CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 29, 2011

it's true ~

melawat Pn.Along dengan niat sekadar menghantar pesanan Pn.Mama bertukar menjadi penginapan selama dua hari dua malam..Pn.Along belanja KFC dan full tank Ms.Agas maka aku dengan niat nak membelanja Secret Recipe (dapat untung sket) tidak tertunai kerana Pn.Along kurang selera..maka, tinggallah aku bersama Chocolate Indulgance dan Cappucinno Blended..perghhh terbaek..tetapi sesuatu yang tidak terduga menjadi pengikutku..


haaargggggh....


tadaaaaaaaaaaaaaaa...


yerk!!!!


lagi.............



[unexpected] : what you give, you get back ~

Wednesday, April 27, 2011

cupcakes ~

1st time baked a chocolate cupcakes with orange icing and chocolate rice..for sure i didnt try it because it's an orange..my family finished all the cupcakes even i knew it was bad occay..haha..enjoy my bad cupcakes..

2nd time, it was a vanilla cupcakes with chocolate icing plus our name on it..haha..10 of us..i think it's better than the first time i made it..haha..

the 3rd one is a vanilla cupcakes with green and pink icing..and again it was bad..haha..but i gave two of them to ms.d, after we went out for dating..haha..but still emma said it's occay, you can try again..haha


and last two days i baked it again..when mama try the cake, and mama said, "yes, you've passed"..haha..alhamdulillah..i baked about 41 cupcakes with chocolate and pink icing plus chocolate and white rice..haha..i gave 4 cupcakes to ms.nora and mr.syafiq (today's birthday boy), 3 cupcakes to ms.adep, 9 cupcakes to ms.weng and her housemates, a cupcake to ms.shu my roomate and mrs.nou (thanks for a long journey..damn tired), another 4 cupcakes to Mr and Mrs. Along and the rest for my beloved family..haha

very simple cupcakes ~

this box should be yours, but...

"..when He intends a thing, is only that He says to it, BE! and it is."

82, Surah Ya-sin
[unexpected] : give up ~


Sunday, April 24, 2011

dal ya alif mim ~

d . i . a . m
s . i . l . e . n . c . e
h . a . m . u . s . h



[unexpected] : pecah perut gelak ~

Friday, April 22, 2011

obesiti ~

isu ini makin kerap diperkata di media obesiti dikalangan kanak-kanak sekolah rendah..lantas tindakan pantas yang dapat dilihat :

1. memperkenalkan senaman pagi seperti yang di laksanakan di negara China
2. mengubah dan mengawal menu di kantin sekolah
3. melarang keras penjualan makanan ringan di luar kawasan sekolah
4. mengadakan kempen makan makanan sihat dan bahayanya membeli makanan ringan diluar sekolah
5. mengutamakan pelajar jurusan dietetic untuk bakal guru pendidikan jasmani
6. mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang ingkar
dll..

secara macronya, syabas dan tahniah kerana memandang serius hal ini dan pantas untuk mengatasi masalah obesiti ini dalam mewujudkan health environment with health food di kalangan rakyat. tetapi secara micro tidak semua sekolah mengalami masalah kebanjiran kanak-kanak obesiti.

1. di kawasan manakah kadar obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah paling tinggi berlaku?
2. adakah ia berpunca dari menu makanan di kantin sekolah?
3. adakah kanak-kanak obesiti semuanya membeli makanan ringan di luar sekolah?

peratusan kanak-kanak obesiti tidak major di kawasan kampung dan bandar-bandar kecil (suburb) yang kawasan mereka tidak dilengkapi dengan francais makanan segera. obesiti juga tidak wujud di sekolah orang asli, tetapi mereka juga makan menu yang sama di kantin sekolah..menu di kantin sekolah dari tahun 90an hingga sekarang tidak banyak bezanya. nasi lemak, roti canai, sandwich, nasi ayam merah, dan air sirap.

mungkin obesiti itu tidak bermula dari sekolah tapi cara pemakanan di rumah. sekiranya pengawalan makanan dijalankan di sekolah, tetapi selepas waktu sekolah kanak-kanak bebas membeli fast food, isu mengatasi obesiti di kalangan kanak-kanak ini memang tidak akan berjaya.

justeru, bukan sahaja kanak-kanak yang harus terlibat dalam menjayakannya, tetapi pihak ibu bapa, terutama ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga pemakanan anak-anak terabai. tidak ada gunanya sekiranya hanya satu pihak (kerajaan) yang beriya mengatasi masalah tersebut jika tidak mendapat sokongan padu dari rakyat.





