CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 22, 2011

a month ~

it's a month of working experience
a month of facing the real life
a month of make new friends
a month of cope with environment
a month of long travel distance
a month of happiness
a month of joy
a month of confused
a month of celebration
a month of panic
a month of exhausted
a month of newcomer
a month of fast heartbeat
a month of keep silence
a month of waiting
a month of making decision

[unexpected] : negeri sembilan is too far ~

Wednesday, November 16, 2011

bila nak kahwin ~

ini bukan entry wanita-wanita desperate nak kahwin atau yang tidak berpasangan..ini adalah logik akal pemikiran saya dengan soalan-soalan keramat yang sering diajukan kebelakangan ini..(so, leave my page if you're not interested)

soalan ini kerap diajukan semasa saya menghadiri sesi temuduga..ia terlalu sukar untuk saya berikan jawapan..mungkin cara pemikiran saya tidak sama dengan cara pemikiran anda..mungkin juga anda tidak setuju dengan pendapat saya..tapi secara jujurnya, saya sering menilai sesuatu daripada apa yang saya alami dan lihat..

benar, saya telah meletakkan 2014 untuk berkahwin (tetapi ia hanyalah tahun) sama seperti apabila diajukan soalan "berapa A target SPM?" dengan mudahnya jawapan diberikan "10A plus plus". tapi tidak bermaksud kita harus memberikan 10A kan? begitulah keadaan saya. tetapi sekiranya yang bertanya itu golongan senior (nenek-nenek, uncles, aunties dan seangkatan) saya secara spontan akan cakap "28tahun bru start fikir"..masih ada 3 tahun bagi diri saya untuk melengkapkan diri..tapi sekiranya jodoh itu datang lebih awal, saya redha..(mungkin dikala itu, saya sudah bersedia)

bukan saya mahu menolak sunnah Rasulullah..saya sanjung tinggi ajaran Baginda..cuma di hati saya terdetik, "mampukah saya untuk menjadi seorang isteri?" betol orang cakap i'll cross the bridge when it comes to me..tapi itu orang cakap..saya cuba untuk menggunakan teori yang sama..tetapi tidak dalam situasi begini..

dari apa yang saya lihat dan amati, seseorang wanita yang ingin melangsungkan perkahwinan, beliau adalah seorang yang :
 1) menjaga hubungannya dengan Allah
 2) menjaga hubungannya dengan ibubapa
 3) menjaga hubungannya dengan keluarga
 4) menjaga hubungannya dengan rakan-rakan

maafkan saya sekiranya saya silap..ini jelas saya lihat pada kakak saya sendiri..bagaimana dia menjaga  hubungannya dengan Allah.. memang saya tidak layak untuk mengukur tahap keimanan beliau, tapi dari mata kasar jahil ini juga mampu menilai bezanya dengan saya bagai langit dan bumi..sekiranya saya hanya bersolat 17 rakaat sehari (24jam) tapi tidak dia.. kerana dia mungkin membuat lebih dari itu..bukan mahu meng'up'kan kakak sendiri.. tapi secara bandingan dan logik akalnya..

apabila saya mendapat walimah urus dari rakan-rakan pasti terdetik dihati "wanita ini mesti amalan nya cukup sempurna"..anda mungkin akan mengatakan saya tahyul, kerana meletakkan mereka setinggi itu tetapi itulah hakikatnya..bagi saya mereka (wanita) yang memutuskan untuk menjadi isteri orang adalah wanita yang sempurna..oleh hal yang demikian saya tidak pernah menyebut untuk menjadi suri kepada sesiapa..(kerana saya tahu saya belum sempurna amalannya..)

sekiranya anda ditempat saya, sanggupkah membenarkan orang lain (suami) untuk menanggung segala dosa yang anda lakukan?saya tidak pasti anda bagaimana..tapi, kalau saya yang sedikit "kedekut" ini memanglah saya  tidak mahu memberikan orang laen pahala diatas dosa saya..sama seperti saya tidak membenarkan abang ipar saya mengangkat datuk saya (yang sakit dan tidak mampu berjalan) kerana itu adalah datuk saya, dan saya lebih layak untuk menguruskan beliau..walaupun ia kedengaran sungguh berlagak dan sangat "kedekut", tapi itulah saya..



[unexpected] : kepada isteri-isteri, semoga anda menjadi wanita syurga ~

Tuesday, November 15, 2011

how i met my doctors ~

ini adalah kisah lama yang aku lalui..ia bermula ketika aku menduduki ujian bertulis PTD pada 16 julai lalu..memandangkan lokasi ujian itu agak jauh dari rumah maka, aku terpkasa bangun seawal jam 5 pagi.aku ditemani En.papa (seperti biasa)

usai ujian bertulis, baru aku perasan mata kanan aku merah..ku kira itu sekadar kesan dari bangun awal pagi (logikla kan?) so, aku abaikan..abai punya abai, dah masuk 1 ramadhan (1 ogos la) aku agak panik..sebab da bulan puasa..gatal idok..pedih idok..bengkak idok..yang ade hanya merah semata-mata..

so, aku berkeputusan untuk berjumpa doctor.. =)

doctor pertama ~

doc 1 : bila lagi mata awak merah?
saya pula : dari 16 julai..
doc 1 : tiada gatal, pedih atau berair?
saya pula : tiada doctor.
doc 1 : itu adalah factor ANGIN..kuantiti angin yang banyak masuk ke mata awak..
saya pula : terdiam (terasa macam mau NAEK HANGIN!) adakah boleh menyebabkan selaput mata?
doc 1 : owh..pastinya tidak..
saya pula : oho ok.alhamdulillah, terima kasih doctor..

sesungguhnya saya hanya menggunakan ubat dari doctor itu bila saya rasakan ia perlu..natijahnya, mata saya masih merah..maka saya berkeputusan untuk bertukar kepada doctor lain. tambahan pula minggu pertama puasa saya telah kehilangan suara yang LEMAK MANIS ini

doctor kedua ~

doc 2 : sejak bila kehilangan suara dan bermata merah?
saya pula : sejak 2 ramadhan dan 16 julai..
doc 2 : awak kena KURANGKAN BERCAKAP dan mata itu hanyalah alergi..
saya pula : terdiam lagi (kureng cakap betol doctor ni)..oho alergi pon boleh sampai sebulan ke?
doc 2 : bergantung pada pemakanan juga..
saya pula : ok doctor. terima kasih..

