ni tak, baru kapel tapi ke hulu ke hiliq mcm da kawen..tak kurang jugak yang bawak balik rumah..pantang ado majlis kenduri, aqiqah, birthday bagai sebok nak ajak mai rumah..tu yang jd kes MALU bila dah tak jadi..haishh..macam-macam..jadi, untuk menjaga maruah anda dan keluarga, elakkan dari melakukan perkara sedemikian..ingatlah JANGAN MERENDAHKAN MARUAH ANDA UNTUK SESUATU YANG TIDAK BERBALOI..haha..cam salah je ayat aku..

JAWAPAN KEEMPAT..

mesti dah tak laku lepaih ni..ni lagi tak leh pakai..mana hangpa tau laku tak laku??kueh semalam pon laku lagi juai hari ni klo tak basi..tau dak??haishhh itu pon jadik masalah ka??benda kecik ja..kalau tak laku, kita wat cara tak laku..teruskan hidup sendiri, bukan menyendiri..hangpa hidup lebih 24 tahun sorang + family ok je kan??bukan hangpa lahir tu terus ada suami kan??orang akan memandang serong pandangan aku yang ni..tapi itu reality..betoi sume orng nak berkeluarga, tapi itu hanya lah impian..kita hanya merancang, ALLAH menentukan segalanya..kalau memang ditakdirkan tidak berpasangan dan berkeluarga, maka terimalah dengan redha..mungkin itu ujian dari ALLAH untuk hambanya..mesti ada hikmah disebalik kejadian..takkan semua orang hidup dia sama kn??gile bosan..semua starting dan ending same..so boringggggggggggg..kan?? klo cite laen-laen kan best..boleh tukaq-tukaq cite.. =)

[unexpected] : Ya ALLAH Ya TUHANku, cepatkanlah jodoh kawan-kawanku..amin  =)

Monday, March 7, 2011

become STRONGER, women ~

wanna be a strong woman or woman of strength?? thank ALLAH for give me an opportunity to feel this kind of feelings..i do appreciate all the precious moments in my life..aku sejujurnya bersyukur masih diberikan kesempatan untuk merasa peritnya hidup setelah lama menelan manis kehidupan. sekurang-kurangnya dapat kubezakan antara dua rasa itu, manis dan perit..terima kasih Ya ALLAH atas nikmat dan kurniaan itu..actually this post is dedicated to one of my not so called friend (i know you love pink) yang mungkin belum pulih sepenuhnya dari keretakan hati..and at the same time to remind myself (menjadi lebih kuat untuk mengharungi hidup)..semoga saudari cekal dan tabah menempuhi dugaan ALLAH kepada umatNya..walau apa pun yang terjadi, terima segalanya dengan tabah dan hati terbuka. setiap kejadian ada hikmahnya..semoga kita dikurniakan akal yang waras, iman yang teguh dan berada dlam lingkungan mereka yang membantu dan mendorong..alhamdulillah =) thanks to family and friends ~

" wahai hati, apabila engkau memandang segalanya dari ALLAH yang mempercepatkan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menyebabkan sakitnya hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, pastinya damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentadbirkan segala-galanya dengan sia-sia, bukan ALLAH tidak tahu betapa deritanya hidupmu, pecahnya hatimu, luluhnya jiwamu. tetapi mungkin itulah yang DIA mahu, kerana DIA tahu, hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNYA "

Wanita ibarat epal, jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana. berdoalah. nescaya DIA memperkenankannya.

"a woman has strengths that amaze men. she can handle trouble and carry heavy burdens. she holds happiness, love and opinions. she smiles when she feels like screaming. she sings when she feels like crying. she cries when she is happy and laugh when she is afraid. her love is unconditional! there is only one thing wrong with her, she sometimes forgets that she is very worth. " - dedicated to you..yes!it's you!

[ unexpected ] : doaku buatmu dari kejauhan. amin ya rabbal alamin ~

Tuesday, March 1, 2011

sesungguhnya aku ~

Memohon kekuatan yang utuh..ternyata aku masih tidak mampu..ternyata masih sayang dan cinta itu masih ada..

Tuhanku,
Seandainya telah Kau Takdirkan dia milikku,
tercipta buatku,
dekatkanlah hatinya dengan hatinku,
tetapkanlah kemesraan antara kami,
agar kebahagian ini kekal abadi,
dan Tuhanku...
seiringkanlah kami mengharungi hidup luas ini 
ke tepian yang sejahtera.

tetapi...
Tuhanku yang Maha Pengasih,
seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku,
bawalah dia jauh dari pandanganku,
luput dari ingatanku,
dan peliharakanlah aku daripada kecewa,
serta...Tuhanku yang maha mengerti,
berilah aku kekuatan
melontar bayangannya ke dada langit
hilang bersama senja merah dan gelap pekat awan,
agar aku bisa bahagia walau tanpa dirinya,
dan Tuhanku yang Maha Pencipta,
gantilah yang telah hilang,
tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
meskipun tidak sama dengan dirinya,
biar sekuat mana pun aku menyintai dirinya,
aku pohon agar Tuhanku,
melenyapkan perasaan ini,
sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku,
kupohon dan kurayu padaMu yang Satu,
hapuskanlah perasaan ini.

tetapi...
sekiranya dia ditakdirkan untukku, tercipta buatku,
ku pohon agar takdir memperkuatkan kasihku padanya...
memperkuatkan cintanya, sebagaimana aku mencintainya...
selagi tidak melebihi kasihku pada-Mu...
Sesungguhnya, Engkau Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang dan Mengetahui segalanya...
Aku rebah dalam kudusMu..
Amin ya rabbal alamin....

[unexpected] : kamu lebih terseksa..sorry =(..saket sekali besar impaknya berbanding saket berkali-kali (menjadi lebih kuat)..