CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 12, 2011

balasan warkah ADAM kepada HAWA ~



balasan dari ADAM untuk HAWA yang dicintai....


Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
didoakan semoga kalian berada di bawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah s.w.t

HAWA.....
maafkan aku jika coretan ini bisa 
mengguris hatimu meskipun ku tahu,
jiwamu selembut sutera dan bisa 
hancur lantaran kata-kata yang 
bakal kuungkap ini mengertilah duhai Hawa..
kerana kaulah pengubat kesunyian 
waktu aku di syurga dulu dan engkau 
juga yang asalnya dari tulang rusuk kiriku 
yang bengkok lantaran kerana bimbang 
hidupmu terpesong dari landasan yang 
sebenarnya..ku gagahi jua diri ini...

HAWA....
Maha suci Allah yang telah
mentakdirkan kaummu melebihi kaumku..
di akhir zaman ini itulah kebesaran dan
penelitian Allah s.w.t dala urusannya
bayangkanlah Hawa andainya kaumku melebihi kaummu
yang pasti dunia ini akan berkecai kerana
huru hara dan diselimuti warna-warna
suram lantaran kekejaman dan penindasan.

HAWA.....
suka untuk ku mengajak dirimu agar
berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan
yang melanda di saat ini..
tapi permintaanku duhai Hawa..
cubalah renungkan jua yang sebenarnya
dirimu kini telah berubah 
tidakkah kau mengerti bahawa dirimu umpama 
sekuntum bunga yang indah di pandangan mata
namun bukan perhiasan semata-mata 
duri-duri yang melingkarimu itu adalah hijab  
yang digariskan oleh Allah s.w.t
sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat
seorang yang bergelar wanita

mengapa Hawa?
mengapa harus kau biarkan ia terdedah
kepada kami kaum ajnabimu..?
betapa hancurnya hatiku menyaksikan
dirimu umpama bahan yang boleh diperkotak-katikkan
dimana-mana sahaja bisaku lihat dirimu
menghayunkan langkah bukan sebaik dulu lagi..
langkahmu kian pantas apa sebenarnya yang engkau kejari..?
ku sendiri tak pasti...
terkadang ku tak dapat membezakan dirimu
dengan teman-teman yang lain bersama hayunan langkah itu
suaramu kian meninggi diiringi gelak tawa yang cukup
memedihkan mata dan hatiku ini sedarkah kau Hawa???
haruskah aku terima hakikat yang kau sudah berubah?
semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu..

HAWA.....
mengapa mesti dirimu menjadi tontonan ramai?
perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian
sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu
kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah oleh Islam
sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang
sesederhana mungkin cukup untukku merasakan 
kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari 
mempamerkan perhiasn diri yang kau miliki
fahamilah Hawa usahlah menurut kerakusan 
nafsumu menjelajahi sebutir peluru
yang bisa hinggap di mana sahaja
meninggalkan fitnah buat kaumku ini..

HAWA......
betapa sakit dan pedihnya di saat
kulihat auratmu menjalar disekeliling pandanganku
tak mahu Hawa di negeri yang abadi itu..
satu hari nanti memperlihatkan keseksaan terhadapmu
yang kukira paling dasyat apa tidaknya
seurat rambutmu yang keluar ular menanti di 
mana-mana sejengkal tanganmu kelihatan 

aduh!!!
banyaknya siksaan menantimu..
mengapa begitu Hawa..?
Tidakkah ingat apa yang perlu kau jaga
adalah maruahmu!
maruah seorang wanita yang tersandar
di bahumu kelemahan dan kekurangan 
jadi bagaimana seandainya kelakuan dan 
auratmu terpamer di mana-mana sahaja?

HAWA....
tidakkah kau malu dengan pembohongan
yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri 
disini auratmu kau selindungi disebalik 
pemakaianmu atas dasar peraturan dan 
persekitaran kalian tapi jaun nun di luar sana 
tersentak diriku takkala melihat dirimu jauh berbeza!
tudung ke mana, jilbab ke mana?
apatah lagi tingkah lakumu!!!
di mana kau letakkan martabat
seorang yang bergelar muslimah?
aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini...

HAWA.......
tutupilah auratmu..
jagalah dirimu...
bertuturlah dengan suara yang lembut..
mampu kau kawal lantaran tika terlanjur..
semuanya bisa membawa dosa kepadamu 
jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu
tapi ingatlah..
cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan
namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.
Firman Allah s.w.t"
dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,
hendaklah mereka menahan mata mereka
dan memelihara kemaluan mereka
dan jangan menampakkan perhiasan mereka
kecuali yang zahir padanya.

HAWA......
mungkin ku harus menghentikan bicara pertama 
disini dahulu andai Allah mengizinkan kita bersua
lagi di di lain lembaran dan yang pasti,
aku akan tetap terus membimbingmu harapanku 
agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran 
di hatimu dan akan mendoakan moga Allah s.w.t 
membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan...
Akhir kalam, ketahuilah.. .

"Dunia ini merupakan hiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah WANITA SOLEHAH..."




[unexpected] : untuk peringtan bagi diri sendiri yang lalai dan adek-adek tersayang, kawan-kawan terdekat (you know who are you) dan semua kaum hawa ~





0 Critique(s):

Post a Comment