CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 31, 2012

terpaku dan kaku ~

petang ni mood bekerja macam xde kurang sikit sebab esok dah new moon (welcome miss februari)..jadi esok bermula azam baru..tetiba jari jemari chubby ni terbukak page  sila click kawan-kawan ~ dan sesungguhnya memang saya bertukar menjadi paku..huhu..takde ape pon yang memeranjatkan sebenarnya..cuma dengan harapan akan ada yang terbaik untuk mereka..insyaAllah..(minta bersabar semua, kerana Allah sedang menguji anda dan saya)..


dan bagi aku pula, start last week aku mula menambah dan memanjangkan doaku kepada slot untuk pasangan setelah lebih dua tahun aku tidak berdoa untuk dipertemukan dengan pasangan setelah kesilapan besar yang aku harap dapat pengampunanNya..dek mudahnya menyerahkan hati dan mengucap sayang kepada ajnabi..ya Allah bantulah aku lebih dekat denganMu..

maafkan saya CENDAYAM kerana tanpa diduga, saya punca anda kekancah dosa yang dimurkai Allah..semoga anda akan mendapat kehidupan yang lebih sempurna dan aman..(walaupun saya tahu anda tidak akan membaca blog ini..huhu)

"Ya Allah, jika benar dia yang tercatat untukku dan benar untukku, dekatkanlah hatiku dengan hatinya, temukan kami diatas jalan taqwa dan dalam suasana barakah dan hidup harmoni..sekiranya dia bukan ditakdirkan menjadi milikku dan bukan tercipta untukku, damaikanlah hatiku dan hatinya..bawalah dia jauh dari ingatanku supaya hati kami tidak tercalar pada orang yang salah..dan aku redha segala ketentuanMU."


sekiranya tidak berpasangan adalah balasan bagiku kerana kekhilafan dan kesilapan lampauku, aku pasrah dan redha dengan ketentuanMU..amin ~


[unexpected]: Dia lebih mengetahui =)

kemalangan maut dan mandatori ~

26 Januari lalu, saya dan keluarga dikejutkan dengan undang-undang baru iaitu HUKUMAN MANDATORI kepada PEMANDU yang mengakibatkan KEMALANGAN MAUT!!(maafkan saya sekira komentar saya ini dianggap TIDAK RASIONAL) kerana saya melihat ia dari beberapa sudut :-

1) sudah ajal - ini ketentuan yang kita tidak mampu hindari lagi..segalanya telah tertulis dan kita harus percaya mati itu pasti..cuma waktu, ketika, keadaan, lokasinya berbeza dan kita tidak ketahui lagi.

2) bukan niat - hal ini saya sangat pasti. tidak ada siapa pun yang ingin atau berniat untuk menyebabkan kemalangan maut itu berlaku. ia bukan sahaja meragut nyawa orang lain, bahkan meragut emosi dan psychology pemandu kemalangan maut itu.

situasi 1 
baru-baru ini kawan saya, seorang guru telah menyebabkan kematian seorang warga emas secara tidak sengaja dan alhamdulillah beliau hanya dikenakan saman dan pihak keluarga (warga emas) itu redha dengan pemergian ayahandanya kerana mereka pasti beliau (guru tersebut) tidak berniat untuk menyebabkan kemalangan maut itu.

"disini saya melihat rasionalnya seorang guru (atau mana-mana orang yang terpelajar) mereka tidak akan tergamak untuk melakukan perkara sedemikian (kemalangan maut)."

akan tetapi saya faham dan yakin pihak berkuasa mesti mempunyai alternatif yang bijak sebelum sebarang hukuman mandatori dijatuhkan.

kemalangan maut adalah bukan sesuatu yang dirancang..ia tiada modus operandi..tiada jalan cerita..tiada sinopsis..tiada pelakon stunt..malah tiada director..bukan seperti kes penculikan, rompakan, penyeludupan mahupun pengedaran dadah.

[unexpected] : terdetik dihati saya, kenapa tidak dijatuhkan hukuman mati kepada mereka yang tidak pasti dan benar-benar salah?yang langsung tudak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan masyarakat. atau mungkin aktiviti tidak sihat itu mengundang suasana 'harmoni' di mata mereka.~





Sunday, January 22, 2012

valuable people at great value ~

dua minggu lepas, aku ke NILAI (value) atas tujuan interview..perjalanan satu malam menaiki bas perkara biasa aku tempuhi sebelum ini dan itu tidak menjadi masalha bagi aku..masalah timbul adalah apabila itu merupakan kali pertama aku ke NILAI alone!!haha..tapi, macam ada aku kesah?dah tua dah kot, takkan nak bergantung pada en.papa + pn.mama kan?

dah, habis bab bebelan..tiba je kat NILAI, aku solat dan bersihkan diri..settle sume around 830am..ok, interview jam 230pm..tak tua pon aku menunggu disana kan?takpe, jadi lebih bijak sket..fikir apa yang patut dibuat selain menghafal beberapa baris ayat untuk mock lecture petang nanti..nak dijadikan cerita, first time kat sana, aku jumpa orang-orang yang sangat mulia!!

