CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 15, 2011

kala rindu berbisik ~

allahu akbar..allahu akbar..
alunan azan pagi subuh itu benar-benar menyentap tangkai jantungku.bukan kerana tidak pernah bangkit seawal itu.tetapi subuh yang hening itu menduga ketabahanku.dalam lemah, kugagahi jua demi adik-adik tercinta.usai mandi,aku mengejut adik-adikku untuk solat bersama.aku tahu, mereka masih bersedih seperti aku.namun, mereka harus ke sekolah pagi ini.aku yang berhak untuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah..

azra dan azri adik kembar yang masih menuntut di tingkatan 5.manakala asna adik bongsu yang baru berusia 6 tahun.ujian ini terlalu berat untuk mereka tempuhi.berbanding aku yang sudah berusia 23 tahun.sudah cukup matang untuk aku hadapi semua ini.

usai solat berjemaah dan membaca Yaasin untuk kedua ibubapa tercinta.ku lihat air jernih mengalir laju di pipi adik-adik.aku bergegas ke dapur menolong Mak Biah untuk menyiapkan sarapan pagi adik-adik.adik-adik seperti biasa akan bersiap untuk ke sekolah..

rutin biasanya, ibu akan menghantar asna ke sekolah rendah.manakala ayah akan menghantar si kembar.laluan ke pejabat ayah sejalan dengan sekolah si kembar.tetapi pagi ini, aku terpaksa menghantar mereka bertiga..

azra dan azri menyalami aku sebaik sahaja sampai di sekolah.asna yang sedari tadi berada di tempat duduk hadapan hanya bersandar pada dashboard.digosok dashboard itu berulang-ulang kali.sesekali terlihat dia mengelap hidungnya yang tidak selsema..aku tahu dia masih bersedih.aku menekan pedal brek mengejut apabila lampu isyarat bertukar kuning..

tiba-tiba si kecil itu bersuara..
"ala..kenapa kakak brek?nanti lewat la Una nak masuk kelas.kalau ibu, mesti ibu pergi straight je kakak".

aku yang dari tadi terdiam akhirnya bersuara.
"itu ibu sayang. ibu memang cekap drive.kakak baru je dapat lesen, sayang.tengok tu, sticker P yang color merah tu"
asna mengangguk perlahan-lahan.aku menukar gear D dan menurunkan handbrek sebaik sahaja lampu isyarat bertukar ke warna hijau.
"kakak,kenapa tak stop kat kedai tadi?"


aku kebinggungan."kenapa Una?"

"ibu selalu stop kedai newspaper tu. beli newspaper untuk rumah kita.kalau tak,ayah tak baca la newspaper hari ni"

asna seakan-akan menahan kemarahannya.

"sorry, sayang. mana kakak tahu. nanti on the way balik kakak stop beli ye, sayang?" 
aku rasa begitu bersalah pada si kecil itu. berderau darahku naik ke muka.ada getar di dadaku mendengar leteran si kecil itu.

sampai di sekolah, asna hanya membatu.
"Una, dah sampai sekolah."

asna masih membatu.
"jom, kakak turunkan beg." pujukku

asna menggeleng."kenapa sayang?"

"kakak, boleh tak kalau Una tak nak masuk kelas?"
"tak boleh macam tu sayang. kan ibu dah pesan, jangan malas-malas."


airmata si kecil itu mengalir laju seperti air empangan yang baru dilepaskan."tapi Una rindu ibu."

si kecil itu memelukku erat.dari pelukkannya, dapat kurasa kesedihannya.esakkannya masih bersisa walaupun aku sudah meninggalkan perkarangan sekolah.aku berhenti di kedai surat khabar yang biasa ibu kunjungi.

"selamat pagi, puan. eh, puan muda hari ni? minta cuti lebih ke puan muda? mana puan besar? tanya pekedai itu ramah.memang pekedai itu mengenali ibu dan ayah.melihat kereta nissan latio ibu dari jauh, dia sudah tersenyum lebar.aku senyum hambar.
"a'ah pakcik, cuti lame sikit ni.ibu dah takde. semalam jenazah ibu dan ayah dikebumikan di tanah perkuburan islam sebelah masjid besar tu pakcik."

"innalillahiwainailaihirajiun.pakcik tak tahu pun nak,"
 pakcik itu bersuara kesal kerana berseleroh sebentar tadi.

"takpe pakcik, semua orang akan kembali kepadaNya, cuma tidak tahu bila masanya." aku senyum lagi.

