on Sayyidul Ayyam the Miracle Friday
[unexpected] : read it silently =)
take the INITIATIVE and LEAD the way, you can make a DIFFERENCE ~
29 Dec hari tu kami maen masak-masak..pagi-pagi buat kueh keria..tghri tu masak ikan keli sambal dan sawi goreng..makan nasi berpinggan-pinggan..air pula nescafe kosong dan sunquick best..
Sehingga hari ni di tahun baru belum menyuap sebutir beras pon..alhamdulillah angka depan sudah bertukar..
Malam ini malam pertama kami tanpa arwah ayah (datuk)..beliau tenang meninggalkan kami adik beradik (7 orang cucunya)..emak(nenek) setia menjaga dan menemani..puan mama, cik achik dan chuwa sudah berkampung dari malam jumaat..saya dalam perjalanan dari utara semenanjung..encik papa dan chuyo menanti saya dirumah..saya menyertai puan mama usai sarapan bersama encik papa..kunjungan dari Kuala Terengganu memenuhi perkarangan rumah..cik kakak+encik ateh akan pulang malam sabtu..semester sudah tamat katanya..saya menelefon puan along menyampaikan perkhabaran mungkin ayah tidak akan lama..puan along bertanya, "tak sempat minggu depan?" jawapan saya pendek sahaja, "tak"..puan along menelefon encik balong untuk pulang ke kampung..alhamdulillah sabtu jam3:00pagi mereka selamat sampai..petang sabtu saya mendapatkan doktor, 1 botol air dimasukkan ke badan..pesan doktor, "jangan tinggalkan pesakit,pastikan ada peneman." kami bergilir-gilir mengalunkan bacaan Yasiin..cik achik meninggalkan kami atas tuntutan ilmu..saya tidur di sebelah kanan arwah (itu posisi tidur dari saya kecil hingga ke usia 10 tahun saya tidur bersama arwah jika cuti sekolah)..emak tidur di sebelah kiri arwah..malam itu sunyi sepi..puan mama bangkit jam 2:35pagi..sempat memantau ayahandanya..masih kedengaran dengusan itu (dia masih bernafas) sepi kembali sehinggalah puan along dikejutkan dengan tangisan anaknya..dia bangun dan menenangkannya..lalu memantau arwah di bilik..tiada dengusan yang dikeluarkan arwah..segera dikejutkan saya dan emak..encik suami dipanggil untuk memeriksa denyutan nadi..nadinya sudah tiada,badan arwah masih terasa panasnya..arwah pergi dalam tidur..kata mereka arwah taknak orang tgk die saat nyawa ditarik keluar dari jasad dan dia tiada simpan apa-apa da..semua hajat sebelum pergi dah tertunai..semoga arwah tenang di sana..
Teringat ayat yang along bisikkan pada arwah.."maafkan kami adik beradik..terima kasih jaga kami adik beradik"..ketika itu dadanya berombak..airmatanya mengalir..
Goodbye twenty twelve..welcome twenty thirteen..
Goodbye sang kancil..welcome tuan puteri..
Goodbye mr.wrong..welcome mr.right..
Goodbye ms.bad girl..welcome ms.good girl..
Goodbye extraspendings..welcome extrasavings..
This poem dedicate to my haus mate..
Cantik,rajin dan bijak,
Seorang pensyarah yang baik,
Pandai merancang keperluan,
Tahu yang mana satu kemahuan.
Tolenrasi tinggi,
Senyum menampak bebaris gigi,
Pertama kali kenal tidak segan melayan,
Walau hanya berkenalan di talian.
Bergaji besar berhati mulia,
Hidup mudah ringkas bergaya,
Otak pantas berkira-kira,
Tidak mahu rugi dalam berbelanja.
Baru kenal tiga purnama,
Rancang melancong sampai ke China,
Tambah pendapatan dengan berniaga,
Batik Terengganu terbang ke utara.
hari Jumaat (hari ke-6 untuk seminggu) bertarikh 28-12-2012 @ 14 Safar (2) 1434..
Semua genap..jadi genaplah 4tahun..so it's time to fly away..
Cerita pada hari Isnin (hari ke-2 dalam seminggu) 4-2-2008 @ 26 Muharam (1) 1429 harus ada penamatnya..
Bosan,gusar,sasau,lemau,risau,
Baju biru bukan baju baru,
Seragam biru sentiasa diburu,
Segalanya bercelaru haru biru,
Entah berapa lama harus ku menunggu,
Badan yang sihat menjadi lesu,
Hati risau beban beribu,
Entah mampu atau tidak ditanggung si ibu,
Jika tindakannya sering melulu.
* 3