dek kerana tidak ada satu pon kesan yang positive hasil dari pertemuan dua oarng doctor,
maka saya berkeputusan untuk bertemu specialist setelah dua bulan bermata
merah..

doctor ketiga ~

setelah mata kiri dan kanan diperiksa..doctor hanya tersenyum..menyebabkan
saya jadi kegusaran..huhu

doc 3 : awak tahu kornea? (sounds like kurnia)
saya lagi : terdiam..(kurnia insurans kah?)
doc 3 : kornea tu mata hitam..
saya lagi : mengangguk..(dush!!nampak sangatlah aku tak bijak biologi!)
doc 3 : ini kornea mata awak (sambil membuat satu lukisan bulat).terdapat virus pada kornea mata kanan awak..
saya lagi : seius terkejut itik!!seperti jantung direntap kuat..adakah ia membentuk selaput mata?
doc 3 : owh tidak.
saya lagi : adakah virus itu boleh menyebabkan saya hilang penglihatan.
doc 3 : belum pasti. sekiranya ubat yang diberikan tidak mampu melawan virus itu, mata awak harus dioperate..
saya lagi : bahaya tu doctor.
doc 3 : kenapa?
saya lagi : kalau buta, macam mana nak jadi ARKITEK?
doc 3 : senyum =)



[unexpected] : alhamdulillah sekarang mata dah xde virus, cuma kena berkacamata untuk mengawal kemasukkan glare ke dalam mata yang boleh menggalakkan pembiakan virus.thank you Dr.Rosli =)

Thursday, November 10, 2011

waiting for the call ~

yes!!aku memang menunggu segala panggilan..baik panggilan temuduga, kerja, haji dan segala jenis panggilan..sempena bulan haji ni, enjoy lagu irfan makki and maher zain mmg sangatlah best..
Miles away, oceans apart
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say

Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

[unexpected] : selamat mengerjakan haji my darling, Nur Asma Ibrahim ~

Monday, October 31, 2011

determinations ~

"when you have your determination you can reach your destination" .
memang buleih pakai benda ni..memang masuk akai la..itu adalah kata-kata semangat bagi yang lemah semangat untuk meneruskan apa yang dicita-citakan..bukan nak cakap orang yang lemah semangat (macam aku) ja yang buleih pakai ayat ni..tapi semua orang buleih..

macam dulu-dulu, aku seorang yang gemar memuntahkan isi kandungan perut bila perjalan melebihi 2 marhalah..tapi bukannya selalu, sentiasa je la..sampaikan papa aku pon bising..tiap kali nak termun, mesti aku port baik je belakang dia..hasilnya, habisla baju dia..huhu

tapi hari tu, aku dalam perjalanan lebih dari 6 marhalah tambahan pulak naek bus sorang-sorang, confirm la aku pon nak termun..tapi sebab aku dok keep repeat "kalo hang muntah, hang tak sayang mama"..maka sampai sudah aku tak muntah..dia bukan sebok dok wirid, tapi sebok dok ulang ayat tu..kuatnya kuasa seorang ibu di situ..

pastu bila time blaja dulu, aku akan jalan-jalan naek bukit saing ngan member aku..tapi memang jenis yang berjalan laju (kalut sebenarnya)..so sape-sape yang berjalan lebih awai dari aku, akan ku potong..sebab dalam hati aku dok cakap "kalo hang boleh potong dia, hang akan dapat 3 pointer" haha..tersangat tahyulkan?tapi tu sekejap je..sebab bila kita telah dikurniakan apa yang kita inginkan dari Allah, kita akan cepat lupa dan menjadi tidak sedar diri (padan muka aku!)..ni la orang panggil kufur nikmat yang diberi percuma..huhu..(insaflah budak!)

sepatutnya bila kita dah dapat apa yang kita nak, perkara pertama adalah panjatkan kesyukuran kepadaNYA..kerana segalanya datang darinya..bukan kita..segala apa yang kita nikmati selama ini adalah anugerah dariNYA..








[unexpected] : jam 11 ada interview..wish me luck!!



Saturday, October 22, 2011

dimanakah kita ~

"men marry at the right time and will make any woman the right woman when the time comes. Women marry the right guy, and will make any time the right time when the right guy comes."


this is the issue that we have discussed before..thanks to my beloved adet for a wonderful thoughts..huhu..mmg wajar statement diatas dibincangkan memandangkan kami menuju ke arah satu matlamat yang sama insyaAllah..(semoga dipermudahkannya..amin)


benar, lelaki yang tidak berpasangan (mungkin belum ada rezeki) apabila tiba saat dan ketikanya merasakan harus berkahwin, maka mereka akan berkahwin dengan mana-mana wanita yang dirasakan terbaik untuknya dan tercipta untuknya..tapi sebaliknya bg seorang wanita hanya akan mengahwini her MR.RIGHT (yang disangkakan terlalu right di mata dan hatinya) pada masa yang akan ditentukan kelak..


ini tidak bermaksud wanita hanya memilih lelaki yang hebat (merujuk kepada MR.RIGHT tersebut) tetapi cukuplah sekadar hebat dimata dan hati mereka. anda (lelaki) tidak perlu menjadi super hero untuk memastikan anda adalah MR.RIGHT yang tepat, kerana ada antara wanita adalah WONDER GIRLs (i want nobody..nobody but u) 


taste kita berbeza..tidak ada criteria yang tepat untuk menjadi MR.RIGHT..sesetengah wanita beranggapan anda adalah MR.RIGHT sekiranya anda seorang yang good-looking..tidak kurang juga yang berfikiran cukuplah mampu menyara mereka anak beranak..atau mungkin juga anda adalah calon yang terbaik untuk membimbingnya ke jalan Allah..maka itu semua bergantung pada pemikiran, penerimaan dan pembawakan wanita tersebut..sekiranya anda dipilih menjadi raja hatinya, maka percayalah anda adalah MR.RIGHT dihatinya dan tidak ada galang ganti..  =)..


tidak dinafikan lelaki juga akan memilih calon yang terbaik sebagai suri hatinya..namun kebanyakkan yang terlalu memilih akan mengakhiri zaman bujang di usia yang agak lewat kerana banyak masa dihabiskan untuk mencari yang terbaik..bagi lelaki, wanita itu haruslah seorang yang mampu menjaga dirinya dan anak-anaknya..kecantikkan yang dimiliki oleh wanita tersebut adalah credit kepada lelaki..tetapi kebijaksanaan wanita adalah bonus kepada anak-anak (hanya ibu yang bijak akan melahirkan anak yang pintar..=)) ibu yang bijak tidak hanya merujuk kepada mereka yang berpendidikan tinggi sahaja..10 keping ijazah tidak menjanjikan wanita itu bijak dalam mengawal emosi dan perasaan, jadi andalah yang menentukan dimanakah kebijaksanaan wanita tersebut..