[unexpected] : jangan mudah melatah dan pukul rata ~

Thursday, April 21, 2011

solat itu tiang agama~

rutin harian bila ak dirumah ialah mengambil Pn.Mama pulang dari kerja..bukan Pn.Mama tidak boleh memandu, tetapi sebagai seorang anak, aku rasa itu perkara yang paling senang untuk menghargai Pn.Mama yang telah bekerja seharian..

memandangkan esok adalah hari jumaat, maka kami ke Perabutku untuk mengambil duit jualan. aku parkir seperti biasa..

pakcik : opssss!!berhenti..hampir terlanggar benteng (actually it is a kerb or some people called it divider)

aku seraya memberhentikan kenderaanku..Pn.Mama mendapatkan penjaga kedai..pakcik tadi datang menghampiriku..aku menurunkan skrin tingkap kereta..

pakcik : bahaya lah awak memandu..sepatutnya orang muda kena berhati-hati..nasib baik saya ada..kalau tak, mesti dah langgar..
saya : itu lah..tak perasan tadi..
pakcik : awak dah sembahyang asar belum??
saya : dah, pakcik..
pakcik : bagus-bagus

pakcik itu bergegas menaiki bas sebaik sahaja bas berhenti..

saya : mama, pakcik tadi datang borak..
mama : pakcik tu tak siuman, tapi dia baik..
saya : terdiam -,-



[nexpected] : orang tak siuman pun tahu sembahayang itu penting ~

Wednesday, April 20, 2011

aku terhantuk makcik kantin sebab aku perasan cantik ~

hahaha..kelakarnye tajuk post hari ni..papepon thanks to puan magh mama maryam yang comel~ for sharing this funny game..haha..enjoy playing this game..huhu




i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat









[nexpected] : tak sangka plak perasan cantik..cantik ke?

Tuesday, April 19, 2011

friends ~

" kawan mara ke hadapan 
maju bina kekuatan
hidup mesti tempuh cabaran
itulah resam kehidupan "

Kawan by Rabbani


kawan sukar dicari,
sukar diganti
sukar dimengerti
senang menyepi

tapi sekiranya kita juga menjadi kawan yang baik
nescaya kita akan mendapat kawan yang baik
tapi sekiranya sebaliknya
anggaplah itu hadiah dariNYA agar kita lebih berwaspada

what goes around, comes around

jangan berfikiran negatif jika kita tidak dikurniakan kawan yang ramai dan berkekalan, sebaliknya muhasabah diri sendiri kenapa situasi itu terjadi kepada kita

kerana

mungkin penyebabnya ada pada kita!!

we cant change people, but we can change ourselves

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)




[unexpected] : thanks Allah for giving me beloved people around ~

Monday, April 18, 2011

so simple ~

"stop making buttons and focus to your design"
"stop dieting  eat a little, eat whatever you want to"
"you cant concentrate on two things at one time because you are not a "women"

i know that you love me a lot, but i love you more than you love me

[unexpected] : you are the one that always makes me cry

yang indah itu bersifat sementara ~

ya benar, yang indah itu memang bersifat sementara..dalam gembira mndapat gred yang bagus dalam exam, belum menjanjikan kegembiraan untuk mendapat tempat di universiti yang dikehendaki..maka tindakan bijak adalah mengambil mana-mana peluang yang muncul di depan mata..bak harimau yang kelaparan menerkam apa saja yang melintasi di hadapannya, bukan??haha..(ntah dari mana datangnya pepatah yang patah itu)

sepertinya sudah agak lama tidak memandu pulang ke kampung..kali terakhir pada december 2010..dan terbaru beberapa hari lalu..hmmm melepasi tol kedua terakhir (tol gombak) perasaan mahu berteriak dan syukur ke hadrat Illahi atas kurniaan yang bagi kami sangat berharga..ataupun, aku je yang bru noticed tu sume..hmm..tapi tidak mengapa..sekalaung terima kasih untuk mana-mana pihak yang telah berusaha menyediakan kemudahan street lights kepada kami..TERIMA KASIH yang tidak terhingga..