1)aunty cleaner indian
semasa jalan-jalan mencari kedai makan, aku menyerempakkan diri dengan aunty ni..
"aunty, tumpang tanya, kat sini ada kedai mamak tak?" 
"ado kodai nasik kandar kek blok sebelah sano nuh". sambil senyum dan berhenti menyapu..
"thank you aunty".aku senyum..
"samo-samo.take care, dik". pesan aunty tu..

aku pon berjalan la ke sana ditemani pn.mama di talian..huhu

2)pakcik delivery kedai stationery
usai makan di kedai mamak aku lepak kedai stationery memandangkan depan kedai tu ade kerusi and meja..sambil buat sudoku and on the phone with pn.mama and my bell..
"nak komano dik?dari tadi acik nengok kau dok sorang-sorang". sapa pakcik tu ramah.
"nak gi interview acik..kat Mantin".jawab aku.
"ekau klo nak g sano tapi xdo transport, ekau telefon acik..klo acik dah abis kojo ni, acik hantar la ekau. ni no acok".sambil memberikan nombor telefon.
"terima kasih acik".

time tu baru jam 11am..aku ada lagi 3 jam kot..haishh..

3)mualaf with his cute son
aku berjalan menunggu di depan CIMB memandangkan bank tu berhadapan dengan tempat teksi..aku berdiri di depan bank..kadang-kadang masuk ke dalam untuk berkongsi udara sejuk aircond..huhu..aku cuba menghalang seorang budak kecik yang cuba memasukkan jarinya diantara pintu kaca..risau kalau tersepit..ayahnya sekadar memandang dari jauh..aku keluar dari bank sebaik sahaja ayahnya selesai urusan.
"nak kemana dik?"sapa si ayah.
"nak interview di Mantin."
"kenapa tak mintak USIM. saya kenal ramai lecturers and director kat sana."
"oho..tapi kat sana xde course architecture."
pelbagai soalan dan jawapan saling berganti..last skali dia sempat memberikan salam.aku meyambut salamnya..dia sempat menyuruh anak lelakinya, "say all the best to kakak..insyaAllah kalo kakak ada rezeki kat sini, kakak akan dapat kerja tu"..wah sungguh comel budak kecik tu..

4)security and cleaner CIMB
aku masih kat luar bank..security bank pon keluar sambil menyalakan rokok ditangan..
"dari mana dik?tunggu sapa?"
aku menjawab seperti biasa..dia mempelawa aku untuk menunggu di dalam bank..aku tidak mengsia-siakan pelawaan itu..sempat borak-borak dengan makcik cleaner CIMB dan security kedua datang join borak..bila dah timenya untuk aku ke Mantin, security guard kedua sempat berpesan, "jaga diri"..aku senyum dan berterima kasih.

5)pakcik cab
aku dapat cab dalam 10 minit menunggu..alhamdulillah pakcik cab tu baik dan siap bagitau cara murah dan senang untuk balik kajang..dia siap bagitau charge berapa, takutnye kena tipu kan?baiknya dia..

tapi sudahnya aku balik dengan BIL..perjalanan kajang-mantin dalam 20 minit je..yeay!!


[unexpected] : terima kasih kalian yang sangat mulia =)

Monday, January 2, 2012

cross stitch ~

pasti semua pernah melihat cross stitch, tetapi berapa ramaikah yang pandai dan mahir membuatnya..pembuat cross stitch akan memastikan cross stitchnya siap dengan cantik dan sempurna..cross stitch pasti sangat cantik sekiranya menggunakan pelbagai warna berbanding hanya menggunakan monotone..makin banyak benang digunakan, makin banyak benang berselirat di bahagian bawahnya..tapi, yang pasti ia tersangatlah cantik di bahagian atas..

begitu juga kita..

hidup kita umpama cross stitch yang dibuat oleh yang Maha Esa..Dia menganyam cross stitch kita dari pandangan atas kerana Dia mahu yang terbaik dan tercantik untuk kita..segala benang yang berselirat di bahagian bawah adalah pahit, getir, maung yang harus kita lalui untuk memastikan cross stitch yang cantik dan terbaik itu berjaya di pamerkan di pameran hisab di Padang Masyar kelak..ketika itulah, baru kita boleh melihat cross stitch tercantik dan terbaik..

buat masa ini apa mampu dilihat dan dinilai oleh mata manusia di muka bumi hanyalah di bahagian bawah cross stitch..manusia hanya mampu mengutuk dek tidak kemas, berserabut dan tidak cantik..oh dunia, oh manusia..


[unexpected] : first time buat cross stitch adalah kalimah ALLAH masa form 1 kot ~