CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 29, 2011

my day celebration ~

today is 29th march 2011..my day celebration
(daisypath kat sebelah bukti kewujudan My Day ~)

terima kaseh tak terhingga kepada roommate Miss Shuhada kerana menemani awal pagi tadi ke klinik (pusat kesihatan actually) name pon kesihatan, mesti la untuk orang yang sihat seperti aku..da gtau da i'm occay, sebuk nk suh orang pi check..seperti yang dijangkakan saya tidak demam..haha..tapi dapt ubat berjuta-juta..takpe la..makanlah selagi termampu..haha..lunch kat Laksa Shack, Plaza Shah Alam bersama miss nadd..lepas tu boleh plak melepak wat therapy kt One..haha..memang hari sehat sedunia..tak cukup ngan itu melencong plak ke SACC menghabiskan masa dengan reflexology kaki di Kakiku..aduyai, alangkah leganya pekena urutan Kak Sarah..sesungguhnya telah declare today is My Day tapi banyak dipenuhi dengan activity kesihatan..thank you kak nadd ~



[unexpected] : thanks miss hids  for a beautiful song, i know your girlfriend hates me ~

be care full ~

he is fragile ; so I don't want to take a risk


i loved to say that "you maybe knew him earlier, but I knew him a lot" 
but  i just realize that "he is a fragile man and gets easily broke" 
and now i would like to say that "you are the right woman who can fix him"



[unexpected] : the end =) ~

Sunday, March 27, 2011

earth hour ~

malam tadi aku stay rumah kawan kat area rumah flat seksyen tujuh kerana keesokan harinya kami akan ke satu arah yang sama tetapi berlaenan hala..maka, aku mengambil keputusan untuk stay je kat rumah dia..kami ke tesco, membeli sedikit barang basah untuk santapan makan malam..aku menyediakan sambal udang (pedas gile..xingat diri tu batuk), begedil (letak bawang ok..) dan sayur kobis..kami makan sesudah aku solat maghrib..yang tak boleh tahan, makan depan tv..sekali kluar la pasal earth hour..aku punyela ala jakun sket (lame tak tengok tv) "earth hour ke malam ni"..kawan aku. "ye la, mek"..aku pon mencadangkan idea bodoh, "jalan-jalan nak?". sekali idea bodoh itu dipersetujui..kami mengemas meja after makan dan bersiap keluar..kami berjalan melepasi blok-blok rumah flat..akhirnya menuju ke arah cita yang sama ; i-city..huhu..bergambar, berjalan-jalan..lebih sejam, kami berjalan pulang..

semasa dalam perjalanan pulang, aku seperti biasa bergelak ketawa riang ria gitu..kami menggunakan pedestrian walk yang disediakan..time tu tak banyak kenderaan..tetibe brader motorcyclist tu terbersin..aku tanpa sengaja turut mengajuk bersinan beliau..dia sempat menoleh..mungkin dalam hatinya terdetik "kurang ajar punye perempuan!" maaflah encik, saya memang tak sengaja..itu adalah tindakan luar kawal yang memang takde remote control..berjersi dark blue dan berseluar khakis (atau cream) dan berhelmet..haha




[unexpected] : sekiranya anda membaca, mohon maaf atas kekurang ajaran dan tindakan luar kawal saya ~

Saturday, March 26, 2011

semua adalah ketentuanNYA ~

memang ALLAH sengaja ~

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi PENILAI YANG BAIK dan BIJAK

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita HANYALAH MAKHLUK yang SENTIASA MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ALLAH

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salahsupaya kita dapat KASIH SAYANG yang TERBAIK, khas untuk DIRI kita

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH dan PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa DIA BUKAN PILIHAN yang TEPAT untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip PENGALAMAN yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi MANUSIA yang KENTAL dan HEBAT JIWAnya

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salahsupaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK hanya ada bersama ALLAH

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN yang tidak selamanya kekal

wahai teman-teman yang pernah kecewa, sedang berduka dan menderita kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan ini sudah hampir kepenghujungnya. Sekiranya kalian diuji dengan ujian sebegini, tabahkan hati, kuatkan iman, dekatkan diri kepada PENCIPTA, gapailah Al-quran, ciumlah sejadah, kerana itu adalah ubat hati yang paling mujarab. Pasti ada hikmah disebalik apa yang kalian lalui.

Percayalah, sesungguhnya ALLAH malu untuk MENOLAK permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

semoga tabah menempuhi hari mendatang dengan berkat dan izin dariNYA, amin.



