CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 16, 2011

bila nak kahwin ~

ini bukan entry wanita-wanita desperate nak kahwin atau yang tidak berpasangan..ini adalah logik akal pemikiran saya dengan soalan-soalan keramat yang sering diajukan kebelakangan ini..(so, leave my page if you're not interested)

soalan ini kerap diajukan semasa saya menghadiri sesi temuduga..ia terlalu sukar untuk saya berikan jawapan..mungkin cara pemikiran saya tidak sama dengan cara pemikiran anda..mungkin juga anda tidak setuju dengan pendapat saya..tapi secara jujurnya, saya sering menilai sesuatu daripada apa yang saya alami dan lihat..

benar, saya telah meletakkan 2014 untuk berkahwin (tetapi ia hanyalah tahun) sama seperti apabila diajukan soalan "berapa A target SPM?" dengan mudahnya jawapan diberikan "10A plus plus". tapi tidak bermaksud kita harus memberikan 10A kan? begitulah keadaan saya. tetapi sekiranya yang bertanya itu golongan senior (nenek-nenek, uncles, aunties dan seangkatan) saya secara spontan akan cakap "28tahun bru start fikir"..masih ada 3 tahun bagi diri saya untuk melengkapkan diri..tapi sekiranya jodoh itu datang lebih awal, saya redha..(mungkin dikala itu, saya sudah bersedia)

bukan saya mahu menolak sunnah Rasulullah..saya sanjung tinggi ajaran Baginda..cuma di hati saya terdetik, "mampukah saya untuk menjadi seorang isteri?" betol orang cakap i'll cross the bridge when it comes to me..tapi itu orang cakap..saya cuba untuk menggunakan teori yang sama..tetapi tidak dalam situasi begini..

dari apa yang saya lihat dan amati, seseorang wanita yang ingin melangsungkan perkahwinan, beliau adalah seorang yang :
 1) menjaga hubungannya dengan Allah
 2) menjaga hubungannya dengan ibubapa
 3) menjaga hubungannya dengan keluarga
 4) menjaga hubungannya dengan rakan-rakan

maafkan saya sekiranya saya silap..ini jelas saya lihat pada kakak saya sendiri..bagaimana dia menjaga  hubungannya dengan Allah.. memang saya tidak layak untuk mengukur tahap keimanan beliau, tapi dari mata kasar jahil ini juga mampu menilai bezanya dengan saya bagai langit dan bumi..sekiranya saya hanya bersolat 17 rakaat sehari (24jam) tapi tidak dia.. kerana dia mungkin membuat lebih dari itu..bukan mahu meng'up'kan kakak sendiri.. tapi secara bandingan dan logik akalnya..

apabila saya mendapat walimah urus dari rakan-rakan pasti terdetik dihati "wanita ini mesti amalan nya cukup sempurna"..anda mungkin akan mengatakan saya tahyul, kerana meletakkan mereka setinggi itu tetapi itulah hakikatnya..bagi saya mereka (wanita) yang memutuskan untuk menjadi isteri orang adalah wanita yang sempurna..oleh hal yang demikian saya tidak pernah menyebut untuk menjadi suri kepada sesiapa..(kerana saya tahu saya belum sempurna amalannya..)

sekiranya anda ditempat saya, sanggupkah membenarkan orang lain (suami) untuk menanggung segala dosa yang anda lakukan?saya tidak pasti anda bagaimana..tapi, kalau saya yang sedikit "kedekut" ini memanglah saya  tidak mahu memberikan orang laen pahala diatas dosa saya..sama seperti saya tidak membenarkan abang ipar saya mengangkat datuk saya (yang sakit dan tidak mampu berjalan) kerana itu adalah datuk saya, dan saya lebih layak untuk menguruskan beliau..walaupun ia kedengaran sungguh berlagak dan sangat "kedekut", tapi itulah saya..



[unexpected] : kepada isteri-isteri, semoga anda menjadi wanita syurga ~

0 Critique(s):

Post a Comment