CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 16, 2011

bila nak kahwin ~

ini bukan entry wanita-wanita desperate nak kahwin atau yang tidak berpasangan..ini adalah logik akal pemikiran saya dengan soalan-soalan keramat yang sering diajukan kebelakangan ini..(so, leave my page if you're not interested)

soalan ini kerap diajukan semasa saya menghadiri sesi temuduga..ia terlalu sukar untuk saya berikan jawapan..mungkin cara pemikiran saya tidak sama dengan cara pemikiran anda..mungkin juga anda tidak setuju dengan pendapat saya..tapi secara jujurnya, saya sering menilai sesuatu daripada apa yang saya alami dan lihat..

benar, saya telah meletakkan 2014 untuk berkahwin (tetapi ia hanyalah tahun) sama seperti apabila diajukan soalan "berapa A target SPM?" dengan mudahnya jawapan diberikan "10A plus plus". tapi tidak bermaksud kita harus memberikan 10A kan? begitulah keadaan saya. tetapi sekiranya yang bertanya itu golongan senior (nenek-nenek, uncles, aunties dan seangkatan) saya secara spontan akan cakap "28tahun bru start fikir"..masih ada 3 tahun bagi diri saya untuk melengkapkan diri..tapi sekiranya jodoh itu datang lebih awal, saya redha..(mungkin dikala itu, saya sudah bersedia)

bukan saya mahu menolak sunnah Rasulullah..saya sanjung tinggi ajaran Baginda..cuma di hati saya terdetik, "mampukah saya untuk menjadi seorang isteri?" betol orang cakap i'll cross the bridge when it comes to me..tapi itu orang cakap..saya cuba untuk menggunakan teori yang sama..tetapi tidak dalam situasi begini..

dari apa yang saya lihat dan amati, seseorang wanita yang ingin melangsungkan perkahwinan, beliau adalah seorang yang :
 1) menjaga hubungannya dengan Allah
 2) menjaga hubungannya dengan ibubapa
 3) menjaga hubungannya dengan keluarga
 4) menjaga hubungannya dengan rakan-rakan

maafkan saya sekiranya saya silap..ini jelas saya lihat pada kakak saya sendiri..bagaimana dia menjaga  hubungannya dengan Allah.. memang saya tidak layak untuk mengukur tahap keimanan beliau, tapi dari mata kasar jahil ini juga mampu menilai bezanya dengan saya bagai langit dan bumi..sekiranya saya hanya bersolat 17 rakaat sehari (24jam) tapi tidak dia.. kerana dia mungkin membuat lebih dari itu..bukan mahu meng'up'kan kakak sendiri.. tapi secara bandingan dan logik akalnya..

apabila saya mendapat walimah urus dari rakan-rakan pasti terdetik dihati "wanita ini mesti amalan nya cukup sempurna"..anda mungkin akan mengatakan saya tahyul, kerana meletakkan mereka setinggi itu tetapi itulah hakikatnya..bagi saya mereka (wanita) yang memutuskan untuk menjadi isteri orang adalah wanita yang sempurna..oleh hal yang demikian saya tidak pernah menyebut untuk menjadi suri kepada sesiapa..(kerana saya tahu saya belum sempurna amalannya..)

sekiranya anda ditempat saya, sanggupkah membenarkan orang lain (suami) untuk menanggung segala dosa yang anda lakukan?saya tidak pasti anda bagaimana..tapi, kalau saya yang sedikit "kedekut" ini memanglah saya  tidak mahu memberikan orang laen pahala diatas dosa saya..sama seperti saya tidak membenarkan abang ipar saya mengangkat datuk saya (yang sakit dan tidak mampu berjalan) kerana itu adalah datuk saya, dan saya lebih layak untuk menguruskan beliau..walaupun ia kedengaran sungguh berlagak dan sangat "kedekut", tapi itulah saya..