[unexpected] : tidur malam tadi terganggu dek amukan wanita putus cinta ~

Friday, March 25, 2011

pelanduk dua serupa ~

pernah last year kot lunch ngan kak nadd kat khulafa tujuh baru..sampai je terus ke kaunter nasi..terpandanglah sekumpulan kawan (sorang wanita, dua lelaki)..seperti biase, senyum je la kan..pastu terus sambung perbualan bersama kak nadd..usai amek makanan beserta harga, terus ke port biasa lah..kebetulan belakang sekumpulan kawan tadi..maka, duduklah kami tanpa rasa bersalah (public kot)..huhu..tapi aku perasan (jarang berlaku ni) lelaki tadi selalu mengalihkan pandangan ke arah kami..(tak pelik, mesti tgk kak nadd)..banyak kali..try check baju, kot-kot la terdedah ke ape..mustahil, kalo terdedah, kak nadd awal2 dah sound..maka kami makan tanpa rasa bersalah lagi..gelak memang tak yah ckp la kan??kalah pontianak harum sundal pagi..huhu..akhirnya mereka bangun meninggalkan meja..TAPI,

lelaki tadi datang menghampiri meja kami dan bertanya dalam dialek yang sudah dijangkakan

lelaki itu : NURUL key?? sambil menunding jari ke arah saya
saya : (sedikit terkejut) dop eh..
lelaki itu : (bertukar menjadi bengis).dok eh, NURUL ko dok ni??
saya : (tambah terkejut ditengking sedemikian) dok eh..bukey NURUL..
lelaki itu : doh sapo?
saya : ****
lelaki itu : yoko, sorry deh, ingat NURUL. serupo dekpong. (muka malunya itu sekadar lakonan bagi saya)

lelaki itu berlalu pergi..

kak nadd : taktik ngorat lame
saya : (gelak)..mane ade akak, rabun ke ape nak ngorat..huhu


{unexpected] : tadi ade lagi orang silap panggil, NADIA ~

Thursday, March 24, 2011

anggun ~

Anggun pandangan di mataku,

Ayu cantik tutur bahasamu,
Sayu lebur hatiku berpalu,
Terpaku ingin ku tahu,
Siapa yang menghantui diriku.



KL KL kosa nostra yang bicara,
Ramai ternoda dan ramai yang tergoda,
Ini kisah teruna dan juga dara,
Bertemu tak sengaja ketika ronda-ronda,
Bermula Subaru kelabu berpacu,
Tersekat pandangan ke arah sesuatu,
Tertanya di hati inikah ratu melayu,
Bersama ibu, nyata dia ku mahu tahu,
Harapku temu di destinasiku,
Berkat doa di dada, takdir kau ku temu,
Merisik tanya siapakah dalam kebaya,
Bolehku add Facebook dan Twitter nya,
Ibu memandang ku senyum sahaja,
Sayonara, ku undur sebentar ya,
Malu ku mahu harus bagaimana,
Silakan Altimet wakilkan bicara.



Anggun pandangan di matamu,
Ayu cantik tutur bahasamu,
Sayu lebur hatiku berpalu,
Terpaku ingin ku tahu,
Siapa yang menghantui diriku.



Salam, Si Anggun apa khabar,
Wajah seperti yg terpampang di layar,
Lesung pipit hitam manis petunjuk salasilah
Pekerti seperti saidatina khadijah,
Tumpang tanya siapa yang jadi teman,
Jawapan tepat tuhan rasul dan qur’an,
Tak marah, terkilan pun bukan,
Kerna mereka 3 dan aku pun sepasukan,
Maaf jika hamba kurang sopan,
Tapi sehidup menatap sudah tentu tak bosan,
Maaf jika hamba terlebih melopong,
Tapi pusingan ini hamba kalah satu-kosong,
Mungkin juga ada pusingan kedua,
Mungkin ada jalan untuk anakku ke syurga,
Maaf jika kita di cemburui masa,
Kalau aku tuannya kita bicara lebih lama,



Anggun pandangan di mataku,
Ayu cantik tutur bahasamu,
Sayu lebur hatiku berpalu,
Terpaku ingin ku tahu,
Siapa yang menghantui diriku.



