CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 22, 2011

dimanakah kita ~

"men marry at the right time and will make any woman the right woman when the time comes. Women marry the right guy, and will make any time the right time when the right guy comes."


this is the issue that we have discussed before..thanks to my beloved adet for a wonderful thoughts..huhu..mmg wajar statement diatas dibincangkan memandangkan kami menuju ke arah satu matlamat yang sama insyaAllah..(semoga dipermudahkannya..amin)


benar, lelaki yang tidak berpasangan (mungkin belum ada rezeki) apabila tiba saat dan ketikanya merasakan harus berkahwin, maka mereka akan berkahwin dengan mana-mana wanita yang dirasakan terbaik untuknya dan tercipta untuknya..tapi sebaliknya bg seorang wanita hanya akan mengahwini her MR.RIGHT (yang disangkakan terlalu right di mata dan hatinya) pada masa yang akan ditentukan kelak..


ini tidak bermaksud wanita hanya memilih lelaki yang hebat (merujuk kepada MR.RIGHT tersebut) tetapi cukuplah sekadar hebat dimata dan hati mereka. anda (lelaki) tidak perlu menjadi super hero untuk memastikan anda adalah MR.RIGHT yang tepat, kerana ada antara wanita adalah WONDER GIRLs (i want nobody..nobody but u) 


taste kita berbeza..tidak ada criteria yang tepat untuk menjadi MR.RIGHT..sesetengah wanita beranggapan anda adalah MR.RIGHT sekiranya anda seorang yang good-looking..tidak kurang juga yang berfikiran cukuplah mampu menyara mereka anak beranak..atau mungkin juga anda adalah calon yang terbaik untuk membimbingnya ke jalan Allah..maka itu semua bergantung pada pemikiran, penerimaan dan pembawakan wanita tersebut..sekiranya anda dipilih menjadi raja hatinya, maka percayalah anda adalah MR.RIGHT dihatinya dan tidak ada galang ganti..  =)..


tidak dinafikan lelaki juga akan memilih calon yang terbaik sebagai suri hatinya..namun kebanyakkan yang terlalu memilih akan mengakhiri zaman bujang di usia yang agak lewat kerana banyak masa dihabiskan untuk mencari yang terbaik..bagi lelaki, wanita itu haruslah seorang yang mampu menjaga dirinya dan anak-anaknya..kecantikkan yang dimiliki oleh wanita tersebut adalah credit kepada lelaki..tetapi kebijaksanaan wanita adalah bonus kepada anak-anak (hanya ibu yang bijak akan melahirkan anak yang pintar..=)) ibu yang bijak tidak hanya merujuk kepada mereka yang berpendidikan tinggi sahaja..10 keping ijazah tidak menjanjikan wanita itu bijak dalam mengawal emosi dan perasaan, jadi andalah yang menentukan dimanakah kebijaksanaan wanita tersebut..


jadi, kita hanya perlu menjadi diri kita yang sebenar kerana setiap insan di muka bumi ini memiliki keindahan, kecantikan, kekuatan dan kehebatan tersendiri yang hanya mampu dinilai oleh mata-mata yang memandang dari mata terus menusuk ke hati..semoga menemui jalan kebahagiaan, amin ~


[unexpected] : 200 paper bag  telah berjaya disiapkan =0

2 Critique(s):

kekunang

ehem2...nak kawen sila tunggu aku balik mesia ok!!

mr_bread

uh...erm,checked!*sayu hati* tetibe rse semangat.hahaha~

Post a Comment