aku tidak putus-putus memuji tindakan tersebut..tapi langsung tidak disokong mahupun bantah oleh pihak Pn.Mama dan En.Papa..hmm barangkali mereka kurang setuju dengan tindakan terover excited aku..tapi tak mengapa..aku tetap merasa dihargai..huhu..melewati jalan yang dikelilingi lampu-lampu menyebabkab aku lebih rasa selamat..trafik pon tidak sehectic hari raya..huhu..maka dengan santainya meneruskan perjalanan.

tidak sampai 40 km, keindahan yang aku kagumi tadi lenyap begitu sahaja..mulut aku tidak henti-henti bertanya.."papa, ni kan still negeri selangor??" aku sesungguhnya masih tidak berpuas hati..papa sekadar "mungkin masih dalam proses pembikinan"..aku mengeluh panjang..sekadar berfikiran positif menerima segalanya dengan redha.

menyelusuri jalan yang tidak lagi berlampu..hanya bertemankan lampu kenderaan sendiri dan lampu kenderaan orang laen..hmm..it's occay back to reality..you have to face this situation..dari jauh kelihatan sangat banyak lampu merah (lampu belakang+lampu brek)..wow..banyaknya kereta yang menuju ke arah yang sama seperti kami..biasalah, weekend..semua mahu pulang ke kampung..agak lama kami bersesak-sesak.

ku sangkakan traffic jam dek banyaknya kenderaan tetapi jalan yang double lane terpaksa menjadi single lane..patutlah jam, baiki jalan rupanya..diapit oleh treller panjang lebih menakutkan kami..Ya ALLAH, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari..bukan sahaja kerja pembaikan yang dijalankan..tetapi kami lihat kemalangan yang sememangnya meragutnya..sebuah kereta terpelosok di bawah treller..aku sedikit terkilan.

benar, kerja pembaikan itu dijalankan dan telah diletakkan papan tanda..tetapi jika situasinya di waktu malam, ditambah pula dengan tiada kemudahan LAMPU JALAN, keadaan JALAN ROSAK, memang perkakr yang tidak diingin pasti berlaku..abaikan faktor hujan (kerana itu hanya penyebab kepada sesuatu kejadian)..



[unexpected] : semoga keluarga mangsa kemalangan tabah menerima segalanya.

Thursday, April 14, 2011

rahsia personaliti dari tulisan ~

haissshhh..setelah lebih 6 tahun belajar di Uitm dihatiku, ni lah kali pertama kukira sangat sukar kerana terpaksa menulis 2000 patah paerkataan untuk subject Architecture Practice..thanks a lot Ar.Mustafa..dek kerana ketelatan menghantar assignment, maka kami berkesempatan melihat handwritting kawan-kawan..di sini merupakan rahsia personaliti kalian yang mungkin kalian belum kenal pasti..(sumber dari Dr Fadzillah Kamsah)

Pertama : Tekanan
 
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana



[unexpected] : sedih mengenangkan handwritting sendiri =(  i, i, iv, i, b, iii 

Saturday, April 9, 2011

perpisahan ini ~

Salam kejauhan buat pembaca senyapku (mungkin ada kukira..terima kasih atas singgahan kalian =)) memandangkan  tahap kemengantuk memuncak, maka aku biarkan jejari ini menari riang dengan harapan dapat menyegarkan kembali encik mataku. dua hari lepas, merupakan Pre Grad Dinner di De Palma Hotel, and it was so great!(aku raselah..tapi penat Ya Allah Tuhan je tahu). malam tu berkali-kali didendangkan lagu ni, walhal aku dah bosan dah dengar lagu ni..tapi, bila diamati, hanya yang terlibat sahaja yang terasa..biasalah, siapa makan cili dia yang terasa pedasnya. same goes to sape yang makan nangka, dia yang terkena getahnya..tapi sape yang makan asam, aku pon dapat rase masamnya..huhu


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir (di sini lah tempatnya)
Kehilangan amat terasa di hati (tak pasti perasaan itu)
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir (itu yang terbaik)
Ku terima perpisahan ini (amat pahit, tapi kutelan jua)