Diri kamu memukau ku,
Biarkan kau dan aku bersatu (bagaimana?)
Beri yang terhebat dari yang dulu-dulu (harus)
Wahai ibu izinkan aku lalu (ayuh)
Bina hidup bina hasrat yang baru
Biarkan kau dan aku bersatu
Beri yang terhebat dari yang dulu-dulu
Wahai ibu izinkan aku lalu
Bina hidup bina hasrat yang baru



Anggun pandangan di mataku,
Ayu cantik tutur bahasamu,
Sayu lebur hatiku berpalu,
Terpaku ingin ku tahu,
Siapa yang menghantui diriku.

lagu ni first time dengarq cam biase-biase je..2 kali dengarq macam ade something yang menarik..lame dengarq baru dapat tangkap..yang diboldkan tu..first time kot lagu untuk si hitam manis..haha..klakar..huhu..akan request lagu ni setiap kali bersama kak nad ~..huhu ~




[unexpected] : zizan RL boleh rap??thumbs up to rakyat Terengganu ~

Wednesday, March 23, 2011

bohong sunat ~

diamlah kau penipu!!!(kasarnya..pembohong) 
bukan mahu berbohong..
tapi, sekiranya berbohong untuk menyelamatkan diri adakah itu dikira sebagai bohong??

merujuk pada http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=49&thread_id=1869 tidak terdapat pun seperti kes yang saya alami..tapi saya akan menganggap ia bohong sunat kerana saya terasa diri ini terancam..(haha..perasan)..tapi betol..itu kenyataan yang saya hadapi..dengan cara memberikan statement "Saya tunangan orang" sekaligus telah menghilangkan masalah itu..hal ini kerana saya mempunyai reason yang kukuh untuk menolaknya.. mereka menilai dari sudut ke'handsome'an si dia..tetapi bagi saya tidak handsome itu bukan masalah..lagi handsome, lagi banyak masalah..takpe, abaikan faktor itu..tapi reason utama adalah, saya langsung tidak mengenali beliau..haha..tambahan pula beliau adalah orang luar..maka, sangatlah tidak wajar untuk menerima segala yang saya fikir sangat tidak tercapai dek akal kan??orang yang rekemen pon satu hal..baru jumpa saya sekali dah memandai nak rekemen kat sepupu die..tak tahu saya ni perogol bersiri ke, perampok high class ke, maen rekemen je..huhu..aishhhh..bahaya betol..huhu..kang tak pasai-pasai Puan Mama dan En Papa sembelih beliau..maka, sebelum ada sesiapa ke penjara, menjadi mangsa atau dilarikan, saya rasa baik saya putuskan demikian..haha..puas hati =)



[unexpected] : amek iktibar..jangan mesra sangat ~

Thursday, March 17, 2011

si loyar buruk ~

kadang-kadang bila otak tidak mampu berfikir secara waras dek tekanan di tempat kerja mahupun sekolah, kita lebih cenderung untuk menonton rancangan lawak atau mana-mana  video clip yang kelakar..sekadar untuk "release tension" bak kata orang putih lah..orang hitam cakap "spanning"..haha..naseb baek terhidang rancangan Raja Lawak dan Oh Yeah!..boleh tahanlah bergelak tawa..teringat lawak si loyar buruk kat rumah..

di ruang tamu sambil menonton berita, terpapar masalah akhlak di kalangan mereka terkenal...

En.Along : teruklah si A ni..mak ayah bukan maen warak lagi..tapi perangai anak, subhanallah..

Pn.Along : biasala tu..iman bukan dapat diwarisi..

Pn. Mama : tu la, budak B tu pon boleh tahan jugak..

Cik Angah : memang pon..pernah je jumpe diorang dulu..

tiba-tiba..

Cik Kakak : eleh, En.Along pon same je kan??

kami tergamam ..En.Along lagi tergaman..semua mata tertumpu padanya..

Cik Kakak : ye la kan..cakap orang..En.Along pon same..ibu En.Along pakai tudung labuh, tapi adik beradik En.Along sume tak pakai tudung.. (selamba)

kami, menjeling tajam..tanda tidak berpuas hati..

camne nak bertudung kalau dierang sumenye adalah ADAM!!!