"tabah ye nak. ini adalah ujian Allah kepada hambaNya yang terpilih." tambah pekedai itu lagi.selesai membuat bayaran, aku memohon untuk beredar.

"hati-hati, nak." laung pekedai itu. aku membunyikan hon sekadar tanda terima kasih.

perjalanan pulang ke rumah akan melintasi tanah perkuburan islam bersebelahan masjid besar.tatkala melalui jalan itu hati ku meruntun hiba.

"kakak,boleh x Una nak jumpe ibu kejap?".pinta si kecil itu.aku sekadar mengangguk tanda setuju. kereta nissan latio tinggalan ibu di parkir di bahu jalan.aku menuntun asna ke tanah perkuburan. masih merah lagi tanah di perkuburan ibu dan ayah.kami menghadiahkan al-fatihah, semoga roh ibu dan ayah tenang.

aku sekadar diam memerhatikan asna. dikuis2 tanah yang masih merah. rindu benar si kecil itu.memang asna rapat dengan arwah. lebih-lebih lagi arwah ayah.

"Una, dah la sayang, ibu dan ayah penat tu.dierang nak rehat.jom la balik.banyak lagi kerja yang perlu kakak settlekan kat rumah sayang."
pujuk Afza manja.

kali ini pujukannya menjadi. Asna akur dengan permintaan Afza segera bangun menuju ke kereta.sampai di perkarangan rumah kelihatan Mak Biah mengemas halaman. Asna berlari anak masuk ke dalam rumah. Entah apa agendanya selepas ini.

"Mak Biah, Jaja nak cakap sikit ngan Mak Biah boleh x?"pinta Afza sopan.
"Boleh, Jaja. Apa dia nak?" tanya Mak Biah kembali.
"Macam ni Mak Biah, memandangkan ibu dan ayah dah takde, Jaja rasa, Jaja tak mampu nak bayar gaji Mak Biah sekiranya Mak Biah berterusan kerja di rumah ni.Bukan Jaja nak tutup periuk nasi Mak Biah, tp Jaja pon takde sumber kewangan lagi buat masa sekarang.Memang sedih dan susah bagi Jaja nak buat keputusan macam ni Mak Biah. Tambahan pula Jaja, Girl, Boy dan Una dah anggap Mak Biah macam nenek kami dah. Sebolehnya kami nak Mak Biah bersama kami, tapi apakan daya Mak Biah, Jaja tak mampu." air mata Jaja menitis tanpa dipinta.

"Jaja, sampai hati Jaja nak buang Mak Biah macam tu je. Kalau Jaja, Girl, Boy dan Una dah anggap Mak Biah macam nenek kenapa perlu fikirkan bayaran kerja Mak Biah? Duit yang ibu dan ayah bagi selama 21 tahun Mak Biah kerja tu pon dah boleh bawak kamu pergi umrah Jaja." Mak Biah juga sama menitiskan air mata sambil tangannya tak henti memukul lengan kiri Afza.

"tapi tu duit gaji Mak Biah.Bukan duit kami." esakkan Afza makin kuat.

Mak Biah memeluk anak gadis itu erat. "kalau dulu ibu dan ayah Jaja jaga Mak Biah, kini giliran Mak Biah pulak jaga kamu adik beradik.Jasa arwah ibu dan ayah Jaja tak mampu Mak Biah balas, Jaja." tangis mereka bergabung.

Memang Mak Biah menjadi orang gaji Puan Ahza dan Encik Adhwa sejak 21 tahun yang lalu.Mak Biah yang menjaga Afza semasa ibubapanya terpaksa menghadiri kuliah dan bekerja sambilan semasa berada di Toronto.

"Dah la tu, Jaja.Tak elok tangis benda yang sudah tiada.Kita yang masih hidup ni perlu teruskan hidup.Jangan patah semangat ye, nak.Ayuh kita masuk,makanan tengahari belum disediakan lagi." pinta Mak Biah. Mereka beriringan ke dapur.

usai menyediakan makanan tengahari bersama Mak Biah, Afza ke bilik mendapatkan Asna.Pintu bilik arwah ibu dan ayahnya sedikit terkuak.Afza masuk ke bilik, dilihatnya Asna terbaring dikatil arwah bersama baju-baju arwah.rindu benar si kecil itu pada arwah.diseka air jernih itu cepat.

"Una, bangun sayang, ikut kakak jom.Girl ngan Boy dah habis kelas." diusap-usap belakang Asna.Tapi Asna tidak memberi sebarang respons.Jantungnya berdegup kencang.Ditarik Asna ke pangkuannya."Ya Allah cukup la" hatinya sempat merintih.

