CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 28, 2012

makanan untuk pendarah O ~

memandangkan sekarang sudah bekerja mencari nafkah untuk diri sendiri dan secebis rezeki dikongsi bersama keluarga, didapati rezeki untuk diri sendiri melampaui batas..dek bertambahnya berat badan, berkurangnya baju yang boleh dipakai, berganjak anak panah penimbang kepada angka 6, maka tindakan yang perlu adalah menjaga pemakanan, makanan yang diambil haruslah seimbang dan mencukupi kadar pembakarannya..

bulan lepas, Puan Mama berbesar hati offer 1 produk soya..saya tanpa segan silu mengambil produk itu siang + malam..kesannya?tiada perubahan.tapi, yang berubah adalah berat badan meningkat!apakah?maka saya terjumpa satu artikel berkaitan pemakanan sihat menyatakan pemilik dara O tidak boleh mengambil makanan tenusu dan soya kerana boleh menyebabkan kegemukkan..apakah?

jadi saya pon terus menghentikan pengambilan produk tersebut dan beralih kepada kopi diet..hasilnya?taraaaa..sama sahaja..jadi..kesimpulannya, tidak perlu mengambil apa-apa produk untuk kurus, tetapi cuba kawal cara pemakanan masing-masing.

apa yang saya jumpa hari ini adalah blog saudara fareedsairi menulis yang menyarankan kepada empunya darah O supaya mengambil rumpai laut, daging, seafood, hati, kailan, brokoli, bayam & buah-buahan dan mengelakan dari mengambil makanan berasaskan tepung gandum, jagung, kacang merah, sawi, kobis dan kobis bunga..yeay!!

selamat mencuba kepada pemilik darah O!!

[unexpected] : seminggu sudah berlalu..harus kuat untuk menghadapi En.July. =)

0 Critique(s):

Post a Comment