[unexpected] : En.Along selalu dibuli kami kerana beliau adalah pendatang baru..welcome to our family ~

Wednesday, March 16, 2011

tempreture naik mendadak ~

hari ni emosi memang tak menentu..start dari class third language petang tadi melarat kepada berjalan-jalan di mall sehinggalah dinner di usj 9 dan seterusnya mood untuk buat presentation law pun hilang..apetah lagi membuat design kan??time dinner adalah kemuncak EMOSIKU..kegagalan mengawal emosi di hadapan Miss Nadiah and Mr Basri..haishh..dek kerana 'anda' seorang.. TAHNIAH anda berjaya merosakkan mood saya..haha..(bukan saja mood rosak, perangai buruk pon terbongkar) mungkin itu kejayaan awal anda yang akan menjadi HAK MUTLAK anda kerana saya sudah tidak cenderung ke atas itu..saya berSYUKUR kerana hal ini menguatkan lagi perasaan saya untuk tidak seBULU dengan anda..haha..kerana anda tersangatlah typical..

saya sudah bosan mendengar TYPICAL LAYOUT dan TYPICAL DIAGRAM..tapi itu tidak menjadi masalah..i'm architectured to do all those drawing..tapi typical thinking ni susah sikit..sebab kita tak boleh nak ubah cara pemikiran orang..setiap orang level of thinking mereka berbeza..laen background, laen cara pemikirannya..laen level of education mereka, laen kecenderungan berfikir mereka..laen environment mereka, laen life mereka..(sila bace intonasi biasa..bukan berlagak..tq)..CRITICAL THINKING !! cuba jangan menjadi terlalu typical..expect the unexpected..think outside the box, please..



[unexpected] : do read this my dear, i know you will update my blog, right??thank you for reading =)


Tuesday, March 15, 2011

kala rindu berbisik ~

allahu akbar..allahu akbar..
alunan azan pagi subuh itu benar-benar menyentap tangkai jantungku.bukan kerana tidak pernah bangkit seawal itu.tetapi subuh yang hening itu menduga ketabahanku.dalam lemah, kugagahi jua demi adik-adik tercinta.usai mandi,aku mengejut adik-adikku untuk solat bersama.aku tahu, mereka masih bersedih seperti aku.namun, mereka harus ke sekolah pagi ini.aku yang berhak untuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah..

azra dan azri adik kembar yang masih menuntut di tingkatan 5.manakala asna adik bongsu yang baru berusia 6 tahun.ujian ini terlalu berat untuk mereka tempuhi.berbanding aku yang sudah berusia 23 tahun.sudah cukup matang untuk aku hadapi semua ini.

usai solat berjemaah dan membaca Yaasin untuk kedua ibubapa tercinta.ku lihat air jernih mengalir laju di pipi adik-adik.aku bergegas ke dapur menolong Mak Biah untuk menyiapkan sarapan pagi adik-adik.adik-adik seperti biasa akan bersiap untuk ke sekolah..

rutin biasanya, ibu akan menghantar asna ke sekolah rendah.manakala ayah akan menghantar si kembar.laluan ke pejabat ayah sejalan dengan sekolah si kembar.tetapi pagi ini, aku terpaksa menghantar mereka bertiga..

azra dan azri menyalami aku sebaik sahaja sampai di sekolah.asna yang sedari tadi berada di tempat duduk hadapan hanya bersandar pada dashboard.digosok dashboard itu berulang-ulang kali.sesekali terlihat dia mengelap hidungnya yang tidak selsema..aku tahu dia masih bersedih.aku menekan pedal brek mengejut apabila lampu isyarat bertukar kuning..

tiba-tiba si kecil itu bersuara..
"ala..kenapa kakak brek?nanti lewat la Una nak masuk kelas.kalau ibu, mesti ibu pergi straight je kakak".

aku yang dari tadi terdiam akhirnya bersuara.
"itu ibu sayang. ibu memang cekap drive.kakak baru je dapat lesen, sayang.tengok tu, sticker P yang color merah tu"
asna mengangguk perlahan-lahan.aku menukar gear D dan menurunkan handbrek sebaik sahaja lampu isyarat bertukar ke warna hijau.
"kakak,kenapa tak stop kat kedai tadi?"


aku kebinggungan."kenapa Una?"

"ibu selalu stop kedai newspaper tu. beli newspaper untuk rumah kita.kalau tak,ayah tak baca la newspaper hari ni"

asna seakan-akan menahan kemarahannya.

"sorry, sayang. mana kakak tahu. nanti on the way balik kakak stop beli ye, sayang?" 
aku rasa begitu bersalah pada si kecil itu. berderau darahku naik ke muka.ada getar di dadaku mendengar leteran si kecil itu.

sampai di sekolah, asna hanya membatu.
"Una, dah sampai sekolah."

asna masih membatu.
"jom, kakak turunkan beg." pujukku

asna menggeleng."kenapa sayang?"

