CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 30, 2012

periuk nasi ~

biasanya orang akan faham periuk nasi adalah sumber rezeki atau mata pencarian..tapi hari sempena sambutan Nisfu Syaaban yang akan menjelma dalam semalam dua, kita ubah sikit cerita periuk nasi kita..

periuk nasi akan sempurna jika adanya 'body' dan 'lid' dalam satu masa yang sama kan?huhu..setiap 'body' ada 'lid'nya tersendiri..mungkin kita boleh pinjam 'lid' periuk lain, tapi ia pasti akan kelihatan 'awkward'..kerana ketidak sesuaianya..huhu..kadang-kadang, kita mungkin akan terjumpa 'lid' lain untuk dipasangkan dengan 'body' itu, tapi itu hanyalah sementara kerana pasti kita akan berusaha mendapatkan 'lid'nya yang sebenar, kan?

sama seperti kita, makhluk Allah di bumi ini, pasti mempunyai pasangannya masing-masing yang telah ditetap dan dijanjikanNya..jadi, janganlah risau, sasau, gundah, gulana jika anda belum menjumpai 'body' mahupun 'lid' anda..kerana ia pasti ada..cuma siapa,tempat, waktu, masa dan ketikanya adalah Rahsia Allah yang tidak pernah dibocorkan..jadi sabarlah menanti, sayang..masanya akan tiba..insyaALLAH.
" Part of Allah's plan, is to for us to enjoy this world, and to remember that the other world is better " - Mufti Ismail Menk .
 
[unexpected] :  mohon ketenangan hati berpanjangan, amin ~

Thursday, June 28, 2012

makanan untuk pendarah O ~

memandangkan sekarang sudah bekerja mencari nafkah untuk diri sendiri dan secebis rezeki dikongsi bersama keluarga, didapati rezeki untuk diri sendiri melampaui batas..dek bertambahnya berat badan, berkurangnya baju yang boleh dipakai, berganjak anak panah penimbang kepada angka 6, maka tindakan yang perlu adalah menjaga pemakanan, makanan yang diambil haruslah seimbang dan mencukupi kadar pembakarannya..

bulan lepas, Puan Mama berbesar hati offer 1 produk soya..saya tanpa segan silu mengambil produk itu siang + malam..kesannya?tiada perubahan.tapi, yang berubah adalah berat badan meningkat!apakah?maka saya terjumpa satu artikel berkaitan pemakanan sihat menyatakan pemilik dara O tidak boleh mengambil makanan tenusu dan soya kerana boleh menyebabkan kegemukkan..apakah?

jadi saya pon terus menghentikan pengambilan produk tersebut dan beralih kepada kopi diet..hasilnya?taraaaa..sama sahaja..jadi..kesimpulannya, tidak perlu mengambil apa-apa produk untuk kurus, tetapi cuba kawal cara pemakanan masing-masing.

apa yang saya jumpa hari ini adalah blog saudara fareedsairi menulis yang menyarankan kepada empunya darah O supaya mengambil rumpai laut, daging, seafood, hati, kailan, brokoli, bayam & buah-buahan dan mengelakan dari mengambil makanan berasaskan tepung gandum, jagung, kacang merah, sawi, kobis dan kobis bunga..yeay!!

selamat mencuba kepada pemilik darah O!!

[unexpected] : seminggu sudah berlalu..harus kuat untuk menghadapi En.July. =)

Tuesday, June 19, 2012

permata kedua ~

semalam sempat on the phone with my sister, Ummu Mus'ab..berbual tentang kehidupan harian..sempat Ummu Mus'ab bertanya "tak nak kerja dengan gaji yang lebih lumayan kah?"..saya sedikit terkedu dengan soalan itu..secara logik akal manusia yang tidak pernah kenal erti putus asa, apakah tegar untuk saya menidakkan soalan itu?namun, saya sekadar tergelak besar..pegangan saya, selagi gaji yang ditawarkan tidak melebihi 2 kali ganda dari apa yang saya perolehi kini, saya tidak akan berganjak dari bumi Allah yang aman damai dan permai ini..ada unsur tamak haloba dan bangga diri disitu, bukan?

jika itu yang kalian fikirkan, kalian silap..

kerana gaji saya tidak sebesar mana pun, tetapi mampu dan cukup untuk menampung hidup bujang saya kini..faktor utama yang menyebabkan saya menolak sebarang tawaran adalah KELUARGA..hal ini kerana, saya setiap hari boleh memeluk MAMA, mencium PAPA setiap pagi, menyakat CITDIN, memijak belakang CHUYO, dan bergolek-golek bersama CHUWA..every weekend, saya mampu membersihkan ATUK saya yang terlantar saket..dan merasa MAK membelai rambut saya..

awak ada??

bukan faktor duit atau jawatan..tapi itu lah hakikatnya..saya akan manfaatkan segala apa yang saya ada selagi saya diberi keizinan untuk menghirup udara dibumi ALLAH ini.. ;)


Ummu Mus'ab sempat memuji, betol kata DFK, anak kedua memang menjaga keluarga!

[unexpected] : sepertinya terjumpa seseorang!!insyaAllah..