[unexpected] : kepada isteri-isteri, semoga anda menjadi wanita syurga ~

Tuesday, November 15, 2011

how i met my doctors ~

ini adalah kisah lama yang aku lalui..ia bermula ketika aku menduduki ujian bertulis PTD pada 16 julai lalu..memandangkan lokasi ujian itu agak jauh dari rumah maka, aku terpkasa bangun seawal jam 5 pagi.aku ditemani En.papa (seperti biasa)

usai ujian bertulis, baru aku perasan mata kanan aku merah..ku kira itu sekadar kesan dari bangun awal pagi (logikla kan?) so, aku abaikan..abai punya abai, dah masuk 1 ramadhan (1 ogos la) aku agak panik..sebab da bulan puasa..gatal idok..pedih idok..bengkak idok..yang ade hanya merah semata-mata..

so, aku berkeputusan untuk berjumpa doctor.. =)

doctor pertama ~

doc 1 : bila lagi mata awak merah?
saya pula : dari 16 julai..
doc 1 : tiada gatal, pedih atau berair?
saya pula : tiada doctor.
doc 1 : itu adalah factor ANGIN..kuantiti angin yang banyak masuk ke mata awak..
saya pula : terdiam (terasa macam mau NAEK HANGIN!) adakah boleh menyebabkan selaput mata?
doc 1 : owh..pastinya tidak..
saya pula : oho ok.alhamdulillah, terima kasih doctor..

sesungguhnya saya hanya menggunakan ubat dari doctor itu bila saya rasakan ia perlu..natijahnya, mata saya masih merah..maka saya berkeputusan untuk bertukar kepada doctor lain. tambahan pula minggu pertama puasa saya telah kehilangan suara yang LEMAK MANIS ini

doctor kedua ~

doc 2 : sejak bila kehilangan suara dan bermata merah?
saya pula : sejak 2 ramadhan dan 16 julai..
doc 2 : awak kena KURANGKAN BERCAKAP dan mata itu hanyalah alergi..
saya pula : terdiam lagi (kureng cakap betol doctor ni)..oho alergi pon boleh sampai sebulan ke?
doc 2 : bergantung pada pemakanan juga..
saya pula : ok doctor. terima kasih..

dek kerana tidak ada satu pon kesan yang positive hasil dari pertemuan dua oarng doctor,
maka saya berkeputusan untuk bertemu specialist setelah dua bulan bermata
merah..

doctor ketiga ~

setelah mata kiri dan kanan diperiksa..doctor hanya tersenyum..menyebabkan
saya jadi kegusaran..huhu

doc 3 : awak tahu kornea? (sounds like kurnia)
saya lagi : terdiam..(kurnia insurans kah?)
doc 3 : kornea tu mata hitam..
saya lagi : mengangguk..(dush!!nampak sangatlah aku tak bijak biologi!)
doc 3 : ini kornea mata awak (sambil membuat satu lukisan bulat).terdapat virus pada kornea mata kanan awak..
saya lagi : seius terkejut itik!!seperti jantung direntap kuat..adakah ia membentuk selaput mata?
doc 3 : owh tidak.
saya lagi : adakah virus itu boleh menyebabkan saya hilang penglihatan.
doc 3 : belum pasti. sekiranya ubat yang diberikan tidak mampu melawan virus itu, mata awak harus dioperate..
saya lagi : bahaya tu doctor.
doc 3 : kenapa?
saya lagi : kalau buta, macam mana nak jadi ARKITEK?
doc 3 : senyum =)



[unexpected] : alhamdulillah sekarang mata dah xde virus, cuma kena berkacamata untuk mengawal kemasukkan glare ke dalam mata yang boleh menggalakkan pembiakan virus.thank you Dr.Rosli =)

Thursday, November 10, 2011

waiting for the call ~

yes!!aku memang menunggu segala panggilan..baik panggilan temuduga, kerja, haji dan segala jenis panggilan..sempena bulan haji ni, enjoy lagu irfan makki and maher zain mmg sangatlah best..
Miles away, oceans apart
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say

Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

[unexpected] : selamat mengerjakan haji my darling, Nur Asma Ibrahim ~