"kakak, boleh tak kalau Una tak nak masuk kelas?"
"tak boleh macam tu sayang. kan ibu dah pesan, jangan malas-malas."


airmata si kecil itu mengalir laju seperti air empangan yang baru dilepaskan."tapi Una rindu ibu."

si kecil itu memelukku erat.dari pelukkannya, dapat kurasa kesedihannya.esakkannya masih bersisa walaupun aku sudah meninggalkan perkarangan sekolah.aku berhenti di kedai surat khabar yang biasa ibu kunjungi.

"selamat pagi, puan. eh, puan muda hari ni? minta cuti lebih ke puan muda? mana puan besar? tanya pekedai itu ramah.memang pekedai itu mengenali ibu dan ayah.melihat kereta nissan latio ibu dari jauh, dia sudah tersenyum lebar.aku senyum hambar.
"a'ah pakcik, cuti lame sikit ni.ibu dah takde. semalam jenazah ibu dan ayah dikebumikan di tanah perkuburan islam sebelah masjid besar tu pakcik."

"innalillahiwainailaihirajiun.pakcik tak tahu pun nak,"
 pakcik itu bersuara kesal kerana berseleroh sebentar tadi.

"takpe pakcik, semua orang akan kembali kepadaNya, cuma tidak tahu bila masanya." aku senyum lagi.

"tabah ye nak. ini adalah ujian Allah kepada hambaNya yang terpilih." tambah pekedai itu lagi.selesai membuat bayaran, aku memohon untuk beredar.

"hati-hati, nak." laung pekedai itu. aku membunyikan hon sekadar tanda terima kasih.

perjalanan pulang ke rumah akan melintasi tanah perkuburan islam bersebelahan masjid besar.tatkala melalui jalan itu hati ku meruntun hiba.

"kakak,boleh x Una nak jumpe ibu kejap?".pinta si kecil itu.aku sekadar mengangguk tanda setuju. kereta nissan latio tinggalan ibu di parkir di bahu jalan.aku menuntun asna ke tanah perkuburan. masih merah lagi tanah di perkuburan ibu dan ayah.kami menghadiahkan al-fatihah, semoga roh ibu dan ayah tenang.

aku sekadar diam memerhatikan asna. dikuis2 tanah yang masih merah. rindu benar si kecil itu.memang asna rapat dengan arwah. lebih-lebih lagi arwah ayah.

"Una, dah la sayang, ibu dan ayah penat tu.dierang nak rehat.jom la balik.banyak lagi kerja yang perlu kakak settlekan kat rumah sayang."
pujuk Afza manja.

kali ini pujukannya menjadi. Asna akur dengan permintaan Afza segera bangun menuju ke kereta.sampai di perkarangan rumah kelihatan Mak Biah mengemas halaman. Asna berlari anak masuk ke dalam rumah. Entah apa agendanya selepas ini.

"Mak Biah, Jaja nak cakap sikit ngan Mak Biah boleh x?"pinta Afza sopan.
"Boleh, Jaja. Apa dia nak?" tanya Mak Biah kembali.
"Macam ni Mak Biah, memandangkan ibu dan ayah dah takde, Jaja rasa, Jaja tak mampu nak bayar gaji Mak Biah sekiranya Mak Biah berterusan kerja di rumah ni.Bukan Jaja nak tutup periuk nasi Mak Biah, tp Jaja pon takde sumber kewangan lagi buat masa sekarang.Memang sedih dan susah bagi Jaja nak buat keputusan macam ni Mak Biah. Tambahan pula Jaja, Girl, Boy dan Una dah anggap Mak Biah macam nenek kami dah. Sebolehnya kami nak Mak Biah bersama kami, tapi apakan daya Mak Biah, Jaja tak mampu." air mata Jaja menitis tanpa dipinta.

"Jaja, sampai hati Jaja nak buang Mak Biah macam tu je. Kalau Jaja, Girl, Boy dan Una dah anggap Mak Biah macam nenek kenapa perlu fikirkan bayaran kerja Mak Biah? Duit yang ibu dan ayah bagi selama 21 tahun Mak Biah kerja tu pon dah boleh bawak kamu pergi umrah Jaja." Mak Biah juga sama menitiskan air mata sambil tangannya tak henti memukul lengan kiri Afza.

"tapi tu duit gaji Mak Biah.Bukan duit kami." esakkan Afza makin kuat.

Mak Biah memeluk anak gadis itu erat. "kalau dulu ibu dan ayah Jaja jaga Mak Biah, kini giliran Mak Biah pulak jaga kamu adik beradik.Jasa arwah ibu dan ayah Jaja tak mampu Mak Biah balas, Jaja." tangis mereka bergabung.