jadi, kita hanya perlu menjadi diri kita yang sebenar kerana setiap insan di muka bumi ini memiliki keindahan, kecantikan, kekuatan dan kehebatan tersendiri yang hanya mampu dinilai oleh mata-mata yang memandang dari mata terus menusuk ke hati..semoga menemui jalan kebahagiaan, amin ~


[unexpected] : 200 paper bag  telah berjaya disiapkan =0

Thursday, October 6, 2011

miss tassie ~

sesungguhnya entry kali ni khas untuk cik kunang..
walaupon knal cik kunang tak selame cik emma..
tp byk jgk benda yg dishare bersama cik kunang..
jelas sekarang dalam keadaan ke'down'an yang merudum ini..
cik kunang sgt diperlukan..
kerana cik kunang lah antara org yg sering perasan dengan kemurungan diri ini..
sedar-sedar je mate bengkak!!
cik kunang byk memberikate2 positive..
bile ckp ngn cik kunang mesti heart to heart gitu..
ohhh cik kunang..
aku tak tahu tindakan aku betol atau salah..
mate yang merah dan bengkak ni bertambah bengkak..
aku tak pasti dapat naek stage konvo ataupun tak..
aku tak pasti mata aku akan pulih seperti dahulu atau tak..
aku tak pasti aku boleh bekerja atau tak..
byk bende yang aku tak pasti..
tapi yang pasti, aku tau tindakan aku salah..

cik kunang, belajar rajin-rajin..jadi arkitek!!!!!

[unexpected] : cornea bervirus ~

korban amarah ~

hidup mesti terus..
biar beribu halangan yang mendatang..
kadang-kadang kita terpaksa korbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lain..
kadang-kadang kita perlu juga berkorban untuk kebahagiaan orang lain..
kadang-kadang kita perlu mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain..
semunya di tangan kita..
bergantng pada kita untuk mengorbankan apa yang kita sanggup..
cuma kita perlu redha dan rela dengan apa yang telah kita korban..

dendam, amarah, benci memang sukar dihakis dalam diri..
tapi sekiranya disulam dengan kasih dan sayang..
segalanya akan lenyap dan hancur..
seperti reputnya besi di simbah hujan dan disinari mentari..

[unexpected] : semoga kamu berjaya memenangi hatinya..aku sentiasa doakan kebahagian kalian..amin ~

Saturday, September 10, 2011

bunga kuku ~

assalamualaikum dan salam lebaran maaf zahir batin sekalian manusia ~

kewujudan bunga kuku pada kuku merupakan simptom kurangnya zinc dalam badan kita. since raya hari tu 6 dari 10 jari aku ada bunga kuku..itu perkara biasa..ia menjadi luar biasa apabila ia tidak berbunga..huhu

White Spots (leukonychia)
A deficiency of zinc may contribute to white spots on nails.
memandangkan aku tersangatlah obses dengan kuku ~ nailbiter, maka aku akan sangat peka pada kuku sendiri dan kuku orang lain juga..huhu

masa sekolah rendah ~

aku : mama, ni ape? (sambil menunjukkan kuku ke arah mama)
mama : haaaa, itu bunga kuku..
aku : aik?bunga pon boleh hidup kat kuku. mana ada tanah?
mama : bunga kuku ada pada orang yang PANDAI..

yes aku admit it! sebab masa kecik agak pandai juga !

masa sekolah menengah ~

again..sangat banyak bunga kuku..so i asked my friend.

aku : bel,kenapa kuku camni eh?
bel : itu tandanya ramai orang minat.ada orang rindu.

GTH with that ramai orang minat..so tahyul ok..
[unexpected] : yang pasti aku sangat rindukan, cik kunang ~

Saturday, August 6, 2011

toadally frog-got ~

maybe i'm a wrong person, in a wrong place, at a wrong time.. i know it's me..


[unexpected] : congrats both ~

Thursday, August 4, 2011

solat terawih ~

salam ramadhan kepada semua pembaca (cewahh..xpenah-penah nak bagi salam kan?almaklumlah bulan puasa..huhu)..bulan ramadhan sangat sinonim dengan puasa dan terawih..rata-rata memilih untuk berjemaah dimasjid dek kerana kelebihan pahala dan juga nikmat ramadhan itu sendiri..alhamdulillah..

sering imam melaungkan "rapatkan saf..rapatkan saf" sebelum memulakan solat berjemaah..seraya itu jemaah akan merapatkan saf masing-masing..amat menyedihkan apabila sikap jual ikan (selfish) menguasai diri terutama jemaah wanita yang rata-ratanya berusia lewat 40an dengan riak, bangga dan ego tidak mahu berganjak dari sejadah masing-masing..

Ya Allah, manusia jenis apakah itu..kelihatan seperti orang berilmu, bahkan mungkin ada antara mereka sudah memijak tanah suci dan memandang Kaabah dari jarak dekat..tapi mereka sanggup bersikap demikian..

sedihnya bagi seorang manusia yang kurang berilmu, dan tidak pernah menyedut udara di Kota Mekah ini menyaksikan senario yang berlaku di tempat sendiri..apabila ego lebih tinggi dari nilai ilmu dan agama,
"mampu membutakan manusia di siang hari"


[unexpected] : indahnya malam dihiasi bintang-bintang ~

Saturday, July 30, 2011

rezeki langit ramadhan ~

ahlan wa sahlan ya Ramadhan..semoga Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat buat sekalian umat..semoga dapat bertemumu Ramadhan, kerana diantara Ramadhan ke Ramadhan itu akan dihapuskan dosa-dosa kecil kita..Syukur ke hadratMU Illahi..permudahkan amalan dan murahkan rezeki kami di bulan mulia ini..amin


[unexpected] : Rizky Langit Ramadhan ~

Tuesday, July 26, 2011

early edition ~

mimpi tu mainan tidur..tapi mimpi juga boleh jadi satu kenyataan..especially bila mimpi pasal hidup..bila mimpi tentang kegembiraan, for sure kita harapkan sesuatu yang gembira..seperti yang sering dialami, iaitu mimpikan kawan-kawan gembira dengan hidup mereka..im the one who will aminkan mereka..huhu..(semoga kalian hidup senang aman sentosa dunia akhirat)

tapi malam tadi sedikit sedih mimpinya..dimana keputusan " dukacita dimaklumkan anda gagal" ..huhu..maka dengan itu pihak anda tidak perlu bersusah-susah untuk email mahupun menghantar surat..kerana jawapannya sudah ada..huhu..mungkin gagal itu adalah yang terbaik untuk diri ini.