"Una,Una.Bangun sayang." digoncang sedikit badan si kecil itu.Dahinya disentuh.Sedikit panas.

"Mak Biah,ikut Jaja pergi klinik cepat!" 

Jeritan Afza cukup untuk merentap tangkai jantung wanita akhir 50 an itu.Mak Biah yang sedari tadi hanya duduk bersahaja menunggu budak-budak untuk makan tengahari segera mengikut arahan Afza.Kereta Nissan Latio peninggalan arwah ibunya memecut laju ke Klinik Bakhtiar.Asna di bawa masuk ke bilik rawatan.

"Cik Uthaila".Afza segera bangkit tatkala mendengar namanya dipanggil.Afza diminta masuk sebaik sahaja Asna mendapatkan rawatan.

"Doktor, macamana keadaan adik saya doktor?" tanya Afza sebaik sahaja dipelawa duduk oleh doktor Bakhtiar.
"Bertenang Cik Uthaila. Adik cik dalam keadaan baik, cuma dia mengalami demam biasa seperti kanak-kanak lain seusianya".tenang doktor itu berbicara.
"Alhamdulillah. terima kasih doktor." Afza memanjat kesyukuran kehadrat Illahi.
"Sama-sama. Saya telah bekalkan antibiotik dan beberapa jenis ubatan yang perlu untuk Unaisa."
"terima kasih, sekali lagi doktor". Afza sedikit tunduk hormat tanda terima kasih.
"Cik Uthaila, maaf bertanya.Adik Unaisa kerap menyebut nama ibu dan ayah semasa saya menjalani rawatan sebentar tadi.Meracau agaknya".duga doktor awal 30 an itu.
Afza senyum kelat."saya tahu doktor dan saya faham, dia rindu sangat dengan arwah. budak-budak doktor".Afza menahan sebak
"Maafkan saya Cik Uthaila.Saya tak bermaksud.."
"Tak mengapa doktor".Afza memohon beredar sebaik sahaja menyalami doktor Bakhtiar.

Asna sudah berada di pangkuan Mak biah sebaik sahaja Afza membuat pembayaran.Mak Biah sekadar mengangkat kening ke arah Afza."Demam biasa je Mak Biah".
Afza memecut ke sekolah, Azra dan Azri sudah lama menunggu mereka.

"Boy, Girl, sorry lambat tadi Una demam. kakak hantar ke klinik".
"Takpelah kakak, kami pon baru je abes taklimat temu murni td".
Boy tenang bersuara.
"Kakak, esok pagi kakak kena datang untuk temu murni tau jam 10 pagi. kakak jumpa cikgu Girl dulu, lepas tu baru cikgu Boy. tadi Boy dah bagitahu cikgu incase kakak lambat." 

Afza sekadar mengangguk seinci pon tidak dia menoleh ke arah Azri.Dia tahu Azri seorang yang tabah.Sekiranya arwah masih ada,pasti tidak perlu Azri berbuat demikian.di tempat duduk belakang kelihatan wajah suram Azra mengusap-usap dahi Asna yang agak panas.

usai makan, mereka bersiap untuk ke masjid besar. majlis tahlil hanya diadakan di masjid. Afza tidak mampu.Namun dia harus terus tabah demi adik-adik tercinta.

Azri memangku Asna keluar dari kereta Mitsubishi PajeroSport Biru peninggalan ayah.Demamnya belum kebah sepenuhnya.

sebelum tidur Afza menunaikan solat sunat agar dikuatkan imannya dan ditabahkan hatinya dalam menempuh hidup yang mendatang tanpa kedua-dua insan tersayang.masih terngiang-ngiang suara dan gelak tawa arwah di telinganya.masih terpapar betapa kasihnya si ayah dan sayangnya si ibu diruang matanya.airmatanya mengalir tanpa dipinta ditemani lampu tidur Asna.Bukan mahu ditangisi apatah lagi meratapi memergian ibu dan ayahnya.tetapi ia sesuatu yang sukar untuk ditempuhi seawal ini.

"ibu, Afza rindukan ciuman ibu.Ayah, Afza rindukan pelukan ayah".

Afza tertidur di sejadah arwah bersama tangis berbaki.



[unexpected] : cerita dikarang ketika teringatkan seorang kawan yang kehilangan ayahandanya ~

0 Critique(s):

Post a Comment