Memang Mak Biah menjadi orang gaji Puan Ahza dan Encik Adhwa sejak 21 tahun yang lalu.Mak Biah yang menjaga Afza semasa ibubapanya terpaksa menghadiri kuliah dan bekerja sambilan semasa berada di Toronto.

"Dah la tu, Jaja.Tak elok tangis benda yang sudah tiada.Kita yang masih hidup ni perlu teruskan hidup.Jangan patah semangat ye, nak.Ayuh kita masuk,makanan tengahari belum disediakan lagi." pinta Mak Biah. Mereka beriringan ke dapur.

usai menyediakan makanan tengahari bersama Mak Biah, Afza ke bilik mendapatkan Asna.Pintu bilik arwah ibu dan ayahnya sedikit terkuak.Afza masuk ke bilik, dilihatnya Asna terbaring dikatil arwah bersama baju-baju arwah.rindu benar si kecil itu pada arwah.diseka air jernih itu cepat.

"Una, bangun sayang, ikut kakak jom.Girl ngan Boy dah habis kelas." diusap-usap belakang Asna.Tapi Asna tidak memberi sebarang respons.Jantungnya berdegup kencang.Ditarik Asna ke pangkuannya."Ya Allah cukup la" hatinya sempat merintih.

"Una,Una.Bangun sayang." digoncang sedikit badan si kecil itu.Dahinya disentuh.Sedikit panas.

"Mak Biah,ikut Jaja pergi klinik cepat!" 

Jeritan Afza cukup untuk merentap tangkai jantung wanita akhir 50 an itu.Mak Biah yang sedari tadi hanya duduk bersahaja menunggu budak-budak untuk makan tengahari segera mengikut arahan Afza.Kereta Nissan Latio peninggalan arwah ibunya memecut laju ke Klinik Bakhtiar.Asna di bawa masuk ke bilik rawatan.

"Cik Uthaila".Afza segera bangkit tatkala mendengar namanya dipanggil.Afza diminta masuk sebaik sahaja Asna mendapatkan rawatan.

"Doktor, macamana keadaan adik saya doktor?" tanya Afza sebaik sahaja dipelawa duduk oleh doktor Bakhtiar.
"Bertenang Cik Uthaila. Adik cik dalam keadaan baik, cuma dia mengalami demam biasa seperti kanak-kanak lain seusianya".tenang doktor itu berbicara.
"Alhamdulillah. terima kasih doktor." Afza memanjat kesyukuran kehadrat Illahi.
"Sama-sama. Saya telah bekalkan antibiotik dan beberapa jenis ubatan yang perlu untuk Unaisa."
"terima kasih, sekali lagi doktor". Afza sedikit tunduk hormat tanda terima kasih.
"Cik Uthaila, maaf bertanya.Adik Unaisa kerap menyebut nama ibu dan ayah semasa saya menjalani rawatan sebentar tadi.Meracau agaknya".duga doktor awal 30 an itu.
Afza senyum kelat."saya tahu doktor dan saya faham, dia rindu sangat dengan arwah. budak-budak doktor".Afza menahan sebak
"Maafkan saya Cik Uthaila.Saya tak bermaksud.."
"Tak mengapa doktor".Afza memohon beredar sebaik sahaja menyalami doktor Bakhtiar.

Asna sudah berada di pangkuan Mak biah sebaik sahaja Afza membuat pembayaran.Mak Biah sekadar mengangkat kening ke arah Afza."Demam biasa je Mak Biah".
Afza memecut ke sekolah, Azra dan Azri sudah lama menunggu mereka.

"Boy, Girl, sorry lambat tadi Una demam. kakak hantar ke klinik".
"Takpelah kakak, kami pon baru je abes taklimat temu murni td".
Boy tenang bersuara.
"Kakak, esok pagi kakak kena datang untuk temu murni tau jam 10 pagi. kakak jumpa cikgu Girl dulu, lepas tu baru cikgu Boy. tadi Boy dah bagitahu cikgu incase kakak lambat." 

Afza sekadar mengangguk seinci pon tidak dia menoleh ke arah Azri.Dia tahu Azri seorang yang tabah.Sekiranya arwah masih ada,pasti tidak perlu Azri berbuat demikian.di tempat duduk belakang kelihatan wajah suram Azra mengusap-usap dahi Asna yang agak panas.

usai makan, mereka bersiap untuk ke masjid besar. majlis tahlil hanya diadakan di masjid. Afza tidak mampu.Namun dia harus terus tabah demi adik-adik tercinta.

