CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 29, 2012

mereka ~

mereka dulu pernah bercinta, mencinta dan dicintai..namun mereka kini sudah tidak punyai cinta bersama..tapi masih seperti dulu..mereka seolah-olah saling memerlukan..tapi saling menafikan..dulu dan kini tiada beza..keadaannya masih berhubung seperti biasa..cuma tiada ikatan mahupun perjanjian..mereka saling bermain tarik tali..tidak seperti dulu..jika dulu tarik tali dalam konteks kecintaan..tapi kini lebih kepada memerli dan memarahi antara satu sama lain..tapi ia seketika..esoknya ceria kembali..kehidupan apakah yang mereka mainkan??

kasihan mereka..kerana keegoaan setinggi Everest, sanggup menyakiti sesama sendiri..permainan tarik tali yang dimainkan bukan lagi membantu..semoga kalian gembira dengan agenda kalian mainkan..semoga kalian berjodoh diakhir penceritaan..



[unexpected] : doaku sering mengiringi kalian

Monday, August 27, 2012

yang melahirkan itu ~

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi..Ramadhan baru-baru ini dikunjungi perkhabaran gembira..namun, jika direnung kembali sepertinya saya belum bersedia..banyak feedback positive dari keluarga + rakan (tersayangs) yang saya terima..saya akui, saya gembira, bertuah dan ada sedikit gusar bertamu di hati..perkhabaran tawaran ke Universiti Utara Malaysia adalah sesuatu yang telah lama luput dalam ingatan saya..6 bulan lalu saya menghadiri interview, peluang untuk menempatkan diri sangat tipis..namun rezeki Allah di Langit Ramadhan lalu, memang satu anugerah yang tidak akan saya sia-siakan..

Berbalik kepada tajuk post kali ini, "YANG MELAHIRKAN ITU"..ya, tetap sekali hanya dia sahaja melahirkan..seorang itu perempuan yang cukup kecintaan terhadap suami dan anak-anaknya..tidak kira apa jua panggilannya..Mama, Bonda, Ummi, Ibu, Mummy, Emak, Amma, atau apa sahaja darjat atau pangkat yang dipegang..dia tetap yang melahirkan itu..mana mungkin seorang bergelar suami mampu melahirkan?

ingin saya kongsi bersama kuasa seorang yang bernama Mama..saya mendapat perkhabaran awal dari UUM pada awal Ramadhan..saya antara top 3 dan saya bukan tempat pertama..puas pihak UUM (yang berhubung dengan saya) meminta agar saya terus menerus berdoa di bulan mulia ini sekiranya mahu ditempatkan di sana..saya sekadar mengiyakan..tipu jika saya tidak langsung berdoa..ya, saya berdoa..tapi, tidak sekencang taufan melanda Florida..kerana saya berpegang pada satu asas.."Mom always right".

Papa saya seperti selalu akan bertanya, " doa tak malam tadi?" soalan itu setiap hari saya dengar apabila on the way balik kerja..(saya dan papa bekerja di daerah yang sama, jadi kami 2 beranak ulang-alik bersama). Saya sentiasa lantang bebicara.."buat apa kalau doa, tapi mama tak ikhlas melepaskan saya pergi, sampai bila-bila pun saya takkan dapat papa. Keredhaan seorang ibu tu tinggi nilainya, papa. Percayalah". Papa hanya mampu terdiam..

Hinggalah pada suatu malam, selepas berbuka puasa, saya mengemas pinggan, mama saya mencuci pinggan..saya rangkul pinggang Mama.."Mama izin atau tak untuk saya bekerja di Kedah?" ada getar di hujung suara..memandangkan lebih setahun saya bersama mama di rumah..saya pun berat untuk meninggalkan rumah dan berhijrah kerana sudah terlalu selesa dikondisi begini..

Mama saya (yang sentiasa relax) "pergilah, awak pun belum ada komitmen..pergi kenal tempat orang lah pulak"..saya rasa ranking saya terus jadi on the top of the list..sebaik sahaja mendengar kata-kata mama, saya yakin itu memang milik saya..namun doa tidak pernah putus saya utuskan kepada Pencipta..Alhamdulillah, Dia Maha Pemurah lagi Maha Mendengar doa hambaNya..InsyaAllah semoga segalanya berada dalam limpah rahmatMu..

Terima kasih Mama..kerana merelakan pemergiaan anakmu..sayang ini tidak pernah kurang walaupun mulut lantang berbicara..namun hatiku tetap rapuh..

