salam ramadhan kepada semua pembaca (cewahh..xpenah-penah nak bagi salam kan?almaklumlah bulan puasa..huhu)..bulan ramadhan sangat sinonim dengan
puasa dan
terawih..rata-rata memilih untuk berjemaah dimasjid dek kerana kelebihan pahala dan juga nikmat ramadhan itu sendiri..alhamdulillah..
sering imam melaungkan
"rapatkan saf..rapatkan saf" sebelum memulakan solat berjemaah..seraya itu jemaah akan merapatkan saf masing-masing..amat menyedihkan apabila sikap
jual ikan (selfish) menguasai diri terutama jemaah
wanita yang rata-ratanya berusia
lewat 40an dengan riak, bangga dan ego tidak mahu berganjak dari sejadah masing-masing..
Ya Allah, manusia jenis apakah itu..kelihatan seperti orang berilmu, bahkan mungkin ada antara mereka sudah memijak tanah suci dan memandang Kaabah dari jarak dekat..tapi mereka sanggup bersikap demikian..
sedihnya bagi seorang manusia yang kurang berilmu, dan tidak pernah menyedut udara di Kota Mekah ini menyaksikan senario yang berlaku di tempat sendiri..apabila ego lebih tinggi dari nilai ilmu dan agama,
"mampu membutakan manusia di siang hari"
[unexpected] : indahnya
malam dihiasi bintang-bintang ~