[unexpected] : everything happen for a reason ~

Monday, July 25, 2011

patah tumbuh hilang berganti ~

benar, ranting yang patah akan diganti dengan pucuk yang baru..kuku yang dipotong, akan tumbuh semula..begitu juga kepala yang botak, pasti akan ditumbuhi rambut..itu memang mutlak..kerana ia benda hidup..selagi kau bernyawa, pasti itu terjadi..selagi pohon itu tumbuh hidup segar pasti berganti pucuk mudanya..

namun jika hilang handphone mahupun kereta apakah ia akan berganti?tidak!! selagi tidak ada usaha untuk mendapatkan yang baru bukan?bagaimanakah untuk mendapat sesuatu yang baru??adakah kereta itu akan tumbuh dan berganti seperti pucuk muda??harus ada usaha beserta pengorbanan di situ..tidak kira pengorbanan besar mahupun kecil..ia harus bermula dari kita..di mana kita yang akan menjadikan ia realiti..itu yang pasti..

seperti lebah, mereka menghasilkan madu yang banyak tetapi dicuri oleh manusia..tapi, adakah lebah-lebah menghasilkan madu??kenapa perlu berusaha menghasilkannya??senang je, sebab madu itu bukan benda hidup..jadi jika kehilangan, berusahalah untuk menggantikannya segera..

[unexpected] : jom jadi BEE ~

Friday, July 22, 2011

bola golf~

ia bukannya bola sepak yang harus dijadikan rebutan..
bukan juga bola tenis yang mampu melantu kembali..
malah tidak juga seperti bola pingpong yang ringan..
kerana ia adalah bola golf..bola golf yang sekali dipukul,ia tidak akan kembali..
bahkan ia boleh tenggelam di dalam kolam..atau mungkin masuk ke dalam lubang..


[unexpected] : layakkah aku untuk menjadi pengutip bola golf ?

Tuesday, July 19, 2011

sanah helwah ~

it's 8pm, 19th july 2011 in islamic calendar it's 18 syaaban 1432H. mmandangkan xde birthday wishes mase birthdy hari tu, jadi kena qada untuk tahun Hijrah..

happy 26th birthday..semoga dipanjangkn umur, dimurahkan rezeki, dimudhkan urusan, digandakan amalan, diringankan bebnan, dicepatkan jodoh, ditemukan dengn pasangan yang baik, beriman, berilmu dan beramal soleh.


amin..

[unexpected] : amin ~

Monday, July 18, 2011

public phone ~

dikala public phone merupakan sumber perhubungan yang utama..almaklumlah budak hostel..mesti contact dengan hostel laen kan?so bile weekend, sambung berhubungan dirumah..huhu..tanpa diduga Pn.Mama menerima nasihat a.k.a ceramah free..

Pn.Makcik : Hai Pn.Mama, boleh tahan rancak anak kat rumah?
Pn.Mama : Hai Pn.Makcik. memanglah diorang serancak mamanya..mane Pn.Makcik knal anak saya?
Pn.Makcik : ish..mane tak kenal kalo anak kt rumah selalu dok bergayut kat rumah..
Pn.Mama : La, bergayut?bile pulak? (heran, rasenye telefon rumah tu boleh received call je)
Pn.Makcik : tiap-tiap malam kot..nasihatla anak perempuan tu ye..anak saya sampai tarik telefon masuk dalam bilik sorok bawah katil.
Pn.Mama : uish, teruk tu..kalo camtu, Pn.Makcik la nasihatkan ank Pn.Makcik..sebab anak saya xpernah sorok telefon..lagi 1 telefon rumah saya xleh buat panggilan keluar..terima panggilan boleh la..sabar ye Pn.Makcik..laen kali nak bagi ceramah, sediakan text dan fact yang betul sahih..



[unexpected] : selamat pengantin baru anak Pn.Makcik

Sunday, July 17, 2011

kenyataan jelas nyata ~

mamatitu:sis, tak kenal saya? (menyapa dari belakang)
sisitu:oho.tak.sape ye? (confused..cuba scan di kepala otak)
mamatitu:saya adik kawan sis mase skolah menengah dulu..adik lelakiitu..(dengan confidentnye)
sisitu:oho.yela..lelakiitu..baru sis ingat..dlu kecik lg..skrg da besar.. (baru tersedar dan sedikit eksited)
broitu:knape ko tak ckp dari awl td? (masam mencuka masin menggaram)
mamatitu:takde la bro..tadi tgk bro serius..takut lak nk borak ngan sis.. (lurus bendul)
broitu:tu la..aku pon hangin+benggang tgk ko usha dr jauh tadi!! (masih lagi dengan angin monsun barat daya tenggaranya)

hai bro,dah nyata dan terang lagi bersuluh sis tu awek ko..lagipon mamat tu budak je pon,xperlulah ko nak hangin bangin tangin mangin kan??takkan lah ko tak percayakan awek ko sendiri..sape kate bro tak pandai jeles??kasi cite sket..huhu..sabar ye bro, almaklumlah sis itu glemer orgnye..huhu..peace~

[unexpected] : skill dialog dari saudara blogger, mr.ir ~

Monday, July 11, 2011

penaku menari ~

"pen merah, pen biru, mak marah, i love you!"

haha..tu pantun zaman kekanak dulu-dulu..kalau dulu masa weekend before pegi hostel mesti stop kat supermarket untuk beli keperluan..selain makanan dan keperluan laen, perkara wajib adalah pen..time tu plak sebok la pen kalerkali yang pastel tu kan..tapi, yang pasti aku bukanlah pembelinya..haha..

seperti biasa bila nak beli pen, mesti kena test..tapi, yang aku tak faham kenapa orang test dengan cara menconteng pada kertas yang disediakan?haha..kelakar bukan..sebab aku tak buat camtu!!aku mesti nak tulis gak "pada pendapat saya"..kalau aku tgk cantik kt kertas tu, maka aku akn beli..sebab aku pasti tulisan aku akan cantik..haha..

lama jugak operasi mencari jodoh yang sesuai itu..dari kilometrico, stabilo, lancer dan sebagainya..akhirnya menemui pilot yang pasti aku takkan akan lagi menulis "pada pendapat saya" di kertas test pen di mana-mana kedai buku..sebab, tulisan dah cantik..haha..


