CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 22, 2011

obesiti ~

isu ini makin kerap diperkata di media obesiti dikalangan kanak-kanak sekolah rendah..lantas tindakan pantas yang dapat dilihat :

1. memperkenalkan senaman pagi seperti yang di laksanakan di negara China
2. mengubah dan mengawal menu di kantin sekolah
3. melarang keras penjualan makanan ringan di luar kawasan sekolah
4. mengadakan kempen makan makanan sihat dan bahayanya membeli makanan ringan diluar sekolah
5. mengutamakan pelajar jurusan dietetic untuk bakal guru pendidikan jasmani
6. mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang ingkar
dll..

secara macronya, syabas dan tahniah kerana memandang serius hal ini dan pantas untuk mengatasi masalah obesiti ini dalam mewujudkan health environment with health food di kalangan rakyat. tetapi secara micro tidak semua sekolah mengalami masalah kebanjiran kanak-kanak obesiti.

1. di kawasan manakah kadar obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah paling tinggi berlaku?
2. adakah ia berpunca dari menu makanan di kantin sekolah?
3. adakah kanak-kanak obesiti semuanya membeli makanan ringan di luar sekolah?

peratusan kanak-kanak obesiti tidak major di kawasan kampung dan bandar-bandar kecil (suburb) yang kawasan mereka tidak dilengkapi dengan francais makanan segera. obesiti juga tidak wujud di sekolah orang asli, tetapi mereka juga makan menu yang sama di kantin sekolah..menu di kantin sekolah dari tahun 90an hingga sekarang tidak banyak bezanya. nasi lemak, roti canai, sandwich, nasi ayam merah, dan air sirap.

mungkin obesiti itu tidak bermula dari sekolah tapi cara pemakanan di rumah. sekiranya pengawalan makanan dijalankan di sekolah, tetapi selepas waktu sekolah kanak-kanak bebas membeli fast food, isu mengatasi obesiti di kalangan kanak-kanak ini memang tidak akan berjaya.

justeru, bukan sahaja kanak-kanak yang harus terlibat dalam menjayakannya, tetapi pihak ibu bapa, terutama ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga pemakanan anak-anak terabai. tidak ada gunanya sekiranya hanya satu pihak (kerajaan) yang beriya mengatasi masalah tersebut jika tidak mendapat sokongan padu dari rakyat.





[unexpected] : jangan mudah melatah dan pukul rata ~

0 Critique(s):

Post a Comment