Azri memangku Asna keluar dari kereta Mitsubishi PajeroSport Biru peninggalan ayah.Demamnya belum kebah sepenuhnya.

sebelum tidur Afza menunaikan solat sunat agar dikuatkan imannya dan ditabahkan hatinya dalam menempuh hidup yang mendatang tanpa kedua-dua insan tersayang.masih terngiang-ngiang suara dan gelak tawa arwah di telinganya.masih terpapar betapa kasihnya si ayah dan sayangnya si ibu diruang matanya.airmatanya mengalir tanpa dipinta ditemani lampu tidur Asna.Bukan mahu ditangisi apatah lagi meratapi memergian ibu dan ayahnya.tetapi ia sesuatu yang sukar untuk ditempuhi seawal ini.

"ibu, Afza rindukan ciuman ibu.Ayah, Afza rindukan pelukan ayah".

Afza tertidur di sejadah arwah bersama tangis berbaki.



[unexpected] : cerita dikarang ketika teringatkan seorang kawan yang kehilangan ayahandanya ~

terganggu ~

usai solat subuh, niat utama nak sambung "kerja sekolah" yang tak pernah abes dan makin berlambak-lambak..next crit session on 22nd march..lagi banyak drawing yang tak siap..sanitary layout, electrical diagramatic, rubish disposal, mechanical transport..nak cari detail for pre stressed bridge lagi..detail fish tank bagai..sedang menunggu segala info loading (maklumlah wifi free kan..thanks to UiTM).. jari jemari yang tidak runcing ni sibuk mengintai blog orang laen..scroll down satu-satu..baca setiap baris ayat..pastu click older post..baca lagi..older post lagi..sungguh menarik blog dia..banyak ilmu dan info yang diperolehi..dari sudut pandangan mata seorang doctor (wah..terus dapat title doctor..haha) dan juga good reader boleh saya katakan (asek uplod gmbr buku-buku je)..kerana terlalu banyak kisah-kisah Rasulullah saw yang ditulis..kami mase kecik selalu jugak membaca dan mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita kisah-kisah Nabi, tapi tak sedetail itu yang saya tahu..kerana Pn.Along juga mengetahui banyak cerita-cerita Nabi (dia memang banyak membaca)..bagi seorang lelaki yang baru berusia 23 tahun, saya rasa beliau cukup matang berbanding lelaki yang seusianya atau lebih tua setelah dilihat dari hasil penulisannya..mungkin environmental factor seperti berada di negara luar menjadikan kita lebih matang dari aspek pemikiran, pertuturan dan komunikasi..atau mungkin perasaan ingin tahu dan perlu tahu itu tebal dalam diri beliau..(wah..terasa nak balajar kat luar la plak..) sesetengah orang ambil remeh benda-benda seperti ni..

contoh terdekat saya, En.Papa paling pantang bila dia tanya sesuatu tempat di dunia, dan saya dengan selamba menjawab "tak tahu"..dengan muka tak puas hati..En.Papa akan cakap, "apalah, tempat tu pon tak tahu ke? tu lah, kan papa dah cakap, tengok map tu..baca peta"..(that's why i love history and geografi..thanks En.Papa) dan secara tidak langsung aku akan memandang tak tinggi sangat kepada lelaki yang tidak tahu geografi, history and animal life..(haha..sebab En.Papa sangat serba tahu..love you papa..you're the best dad ever) ..bukan nak cakap pemilik blog sama seperti En.Papa, tapi minat dan effort mereka untuk mengetahui sesuatu tinggi dan ilmunya macam banyak..jadi korang (yang membaca blog saya ni..) sila la singgah dan membaca blog beliau..tak rugi pon..korang akan dapat info berganda-ganda..http://effysaiful.blogspot.com .. kepada pemilik blog, teruskan menulis dan berkongsi (tak sangka doctor pandai menulis)..semoga kalian selamat di bumi Egypt (Khair Ali @ Zigazig, Husna @ Alexandria  and Ezzad Zairil @ Mansurah)


[unexpected] : menilai seorang doctor dari pemikiran seorang arkitek (wahh..trus jadi Ar...nak sign!!) ~

Monday, March 14, 2011

perfecto ~

waaaahhhhh..
blog da chantek..thanks a lot to Miss Nadiah for editing my blog layout..haha..so teruja..orange, green and brown = perfecto !




