CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 31, 2012

kemalangan maut dan mandatori ~

26 Januari lalu, saya dan keluarga dikejutkan dengan undang-undang baru iaitu HUKUMAN MANDATORI kepada PEMANDU yang mengakibatkan KEMALANGAN MAUT!!(maafkan saya sekira komentar saya ini dianggap TIDAK RASIONAL) kerana saya melihat ia dari beberapa sudut :-

1) sudah ajal - ini ketentuan yang kita tidak mampu hindari lagi..segalanya telah tertulis dan kita harus percaya mati itu pasti..cuma waktu, ketika, keadaan, lokasinya berbeza dan kita tidak ketahui lagi.

2) bukan niat - hal ini saya sangat pasti. tidak ada siapa pun yang ingin atau berniat untuk menyebabkan kemalangan maut itu berlaku. ia bukan sahaja meragut nyawa orang lain, bahkan meragut emosi dan psychology pemandu kemalangan maut itu.

situasi 1 
baru-baru ini kawan saya, seorang guru telah menyebabkan kematian seorang warga emas secara tidak sengaja dan alhamdulillah beliau hanya dikenakan saman dan pihak keluarga (warga emas) itu redha dengan pemergian ayahandanya kerana mereka pasti beliau (guru tersebut) tidak berniat untuk menyebabkan kemalangan maut itu.

"disini saya melihat rasionalnya seorang guru (atau mana-mana orang yang terpelajar) mereka tidak akan tergamak untuk melakukan perkara sedemikian (kemalangan maut)."

akan tetapi saya faham dan yakin pihak berkuasa mesti mempunyai alternatif yang bijak sebelum sebarang hukuman mandatori dijatuhkan.

kemalangan maut adalah bukan sesuatu yang dirancang..ia tiada modus operandi..tiada jalan cerita..tiada sinopsis..tiada pelakon stunt..malah tiada director..bukan seperti kes penculikan, rompakan, penyeludupan mahupun pengedaran dadah.

[unexpected] : terdetik dihati saya, kenapa tidak dijatuhkan hukuman mati kepada mereka yang tidak pasti dan benar-benar salah?yang langsung tudak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan masyarakat. atau mungkin aktiviti tidak sihat itu mengundang suasana 'harmoni' di mata mereka.~





0 Critique(s):

Post a Comment