CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 2, 2012

cross stitch ~

pasti semua pernah melihat cross stitch, tetapi berapa ramaikah yang pandai dan mahir membuatnya..pembuat cross stitch akan memastikan cross stitchnya siap dengan cantik dan sempurna..cross stitch pasti sangat cantik sekiranya menggunakan pelbagai warna berbanding hanya menggunakan monotone..makin banyak benang digunakan, makin banyak benang berselirat di bahagian bawahnya..tapi, yang pasti ia tersangatlah cantik di bahagian atas..

begitu juga kita..

hidup kita umpama cross stitch yang dibuat oleh yang Maha Esa..Dia menganyam cross stitch kita dari pandangan atas kerana Dia mahu yang terbaik dan tercantik untuk kita..segala benang yang berselirat di bahagian bawah adalah pahit, getir, maung yang harus kita lalui untuk memastikan cross stitch yang cantik dan terbaik itu berjaya di pamerkan di pameran hisab di Padang Masyar kelak..ketika itulah, baru kita boleh melihat cross stitch tercantik dan terbaik..

buat masa ini apa mampu dilihat dan dinilai oleh mata manusia di muka bumi hanyalah di bahagian bawah cross stitch..manusia hanya mampu mengutuk dek tidak kemas, berserabut dan tidak cantik..oh dunia, oh manusia..


[unexpected] : first time buat cross stitch adalah kalimah ALLAH masa form 1 kot ~

0 Critique(s):

Post a Comment