[unexpected] : mr.pilot menemani Sabtu ini, thank you so much =) salute!

Monday, June 20, 2011

hajat tak tertunai ~

terdetik menulis ketika melihat new pet classmate..hedgehog..pilunye hati...

antara perkara yang teringin sangat adalah membela hedgehog dan anggora rabbit..tapi dek kematian 5 ekor hamsters sebelum ini telah mengundang amarah di hati si Mama dan adik beradik..ok, sebagai menghormati  kalian yang amatku kasihi..maka di lenyapkan dulu hasrat hati ini..teringat pemergian yang menyayat hati dulu..

1) yuyun, hamster tua yang sangat comel..pergi dek xtau punca..huhu
2) nani si kecil yang mengikut jejajk yuyun..hari tu Pn.Along cakap nani nampak sakit..die suh jemur..maka sebagai seorang adik yang patuh pada seorang kakak, dijemurnya nani..maka 5minit kemudian..nani pon ke tanah jua..menitis lah air mata si adik yang tadi masih berbisa dek pemergian si yuyun..
3)gumuk, hamster yang gemuk dan bijak..pergi bila berada dijagaan orang laen..sedih..
4)imuk, bertahan lama sedikit..berwarna sedikit gelap compared to gumuk..
5)no name, dierang ganti sebab ketiadaan gumuk..

hedgehog pernah diminta kepada kenalan yang belajar di tempat asal hedgehog..tapi tidak mendapat hedgehog pon..sedih =(


[unexpected] : tidak dimiliki hatinya 

Friday, June 17, 2011

kunjungan dari jauh ~

menerima kunjungan dari jauh pada hari jumaat yang membawa perkhabaran baru..alhamdulillah berita gembira untuk Pn.Mama..namun, Pn.Mama hanya berlagak cool..dalam hati,hanya Tuhan yang tahu..semoga ukhwah yang terbina makin utuh dan kukuh..walaupun hanya dihidangkan lauk pauk yang simple..alhamdulillah penerimaan memberangsangkan..gembira melihat makanan disantap dengan 'rakusnya'..huhu..



[unexpected] : sempat memerli inai di jariku =)

Wednesday, June 15, 2011

marah itu ~

marah itu kemenangan syaitan..
marah itu kegembiraan syaitan..
marah itu bahan jenaka syaitan..

kawallah amarah itu kerana kamu akan menjadi boneka syaitanirrajim..
banyak beristighfar sekiranya terdetik rasa marah itu..
cepat menuturkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw..

kita yang memegang remote diri sendiri..
maka kawallah ia sebaik mungkin..
jangan sampai syaitan itu mengawal kita..


[unexpected] : terpamer sedikit marah itu ketika berurusan di CIMB petang tadi ~

Tuesday, June 14, 2011

paduMu ku bersujud ~

syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurniaMU..tiada kata yang mampu kuucapkan di atas segala anugerahMU..benar semua makhluk ciptaanMU tidak sempurna dan sesempurna Rasulullah saw, tapi aku redha dan bersyukur dengan apa yang telah aku miliki..

walaupun kehidupan tidak semewah orang lain, namun kami bahagia dan sentosa..walaupun ibubapa kami tidak yang sealim dan warak seperti ibubapa orang lain, namun didikan mereka cukup untuk kami tidak terpesong akidah dan akhlak..alhamdulillah..

semoga kami akan tetap dilandasan yang benar..sekiranya tersasar dan sesat bimbinglah kami hambaMU yang penuh dengan kealpaan dan hanyut di BumiMU..mungkin dari mata luar, kami kelihatan sosial kerana kami mungkin ramah, bertutur tanpa memikirkan keadaan sekeliling..benar..tapi itu hanya jika kami bersama orang yang kami kenali..sekiranya kalian yang baru kami jumpa dua minit yang tidak kami kenal latar belakang, mustahil untuk anda melihat keadaan kami seramah dan semesra itu..

situasi 1 : ketika urusan jual beli seperti biasa, layanan yang baik diberikan kepada pembeli..dengan tutur yang boleh dikatakan sopan..tapi, sekiranya tetiba orng yang membeli itu merupakan kenalan kepada kawan..lain pula jadinya..dari yang sopan terus bertukar kepada lebih agresif..haha..bukan hipokrit tapi senyum dan tundukkan kepala (sedikit) tanda hormat kami pada orang yang tidak dikenali..tapi bertih jagung kami kepada sahabat handai dan kenalan..haha

[unexpected] : semoga impian 2013 terlaksana..

Wednesday, June 8, 2011

confused ~

malam tadi dihidangkan dr ama tv bertajuk keliru lakonan fizo dan sape ntah..kebetulan pagi tadi text dengan my friend tapi tetibe keliru dengan ejaan sendiri..so funny..kalau mase kecik2 dulu my sisters will check my spelling kot2 lah tersalah..tapi sememangnya selalu tersalah..so setiap kali nak tulis esei i will ask them..haha

Cik Angah : nak eje pinggan yg kite gune untuk makan tu camne eh?
Cik Achik : p i n g g a n.
Cik Angah : kalo tali pinggang yang kite pakai kat sluar jeans tu nk eje camne?
Cik Achik : p i n g g a n g.

yang kelakar, time tu i was eleven n my sister was only nine..see, so tak bijak kan??huhu..xpe2..i admit it!!

tadi i text 'slmt bkrja'..then he replied bkrja?so,i thot that i had spell it wrong. tapi betol je sebnrnye..die cnfused sbb die yng tak keje..tapi i yang cnfused dengan ape yang i type..haha..kalo dulu selalu je salah eja berkerja, sepatutnya bekerja..(pity you)..haha


[unexpected] : da suku abad pon masih tak pandai mengeja ~

Tuesday, May 17, 2011

jika itu yang terbaik ~

memang jatuh itu sakit, tetapi mungkin dengan cara itu, kita akan tersedar dari lamunan dan bangun cuba merawat luka dan berjalan dan berlari selaju mungkin..kita tidak mampu mengubah segala ketentuanNya kerana Dia tahu yang terbaik..ambil segalnya dari sudut yang positive..


malam tak bertuah,siang tanpa pesan
sinisnya hari menyapa daku

manusia biasa mungkin takkan sanggup
merenangi nasib gelap gelita
bentangkan hatiku Tuhan peluk aku
cinta sahabat menafkahi jiwa

jika aku menjadi seperti yang lain
hidup bercahaya mungkin saja
aku kehilangan rasa syukur
tak tersenyum dalam damai

cuba kau jadi aku
sanggupkah bernafas tanpa udara
namun ku nikmati nasib dan takdir
hidup ini bila Tuhan yang mahu

jika aku menjadi berubah
melawan garis yang tertulis
bukannya Tuhan tidak mendengar doa kita
tapi Dia tahu yang terbaik.



