CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 12, 2011

warkah HAWA kepada ADAM ~

warkah istimewa untuk ADAM yang diingati selalu..

Adam
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu 
Sesungguhnya aku adalah Hawa 
Temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok 
jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu
sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan 

Adam 
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku 
Lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman 
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya 
Jika bilangan kaum mu mengatasai kaumku 
Nescaya merahlah dunia kerana darah manusia 
Kacau-bilaulah suasana 
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa 
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil 
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya pun juga begitu 
Maka tidak selaraslah undang-undang Allah 
Yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu 
Tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu 

Adam 
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku 
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku 
Tapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu 
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku 
Mesti tunduk ketika menjadi isterimu 
Namun terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara 

Adam 
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan 
Kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita 
Kau diberi amanah untuk mendidik aku 
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku 
Memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhan 

Tapi Adam 
Nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini 
Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu 
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan 
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah 
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku 
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup 
Dari hujung kaki sampai hujung rambut 
Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya 

Adam 
Mengapa kau biarkan aku begini? 
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu 
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu 
Tapi sekarang di waktu yg sama 
Aku ke muka menguruskan hal negara 
Aku ke hutan memikul senjata 
Padahal, kau duduk saja 
Ada di antara kamu yang menganggur tiada kerja 
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba 
Kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara 
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? 
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku? 

Adam 
Marahkah kau jika ku katakan andainya Hawa terpesong 
Maka Adam yang patut tanggung! 
Kenapa? Mengapa begitu ADAM? 
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik! 
Jika murid bodoh guru yang tidak pandai mengajar! 
Adam kau selalu berkata 
Hawa memang degil tak mahu dengar kata 
Tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku 
yang dhaif ini. 

Adam 
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama 
Seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? 
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Nabi Muhammad SAW terhadap mereka? 
Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa? 

Adam 
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu 
Aku adalah pengikut-pengikutmu 
Kerana kau adalah ketua 
Jika kau benar, maka benarlah aku 
Jika kau lalai, lalailah aku 
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu 
Akalmu sembilan, nafsumu satu 
Aku, akalku satu nafsuku beribu! 
Dari itu Adam, pimpinlah tanganku, 

kerana aku sering lupa dan lalai 
Sering aku tergelincir ditolak sorong 
oleh nafsu dan kuncu-kuncunya 
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah 
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari 
Tuhanmu agar menerangi hidupku 
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku 
menjadi mujahidah kekasih Allah 

Adam 
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri 
Masih segan mengikut langkah para sahabat 
Masih gentar mencegah mungkar maka kita tunggu dan lihat 
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah 
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri 
Dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu 

[unexpected] : cilok from one of my friend's note kt fb ~ =)

0 Critique(s):

Post a Comment