Dulu kita satu jiwa satu impian (rasenye tak)
Susah dan senang kita bersama (benar)
Namun itu semua hanya sementara (biasalah tu)

Hanya lagu yang menjadi ingatan (terlalu banyak lagu)
Hanya lagu yang menjadi kenangan (sampai bila-bila)
Seandainya masa itu kembali semula (kadang-kadang terfikir jugak)
Ingin ku memiliki lebih dari itu (taknak ambil risiko lagi)

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir (Allah tahu apa yang terbaik)
Ku terima perpisahan ini (semoga terus gagah)

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi (tepat sekali)
Dirimu pergi biar ku sendiri (selamat tinggal)


kewujudan si kecil tu begitu sinonim. sering membuat runtunnya hati ini, menyirapnya darah terus naik ke muka, kencangnya degupan jantungku. kudoakan kebahagiaan kalian dari kejauhan ~


[unexpected] : terkejut dek membaca status fb ~

Thursday, April 7, 2011

buat kesayanganku ~

24.04.84
merupakan hari perkahwinan kesayanganku..selama 27 tahun menjadi pasangan yang bahagia, dilimpahi kasih dan sayang, dianugerahkan 9 kelahiran tetapi cuma kekal dengan 7 persembahan dari syurga. jumlahnya sangat besar jika dibandingkan dengan angka sa yang lain. tetapi sedikit pun tidak mematahkan semangat wira (barangkali dari darah adik-beradik lelaki) seorang papa dan semangat serikandi (dek kerana anak tunggal) seorang mama membelai, mengasuh, menjaga, mendidik, menyara, mendoakan dan menyayangi kami bertujuh. kewujudan kalian adalah impian setiap anak-anak. memiliki kalian adalah anugerah dan kurniaan yang paling berharga yang tak mungkin kami lupakan. mungkin kalian tidak sehebat dan setanding ibubapa lain yang menjadi idola dan ikon dunia, tetapi kalian cukup sempurna di mata kami. kalian tidak perlu menjadi sehebat mereka kerana kalian terlalu hebta di mata, hati dan jiwa kami. terima kasih kerana melahirkan kami ke dunia. semoga dengan kejayaan kalian melahirkan 'Cahaya Permulaan Yang Benar' , 'Cahaya Perjuangan Yang Benar', ' Cahaya Agama Sepanjang Hayat', 'Yang Terpuji Kekuasaan Allah' , 'Cahaya Malam Yang Nikmat' , 'Yang Terpuji Syukur Yang Ikhlas' dan 'Cahaya Satu-satunya Yang Azali' dapat mengiringi kalian ke Syurga Allah. sayangku takkan pernah kurang walau sezarah untuk kalian. diriku tanpamu, apa ertinya cinta, kasih dan sayang.

Ya ALLAH
rendahkanlah suaraku bagi mereka
perindahlah ucapanku di depan mereka
lunakkanlah watakku terhadap mereka
lembutkanlah hatiku untuk mereka

Ya ALLAH
berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku
dan pahala yang besar
atas kasih sayang yang mereka limpahakan padaku
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku

Ya ALLAH
apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab
susutnya dosa-dosa mereka dan
bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan
perkenanMU Ya ALLAH
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
dengan kebaikan yang berlipat ganda

Ya ALLAH
bila maghfirahMU telah mencapai mereka sebelumku
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku
tetapi jika sebaliknya
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka
sehingga kami semua berkumpul bersama
dengan santunanMU di tempat kediaman yang dinaugi kemuliaanMU
ampunMU serta rahmatMU

sesungguhnya Engkaulah yang memilikki kurnia
Maha Agung serta anugerah yang tidak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbal Alamin ~

Mama, Papa, ampuni dosa-dosa anakmu ini. semoga kalian dipanjangkan usia, disihatkan tubuh badan dan anggota, dimurahkan rezeki, dimudahkan urusan




[unexpected] : panggilan Pn.Mama pagi tadi menimbul seribu tanda tanya..Ya ALLAH lindungilah mereka yang aku kasihi ~

Sunday, April 3, 2011

go green ~

go green..save our earth
recycle
reuse
reduce
replant

note for all architects, please respect and relate to the site context before create or design buildings =) ~

[unexpected] : i won the third prize for recycling bottles ~