[unexpected] : i will always love you ~ this should be expected!!!

Sunday, May 15, 2011

rasa itu ~

rasa itu milik semua manusia..manusia boleh menghasilkan pelbagai rasa di dalam pelbagai situasi..namun kadang-kadang kegagalan manusia dalam mengawal rasa itu boleh membinasakan dirinya sendiri..jika diamati, sekiranya dalam keadaan bersedih, manusia mampu menukar kesedihan kepada kegembiraan kerana manusia yang mengawal rasa dan bukannya rasa yang mengawal manusia..

tanyakanlah pada rumput yang bergoyang
sesudi apakah aku padamu
aku tak akan berhenti mencintaimu
sampai aku tak bernyawa lagi

sebagai manusia yang tahu kaedah
akan ku tanamkan cinta yang sopan
sehidup semati kamu yang hidup
aku yang mati pun tak mengapa

akan ku latih hatiku ini
siap menerima apa saja
Tuhan ajari aku bersabar
membimbing rasa di hatiku

bila mataku tak bisa lagi
menatap wajah cintaku ini
Tuhan tolong beri aku waktu
untuk merasa cintanya

sampai ku buta, bisu, tuli, lumpuh dan tak bernyawa lagi


[unexpected] : rasa itu untuk kita lebih menghargai dan menikmati hidup yang sementara ini ~

Tuesday, May 10, 2011

biar ia berlalu ~

" benar,aku jujur dan ikhlas sayang kat kau.aku nak kau jadi isteri aku, jaga makan minum dan keperluan aku dan ibu kepada bakal anak-anak aku yang akan kau lahirkan.ini bukan main-main.aku benar-benar serius."

" aku tak faham.apa masalah kau sebenarnya?apa motif kau?"tolongla, ramai lagi perempuan-perempuan lain yang boleh jaga makan minum kau dan jadi ibu kepada anak-anak kau. kenapa mesti aku.aku tahu, kau pun faham keadaan aku.aku sukar menerima lelaki lain dalam hidup aku.kau kawan aku.aku tak pernah anggap kau lebih dari kawan.aku harap kau faham."



Hujung minggu kali ini tidak seperti hujung minggu sebelum-sebelum ini.biasanya Ardini akan keluar bersama kawan-kawannya. tetapi minggu ini dia tidak berniat untuk keluar.tindakan berani Mifzal seminggu lalu telah menyebabkan Ardini tidak senang untuk keluar bersama-samanya.Ardini lebih selesa untuk berehat di rumah dan mengemas apa yang patut.

"rajinnya cik Dini kita hujung minggu ni?"sapa Naifa sebaik sahaja keluar dari bilik tidurnya.
"biasa je la cik Naifa,malas nak keluar minggu ni." jawab Ardini ringkas.
"really?boleh la lunch bersama-sama.Dini, Kanki jom?" pinta Naifa.
"ok je, jom.lama kita tak dating berduakan?" Ardini menambah.
"tahu takpe.Dini lah yang selalu busy,sampai Naifa disisihkan."rajuk Naifa.

Ardini bingkas memeluk Naifa,tanda minta maaf.

"sorry la Naifa,Dini minta maaf."
"ye la,Naifa maafkan dengan syarat Dini belanja Kanki."Naifa memberi syarat.
"ok bos."sambut Dini serta tabik hormat pada Naifa.

Ardini dan Naifa hanya berehat di rumah pada malam hari dek kepenatan menghabiskan masa sehari suntuk tadi.mereka hanya menonton rancangan televisyen yang disiarkan sambil menikmati nescafe panas yang disediakan Naifa.jam menunjukkan tepat 11.00 malam.Ardini bermalas-malasan bangun 
ke bilik.

"Naifa,dah tidur ke?eh,bangunlah.takkan nak tidur kat hall kot.bangun,bangun."kejut Ardini.

dia tidak menyangka si Naifa sudah terlelap di sebelahnya.Ardini memimpin Naifa ke biliknya.sebaik sahaja mencuci mug, Ardini melangkah ke bilik tidurnya.Ardini terus merebahkan badan di tilam empuknya.siling bilikya direnung lama.

"tut..tut..tut"

dicapai handphonenya,dibaca message yang baru diterimanya.

salam.Dini,nape x join td?xkn sbb last week ko still marah aku?aku da mntk maaf kn?lgpn aku hanya jujur dgn diri aku dan kau.silapkah aku wt cmtu?

wslm.zal,xdela.aku da lame maafkan kau.aku xsimpn dlm hti pn.kau jgn la riso.aku td kluar ngn Naifa,sbb 2 xjoin.

aku ingtkn ko marh lg.alhamdulillah.

xde la.ok la da lewat da.ngantuk.salam

tido leklok.gudnite my sayang princess.wslm

"gila!"


hanya itu yang mampu diucapkan Ardini sebelum memejamkan matanya.sebaik sahaja mematikan enjin keretanya, kereta Mifzal mengambil parking disebelah kereta Ardini.Debarnya semakin kencang,teringat last message malam tadi.mereka berjalan beriringan ke lif.Mifzal seperti biasa memulakan perbualan di kala sepi.

"kenapa merah sangat lipstik pagi ni?10 meter jauh pon jelas boleh nampak tebalnya bibir kau."usik Mifzal bersahaja.

Ardini segera meraba bibirnya.Mifzal hanya tergelak besar memerhatikan telatah Ardini.Ardini memukul Mifzal dengan file hijau di tangan kirinya.Ardini memang tidak pernah mengenakan liptik merah di bibirnya.

"kau ni kan,kalau pagi-pagi tak kacau aku,tak sempurna pagi kau kan?" marah Ardini.

Mifzal mengaduh kesakitan."takde la, kau tu, pagi-pagi dah muncung semacam."