" ibarat mahu ke taman tema..tiket sudah dibayar dan saya berjalan menuju ke kauter untuk slotkan tiket..tanpa mesin slot, sudah pasti saya tidak akan berjaya memasuki taman tema itu ~ nasib baik jumpa mesin slot tiket !" - t r u t h j i h a d


[unexpected] : tersayangs will be update soon ~

Monday, August 13, 2012

hujan ais ~

mungkin bagi sesetengah orang, ini perkara biasa..tapi bagi kami adik beradik ini adalah pengalaman pertama kami..di usia 26 tahun barulah saya mampu melihat sendiri keagungan kuasa Illahi..jika sebelum ini hanya mampu mendengar dari mulut-mulut mereka yang pernah melalui pengalaman ini..

petang Rabu itu, saya tidak membantu mama di dapur..kepenatan pulang berkerja belum hilang sepenuhnya..tetapi mampu terpacak di kaca televisyen..setiap kali laungan mama dari dapur saya sahut dengan nada keras..kerana suara hujan diluar luar biasa kasarnya..saya mendapatkan mama..
"ada orang baling batu pada tingkap rumah ke?"
saya amati bunyi pada tingkap yang hampir pecah itu..tak logik..siapa yang buat khianat?saya lajukan langkah menuju ke ruang tamu..melewati papa yang sedang berehat..pintu dikuak deras..saya seolah-olah kanak-kanak berusia 6 tahun..melambai-lambai dan melompat-lompat..memanggil adik saya yang berusia 15 tahun untuk sertai saya..
" tengok ni, hujan ais la.."
saya berlari ke dapur mendapatkan mama..dengan nafas tercungap-cungap tanpa menhiraukan penat yang belum hilang saya sampaikan berita kepada mama..saya fikir hanya saya yang terlebih teruja..rupanya, mama siap menghulurkan cawan kuning untuk saya kutip ais..memang saya tersangatlah teruja..ini pertama kali berlaku di depan mata..


adik bongsu saya menyertai saya mengutip ais yang jatuh dari langit..subhanallah..allahuakbar..besarnya kuasa Allah swt..berkat langit ramadhan..

[unexpected] : masih menunggu jawapan jauh di sana..jika itu milikku, tetap jua akan aku milikki..amin ~

dengan tangan ini ~

sejak mula bekerja saya dapati saya sangat kurang menulis..baik sekadar cerpen mahupun puisi..beberapa helaian cerita yang belum temui kesudahan masih tersadai aman di dalam pc di bilik..entah bila akan muncul penyudahnya..penulisan itu bukan major untuk saya..saya hanya sekadar mampu bermain-main dengan angan sendiri..mencipta cerita di ruang minda tatkala sibuk memikirkan reka bentuk bangunan..itu tidak memberi kesan dihati saya..kerana saya masih mampu mengait bait-bait puisi tinta merah di buku sudoku saya..


lebih menyedihkan kini langsung tidak terhasil lakaran-lakaran kecil dari jari-jemari sepuluh yang montel ini..adakah saya telah mengkufuri nikmat Allah yang diberi percuma ini? Astaghfirullah..tangan ini pernah bertungkus lumus demi sekotak pensil warna 24 batang..tangan ini pernah mengubat hati rajuk sendiri..tangan ini tidak pernah penat walau peluh menitik menahan terik mentari..tangan ini tetap terus melakar ditemani kakak dan mama..tangan ini tidak pernah menghampakan subjek pendidikan seni..tangan ini dipenuhi gam demi sekeping card ucapan hari guru..tangan ini pernah melakar cerita nakal suatu ketika dulu..tangan ini pernah luka dek pisau ukiran..tangan ini pernah menyumbang A1 pada transkrip SPM..


tapi kini, tangan ini lebih banyak menyumbang kepada kemajuan teknologi..pantas menekan papan kekunci dan tetikus kanan..sudah tidak ada lakaran-lakaran ibu jari pada buku teks sekolah, buku latihan mahupun buku sudoku..tangan ini lebih banyak mengadun kek..tangan ini lebih kerap mengira kepingan kertas..



kelebihan itu kurniaan Allah swt..ia sepatutnya dihargai..benar ia milik kita, tapi ia akan hilang ditelan masa sekiranya kita tidak menghargainya sebaik mungkin..nawaitu untuk terus melakar tidak pernah pudar..


 
antara lakaran cerita nakal dulu-dulu





 [unexpected] : ummu mus'ab pernah meminta bonda mus'ab lakarkan buku kanak-kanak..insyaAllah ~

Sunday, August 12, 2012

salam ramadhan dan syawal ~

mungkin agak lewat untuk mengalu-alukan kedatangan ramadhan..kerana sekarang sudah di minggu terakhir ramadhan..Ahlan wa sahlan ya ramadhan..belum tentu kita bersua lagi tahun hadapan..

pagi tadi cuaca sejuk sangat..mungkin malam tadi lailatul qadar..untung mereka yang tak putus-putus memanjatkan doa kepada Penciptanya..semoga segalanya diperkenankan yang Esa..

hanya berbaki 6 hari puasa..insyaAllah semoga sempat disempurnakan..kerana belum tentu kita akan bersua lagi Ya Ramadhan..





eid mubarak muslimin muslimat

[unexpected] : don't look back ~