[unexpected] : berjalan sakan di hari design ~

Sunday, March 13, 2011

alamat apakah ~

usai solat zohor yang sedikit terganggu dek alunan lagu dangdut amelina "pasir putih pantai..ombak saling kedengaran.." aku bersiap-siap untuk ke studio..minggu in ada program yang dianjurkan pihak kolej..tetapi seperti biasa, aku pasti tidak join..hidup aku memang rutinnya begitu..jarang sekali hari minggu begini dimanfaatkan..kerana kebiasaannya dihabiskan dengan berlibur..huhu..biasanya aku pantas bersiap..tapi kali ini sedikit lambat..aku mencapai sikat rambut..wah..hampir setahun tidak meyikat rambut..yeay, sekarang sudah mampu..huhu..sehinggakan beberapa lagu telah berganti..kedengaran lagu disaat aku mencintaimu by Dadali..yang memang makin femes skrg..tapi lagu itu mengingatkan aku kepada Aslan Narnia kerana dia memperkenalkan lagu itu kepada aku..huhu..tapi bila diamati, liriknya sangat budget bagus..

"..aku, inginkan dirimu..
datang dan temui aku..
kan kukatakan padamu..
aku sangat mencintai..
dirimu.."

eeeuuww..budget hot kan??gile ego..nk girl dtg pd dia..
ko boy kot..gntlmn la sket..so ego ~


opss!bukan itu yang nak aku ceritakan..sambung balik cerita tadi..aku pon menuruni tangga dan singgah di cafe untuk mendapatkan santapan tengahari..aku meneruskan perjalanan mendaki bukit..seperti biasa, seorang diri..tapi aku perasan kali ini aku ditemani kicauan burung-burung yang tak henti-henti mengalunkan irama mereka..seolah-olah saling bersahutan..aku pada mulanya terhibur bertukar gusar..teringat kata-kata en.papa dulu sewaktu aku mimpi gigi patah..aku seraya mendapatkan pn.mama dan menceritakan mimpi aku..kata orang mimpi sedemikian petanda ada kematian..en.papa yang tengah bersiap ke pejabat mencelah, "patutlah cik murai bising kat luar"..jari jemariku yang tidak runcing ini pantas menaip msg kepada mereka yang tertentu dan menelefon pn.mama sekadar untuk update keadaan di rumah..

pn.mama - checked
en.papa - checked
pn.along + adek-adek -checked
bff's - checked
cik kuna - checked
aslan narnia - checked (lambat respond)

alhamdulillah mereka semua selamat..ya ALLAH lindungi mereka dibawah lembayung rahmatMU



[unexpected] : mungkin terpaksa update list of people above ~

saat lafaz sakinah ~

dalam kesibukan menyiapkan 'kerja sekolah' untuk next week, halwa telinga disajikan dengan musik berunsur nasyid..(itu pun setelah dihujani lagu korea dan hindi..huhu) sedang enak beralunkan irama nasyid, jari jemari menari-nari irama hip hop menekan keypad L,TR,F,ML dan O..sesekali E..tapi tetap tak siap-siap 'kerja sekolah'..bibir menyanyi riang bersama lagu-lagu yang dihidangkan..tapi jari jemari yang tak runcing ini sudah tidak focus pada kerja, tetapi sibuk menekan previous pada toolbar windows media player..lagu dendangan Far East begitu selesa di telingaku..status fb adik kepada bff aku telah menjerumus diri ini untuk medapatkan lagu tersebut..lagu itu merupakan lagu yang berkisarkan tentang kasih sayang dan cinta si ADAM ; pada anak dan isteri (si HAWA)..sungguh menusuk ke hati hingga memaksa aku untuk mencari lirik dan mengulang lagu itu berkali-kali..ia bagaikan kesinambungan kepada warkah ADAM dan HAWA..


Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemahanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


lagu ini untuk santapan rakan-rakan yang akan mendirikan rumah tangga this coming school holiday..Barakalahulakuma..semoga rumahtangga aman bahagia dan jodoh kalian  berkekalan..amin ~ hayati bait-baitnya, nescaya anda beroleh mesej yang ingin disampaiakan penulisnya..banyak lagi sebenarnya lagu-lagu nasyid kita yang memuji-muji dan mengagungkan HAWA dan lagu-lagu berupa nasihat kepada anak-anak, tetapi lagu ini tetap terkesan di hati, mungkin kerana factor usia dan anak ayah (papa's 'son')..maka, impaknya lebih terasa..



[unexpected] : maaf papa, saya belum dapatkan pembayar maharnya..huhu =)