CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 22, 2012

valuable people at great value ~

dua minggu lepas, aku ke NILAI (value) atas tujuan interview..perjalanan satu malam menaiki bas perkara biasa aku tempuhi sebelum ini dan itu tidak menjadi masalha bagi aku..masalah timbul adalah apabila itu merupakan kali pertama aku ke NILAI alone!!haha..tapi, macam ada aku kesah?dah tua dah kot, takkan nak bergantung pada en.papa + pn.mama kan?

dah, habis bab bebelan..tiba je kat NILAI, aku solat dan bersihkan diri..settle sume around 830am..ok, interview jam 230pm..tak tua pon aku menunggu disana kan?takpe, jadi lebih bijak sket..fikir apa yang patut dibuat selain menghafal beberapa baris ayat untuk mock lecture petang nanti..nak dijadikan cerita, first time kat sana, aku jumpa orang-orang yang sangat mulia!!

1)aunty cleaner indian
semasa jalan-jalan mencari kedai makan, aku menyerempakkan diri dengan aunty ni..
"aunty, tumpang tanya, kat sini ada kedai mamak tak?" 
"ado kodai nasik kandar kek blok sebelah sano nuh". sambil senyum dan berhenti menyapu..
"thank you aunty".aku senyum..
"samo-samo.take care, dik". pesan aunty tu..

aku pon berjalan la ke sana ditemani pn.mama di talian..huhu

2)pakcik delivery kedai stationery
usai makan di kedai mamak aku lepak kedai stationery memandangkan depan kedai tu ade kerusi and meja..sambil buat sudoku and on the phone with pn.mama and my bell..
"nak komano dik?dari tadi acik nengok kau dok sorang-sorang". sapa pakcik tu ramah.
"nak gi interview acik..kat Mantin".jawab aku.
"ekau klo nak g sano tapi xdo transport, ekau telefon acik..klo acik dah abis kojo ni, acik hantar la ekau. ni no acok".sambil memberikan nombor telefon.
"terima kasih acik".

time tu baru jam 11am..aku ada lagi 3 jam kot..haishh..

3)mualaf with his cute son
aku berjalan menunggu di depan CIMB memandangkan bank tu berhadapan dengan tempat teksi..aku berdiri di depan bank..kadang-kadang masuk ke dalam untuk berkongsi udara sejuk aircond..huhu..aku cuba menghalang seorang budak kecik yang cuba memasukkan jarinya diantara pintu kaca..risau kalau tersepit..ayahnya sekadar memandang dari jauh..aku keluar dari bank sebaik sahaja ayahnya selesai urusan.
"nak kemana dik?"sapa si ayah.
"nak interview di Mantin."
"kenapa tak mintak USIM. saya kenal ramai lecturers and director kat sana."
"oho..tapi kat sana xde course architecture."
pelbagai soalan dan jawapan saling berganti..last skali dia sempat memberikan salam.aku meyambut salamnya..dia sempat menyuruh anak lelakinya, "say all the best to kakak..insyaAllah kalo kakak ada rezeki kat sini, kakak akan dapat kerja tu"..wah sungguh comel budak kecik tu..

4)security and cleaner CIMB
aku masih kat luar bank..security bank pon keluar sambil menyalakan rokok ditangan..
"dari mana dik?tunggu sapa?"
aku menjawab seperti biasa..dia mempelawa aku untuk menunggu di dalam bank..aku tidak mengsia-siakan pelawaan itu..sempat borak-borak dengan makcik cleaner CIMB dan security kedua datang join borak..bila dah timenya untuk aku ke Mantin, security guard kedua sempat berpesan, "jaga diri"..aku senyum dan berterima kasih.

5)pakcik cab
aku dapat cab dalam 10 minit menunggu..alhamdulillah pakcik cab tu baik dan siap bagitau cara murah dan senang untuk balik kajang..dia siap bagitau charge berapa, takutnye kena tipu kan?baiknya dia..

tapi sudahnya aku balik dengan BIL..perjalanan kajang-mantin dalam 20 minit je..yeay!!


[unexpected] : terima kasih kalian yang sangat mulia =)

0 Critique(s):

Post a Comment