CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 31, 2011

determinations ~

"when you have your determination you can reach your destination" .
memang buleih pakai benda ni..memang masuk akai la..itu adalah kata-kata semangat bagi yang lemah semangat untuk meneruskan apa yang dicita-citakan..bukan nak cakap orang yang lemah semangat (macam aku) ja yang buleih pakai ayat ni..tapi semua orang buleih..

macam dulu-dulu, aku seorang yang gemar memuntahkan isi kandungan perut bila perjalan melebihi 2 marhalah..tapi bukannya selalu, sentiasa je la..sampaikan papa aku pon bising..tiap kali nak termun, mesti aku port baik je belakang dia..hasilnya, habisla baju dia..huhu

tapi hari tu, aku dalam perjalanan lebih dari 6 marhalah tambahan pulak naek bus sorang-sorang, confirm la aku pon nak termun..tapi sebab aku dok keep repeat "kalo hang muntah, hang tak sayang mama"..maka sampai sudah aku tak muntah..dia bukan sebok dok wirid, tapi sebok dok ulang ayat tu..kuatnya kuasa seorang ibu di situ..

pastu bila time blaja dulu, aku akan jalan-jalan naek bukit saing ngan member aku..tapi memang jenis yang berjalan laju (kalut sebenarnya)..so sape-sape yang berjalan lebih awai dari aku, akan ku potong..sebab dalam hati aku dok cakap "kalo hang boleh potong dia, hang akan dapat 3 pointer" haha..tersangat tahyulkan?tapi tu sekejap je..sebab bila kita telah dikurniakan apa yang kita inginkan dari Allah, kita akan cepat lupa dan menjadi tidak sedar diri (padan muka aku!)..ni la orang panggil kufur nikmat yang diberi percuma..huhu..(insaflah budak!)

sepatutnya bila kita dah dapat apa yang kita nak, perkara pertama adalah panjatkan kesyukuran kepadaNYA..kerana segalanya datang darinya..bukan kita..segala apa yang kita nikmati selama ini adalah anugerah dariNYA..








[unexpected] : jam 11 ada interview..wish me luck!!



Saturday, October 22, 2011

dimanakah kita ~

"men marry at the right time and will make any woman the right woman when the time comes. Women marry the right guy, and will make any time the right time when the right guy comes."


this is the issue that we have discussed before..thanks to my beloved adet for a wonderful thoughts..huhu..mmg wajar statement diatas dibincangkan memandangkan kami menuju ke arah satu matlamat yang sama insyaAllah..(semoga dipermudahkannya..amin)


benar, lelaki yang tidak berpasangan (mungkin belum ada rezeki) apabila tiba saat dan ketikanya merasakan harus berkahwin, maka mereka akan berkahwin dengan mana-mana wanita yang dirasakan terbaik untuknya dan tercipta untuknya..tapi sebaliknya bg seorang wanita hanya akan mengahwini her MR.RIGHT (yang disangkakan terlalu right di mata dan hatinya) pada masa yang akan ditentukan kelak..


ini tidak bermaksud wanita hanya memilih lelaki yang hebat (merujuk kepada MR.RIGHT tersebut) tetapi cukuplah sekadar hebat dimata dan hati mereka. anda (lelaki) tidak perlu menjadi super hero untuk memastikan anda adalah MR.RIGHT yang tepat, kerana ada antara wanita adalah WONDER GIRLs (i want nobody..nobody but u) 


taste kita berbeza..tidak ada criteria yang tepat untuk menjadi MR.RIGHT..sesetengah wanita beranggapan anda adalah MR.RIGHT sekiranya anda seorang yang good-looking..tidak kurang juga yang berfikiran cukuplah mampu menyara mereka anak beranak..atau mungkin juga anda adalah calon yang terbaik untuk membimbingnya ke jalan Allah..maka itu semua bergantung pada pemikiran, penerimaan dan pembawakan wanita tersebut..sekiranya anda dipilih menjadi raja hatinya, maka percayalah anda adalah MR.RIGHT dihatinya dan tidak ada galang ganti..  =)..


tidak dinafikan lelaki juga akan memilih calon yang terbaik sebagai suri hatinya..namun kebanyakkan yang terlalu memilih akan mengakhiri zaman bujang di usia yang agak lewat kerana banyak masa dihabiskan untuk mencari yang terbaik..bagi lelaki, wanita itu haruslah seorang yang mampu menjaga dirinya dan anak-anaknya..kecantikkan yang dimiliki oleh wanita tersebut adalah credit kepada lelaki..tetapi kebijaksanaan wanita adalah bonus kepada anak-anak (hanya ibu yang bijak akan melahirkan anak yang pintar..=)) ibu yang bijak tidak hanya merujuk kepada mereka yang berpendidikan tinggi sahaja..10 keping ijazah tidak menjanjikan wanita itu bijak dalam mengawal emosi dan perasaan, jadi andalah yang menentukan dimanakah kebijaksanaan wanita tersebut..


jadi, kita hanya perlu menjadi diri kita yang sebenar kerana setiap insan di muka bumi ini memiliki keindahan, kecantikan, kekuatan dan kehebatan tersendiri yang hanya mampu dinilai oleh mata-mata yang memandang dari mata terus menusuk ke hati..semoga menemui jalan kebahagiaan, amin ~


[unexpected] : 200 paper bag  telah berjaya disiapkan =0

Thursday, October 6, 2011

miss tassie ~

sesungguhnya entry kali ni khas untuk cik kunang..
walaupon knal cik kunang tak selame cik emma..
tp byk jgk benda yg dishare bersama cik kunang..
jelas sekarang dalam keadaan ke'down'an yang merudum ini..
cik kunang sgt diperlukan..
kerana cik kunang lah antara org yg sering perasan dengan kemurungan diri ini..
sedar-sedar je mate bengkak!!
cik kunang byk memberikate2 positive..
bile ckp ngn cik kunang mesti heart to heart gitu..
ohhh cik kunang..
aku tak tahu tindakan aku betol atau salah..
mate yang merah dan bengkak ni bertambah bengkak..
aku tak pasti dapat naek stage konvo ataupun tak..
aku tak pasti mata aku akan pulih seperti dahulu atau tak..
aku tak pasti aku boleh bekerja atau tak..
byk bende yang aku tak pasti..
tapi yang pasti, aku tau tindakan aku salah..

cik kunang, belajar rajin-rajin..jadi arkitek!!!!!

[unexpected] : cornea bervirus ~

korban amarah ~

hidup mesti terus..
biar beribu halangan yang mendatang..
kadang-kadang kita terpaksa korbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lain..
kadang-kadang kita perlu juga berkorban untuk kebahagiaan orang lain..
kadang-kadang kita perlu mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain..
semunya di tangan kita..
bergantng pada kita untuk mengorbankan apa yang kita sanggup..
cuma kita perlu redha dan rela dengan apa yang telah kita korban..

dendam, amarah, benci memang sukar dihakis dalam diri..
tapi sekiranya disulam dengan kasih dan sayang..
segalanya akan lenyap dan hancur..
seperti reputnya besi di simbah hujan dan disinari mentari..

[unexpected] : semoga kamu berjaya memenangi hatinya..aku sentiasa doakan kebahagian kalian..amin ~