"mana ada muncung?biasa je." terang Ardini

"eh,Zal.kenapa tu?" Ardini segera melekapkan tisu di pipi bawah kiri Zal.memang begitu
sifat Ardini,kalut.

"pegang leklok,banyak bleeding tu.ni mesti shave tak hati-hati".pesan Ardini sambil 
berlari-lari anak ke officenya.

Mifzal mengelap darahnya dan dilihat tisu yang tidak berdarah itu.dari jauh kelihatan Ardini mengangkat dua thumbs kepadanya.pasti itu adalah tujuan untuk membalas dendam.Mifzal mengeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Ardini.memang Mifzal suka berjenaka.sesiapa sahaja yang bersamanya, pasti tidak kering gusi.begitu juga Ardini.dia menjadi staff favourite di kalangan staff perempuan kerana dia selalu menceriakan suasana, happy go lucky setiap masa.sebab itu la mereka berdua serasi.

tut..tut..tut..

aku tahu la ko sayang aku,tapi xperlulah secaring tadi,sayang.message yang diterima oleh Mifzal dibalas.

GILA!!=P 

jam tepat 5.00 petang.Ardini bergegas ke lif untuk pulang.tetapi dia gagal menghidupkan enjin keretanya.Mifzal muncul sambil sinis bersahaja.

"itu lah balasan orang yang suka menipu di pagi hari."

"ye la tu Zal,kau tu pon menipu jugak pagi tadi kan?cuba kau plak start enjin kereta kau.entah-entah, kereta kau pun tak hidup."
 ketawanya pecah di basement 2 itu.

malangnya, kereta Mifzal berjaya dihidupkan dengan sekali cubaan.mulalah kembang kempis
hidung lelaki itu.Mifzal menelefon Ah Peng,workshop yang sering menjadi singgahannya setiap
bulan untuk menunda kereta Ardini ke bengkel.

"Dini, aku da call Ah Peng.kita tunggu dia datang ambil kereta,then aku hantar kau balik rumah."bicara Mifzal sebaik sahaja mematikan talian telefonnya.
"wah.terima kasih Encik Mifzal.mulianya hati Encik Mifzal hari ni." Ardini sengaja menyakitkan hati Mifzal.
"kau tak perlu nak perli-perli aku.aku memang baik hati pun Dini." balas Mifzal.

sebaik sahaja trak penunda menunda Hyundai i10 Ardini, Mifzal memecut ke rumah Ardini.

"Dini,kau masih tak percaya ape yang aku cakap last week?" Mifzal memulakan bicara.
"Zal,kau tak payah la menduga hati wanita aku ni.aku tahu kau sekadar main-main."
"tak,Dini.aku ikhlas.mak aku memang berkenan sangat ngan kau."

Dini tergelak kecil."itu mak kau.memang semua orang berumur suka aku Zal.itu aku tahu."
"Dini,kalau mak aku pun dah suka.aku ni,bertambah-tambahlah sukanya."
 balas Mifzal sedikit keras suaranya.
"mak aku tunggu persetujuan kau je,untuk masuk meminang." tambah Mifzal.
Ardini sedikit terkejut."kau memang lah Zal,dah 10 tahun aku kenal kau,tak pernah nak
berubah."
Dini cuba berlagak selamba.
"terserahlah Dini.aku tak tahu cara terbaik untuk meyakinkan kau.kalau kau taknak,cakap je.aku akan beritahu mak aku supaya jangan berharap dan cari je lah mana-mana anak dara lain."
Mifzal pasrah.

kedua-dua mereka terdiam.Ardini terasa begitu bersalah.antara persahabatan dan cinta sangat sukar baginya.mampukah dia menerima cinta dari Mifzal?

perjalanan pulang ke rumahnya terasa begitu jauh.sebaik sahaja sampai di rumahnya,Ardini ngucapkan terima kaseh kepada Mifzal.belum sempat Ardini menutup pintu, Mifzal sempat berpesan.

"dini,kau fikir-fikirkan lah ye.assalamualaikum"
Ardini hanya menjawab "Waalaikumussalam".

Nissan Latio putih itu memecut laju meninggalkan perkarangan rumah Ardini.Ardini masih teringatkan pesanan Mifzal.di hati wanitanya hanya ada Naqib Ahza yang pernah bertamu di hati.benar dia kecewa dengan hubungan yang tidak berkesampaian itu.namun apakan daya itu ketentuanNYA.hatinya masih sukar menerima pengganti baru.tapi kenapa?masihkah Syafi Ardini menanti cinta dari seorang lelaki bernama Naqib Ahza?

"kenapa ni Fi?dah berapa kali Aza nak cakap?tapi Fi still tanya soalan yang sama.Aza dah bosan".kasar suara itu singgah di cuping telinganya.kini masih jelas kedengaran.
"Fi cuma nak tahu.takkan tu pon salah". balas Ardini.
"Fi ni macam tak percayakan Aza.macamana nak bahagia kalau tak ade percaya?" tengking Ahza lagi

teringatkan kejadian itu Ardini tersentap. beristighfar seketika.airmata wanitanya mengalir lagi. Ardini tahu silapnya,seringkali soalan kepercayaan dipersoalkan.hati lelaki mana yang mampu bertahan? Namun Ardini redha dengan ketentuanNYA.bukan sahaja berbeza keturunan,tetapi juga darjat.sangat ketara bezanya, bagai langit dengan bumi.banyak mata yang akan memerhati segala gerak geri dan banyak juga mulut yang akan berbisik sesama sendiri.

salam.Zal,nnti lunch ngan aku tau?jangan lupe..(",)vmessage ditaip pantas kepada Mifzal.

wslm.baik!!!!!!!!!!!!!!!ringkas balasannya.

"Zharif Mifzal,demi Allah aku bersedia untuk segala yang akan mendatang. Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah perjalananku.Kuatkan imanku,tabahkan hatiku.Amin." sempat Ardini berdoa sebelum melangkah keluar office.

"apa mimpi kau Dini?dapat bonus ke ni?Alhamdulillah.makan free la aku." sapa Mifzal sebaik sahaja mengambil tempat di hadapan Ardini.
"aku ada benda nak cakap." Dini bersuara.
"apa?cakap je.kau naik pangkat?tak pun kau nak beli kereta baru?" sangka Mifzal.
Ardini menggeleng."Aku dah fikir masak-masak. setuju dan bersedia menjadi suri hidup kau."
Ardini memandang Mifzal dengan seribu tanda tanya.menunggu reaksi Mifzal.
Mifzal menekup mukanya dan memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi. Mifzal memegang kedua-dua belah bahu Ardini, tetapi ditepis kuat Ardini.
"sorry Dini, aku cuma nak cakap terima kasih banyak-banyak." terang Mifzal.
"Zal, kita takde hubungan yang sah.Kau tak boleh pegang aku sesuka hati.itu dosa."Ardini sedikit tegas.
"aku mintak maaf Dini.takde niat apa-apa pun.aku excited."terang Mifzal lagi.

makan tengahari itu berbeza suasananya.biasanya mereka akan berborak rancak,tapi tidak tadi.suasananya sepi.

salam,Syafi Ardini terima kasih tidak terhingga kerana menerima lamaran Zharif Mifzal.semoga jodoh kita berkekalan hendakNYA,amin.wslm

message yang diterima Mifzal tidak dibalas.Ardini masih memikirkan keputusan yang dibuatnya tengahari tadi.Ardini melangkah masuk lif seorang diri.

"hye sayang."sapa Mifzal.Ardini memandang Mifzal.
"Assalamualaikum.aku bukan sayang kau.aku cuma setuju untuk jadi isteri.kita tak ada ikatan apa-apa.so, kau tak perlulah nak bersayang-sayang ngan aku.aku rimas." terang Ardini selamba.
Mifzal belum sempat membalas, Ardini telah melangakah keluar lif.Hati wanitanya sebenarnya teruja untuk bergelar seorng isteri, namum ada sedikit gusar yang tidak dia pasti kenapa i a wujud.

Ardini,aku tahu kau masih sayangkan Naqib.tapi bila kau dah setuju untuk menjadi suri hidup aku, aku harap hati kau hanya untuk aku.aku akan cuba untuk jadikan yang terbaik untuk kau.

Ardini menerima message dari Mifzal sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi.

Mifzal,yakinlah dengan apa yang telah aku tuturkan sebelum ini. Ardini membalas ringkas.

Naqib Ahza,memang kita tidak dijodohkan untuk bersama.lenyaplah engkau dari ingatan dan pandanganku.bukan aku ingin menguji hati lelakimu kerana menerima sahabat baikmu sebagai suamiku,tetapi sahabatmu melamarku.aku tidak mahu menolak lagi untuk kedua kalinya, setelah lamaranmu kutolak mentah-mentah.maafkanlah aku untuk kesekian kalinya.Ardini mengaminkan doanya.

"tut..tut..tut.."
"Gemilang Holdings Sdn.Bhd." kak Eryana mesra menerima panggilan.
"Dini,2nd engineer line 2." teriak kak Eryana.
"thanks kak Eryana."balas Ardini.
"yes, mr.engineer.boleh saya bantu?"Ardini professional bila berurusan.
"Miss Syafi Ardini,mak nak kita kahwin bulan depan." tenang Mifzal menutur kata-kata.
"apa?" Ardini terkejut dan terdiam.
"diam tandanya setuju.ok thanks."Mifzal memutuskan talian tanpa menunggu balasan dari Ardini.


"Naifa,aku kahwin bulan depan." bicara Ardini bersahaja
"Kahwin?siapakah lelaki bertuah itu?" teruja Naifa
"Mifzal." jawab Ardini ringkas.
"aku dah agak dah.si Mifzal tu memang suka kat kau la Dini.tapi kau tu buat-buat buta." tambah 
Naifa.

persiapan di rumah Ardini tidak segah persiapan di rumah Mifzal. tambahan pula Ardini dari keluarga susah.Dia tidak mahu membebankan ibu bapanya. lagipula Mifzal dari golongan berada.Risau ulut-mulut 
orang kampung bercakap bukan-bukan tentang dia dan keluarga.cukuplah peristiwa dulu.dia dianggap sebagai mengambil kesempatan di atas keberadaan Ahza.

Ardini meminta izin dengan Mifzal, bakal suaminya untuk menjemput Ahza ke majlis perkahwinan mereka.Mifzal mengizinkannya. baginya, mungkin itu cara terbaik untuk Ardini melenyapkan terus perasaannya yang masih tersisa, sekaligus menjelaskan hubungan mereka yang memang tidak terjodoh bersama.

benar, lama Ahza dan Ardini bersama.namun, di mata lelaki Mifzal, Ahza gagal menjalankan tanggungjawabnya. dia seolah-olah tidak serius pada perhubungan yang telah terjalin lebih 4 tahun itu.

"assalamualaikum, Aza."
"waalaikumussalam, Fi. lama tak dengar suara Fi."
 jawab ahza spontan.Naqib Ahza berjaya meneka tepat Ardini kerana hanya Ardini yang memanggilnya ahza, kerana bagi Ardini dia sangat beruntung memiliki Naqib Ahza.
"Fi nak jemput Aza sekeluarga ke majlis perkahwinan Fi dan Mifzal. harap Aza sekeluarga sudi datang."
" Zharif Mifzal?alhamdulillah. congrats to both of you.tapi, Mifzal takde bagitau apa apa pun."
jelas Ahza.
"memang Fi yang minta untuk menjemput Ahza sekeluarga."terang Ardini jujur.
yeke, patutla.insyaALLAH kalau tiada aral, kami hadir."balas Ahza.
"terima kasih, Assalamualaikum." Ardini segera mematikan talian.tidak tahu apa perasaannya.tetapi dia puas!terlepaslah segala beban yang ditanggungnya selama ini.Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.kini diyakin benar dia bersedia untuk menjadi isteri Zharif Mifzal.

Syafi Ardini sah bergelar sebagai isteri Zharif Mifzal dengan hanya sekali lafaz.

Zharif Mifzal,terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menerima Syafi Ardini seadanya. Syafi Ardini berjanji akan menjadi seorang isteri yang solehah, ibu mithali dan sahabat sejatimu yang akan menggembirakanmu di kala duka, yang akan membantumu di kala susah yang akan selalu mencintai, menyayangi dan mendampingimu.semoga jodoh kita kekal dan berpanjangan hingga ke akhir hayat. dikurniakan rezeki dan anak-anak yang solehah..amin



Syafi-Yang menyembuhkan Ardini-isteri yang menyayangi (Syafi Ardini)
Naifah-Kedudukan tinggi abyana-nyata, jelas (Naifa Abyana)
Zharif-Periang,berjenaka Mifzal-Teramat mulia (zharif mifzal)
Naqib-Yang menjamin Ahza-yang beruntung (Naqib Ahza)


[unexpected] : wrote this story a year ago ~