CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 27, 2012

yang melahirkan itu ~

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi..Ramadhan baru-baru ini dikunjungi perkhabaran gembira..namun, jika direnung kembali sepertinya saya belum bersedia..banyak feedback positive dari keluarga + rakan (tersayangs) yang saya terima..saya akui, saya gembira, bertuah dan ada sedikit gusar bertamu di hati..perkhabaran tawaran ke Universiti Utara Malaysia adalah sesuatu yang telah lama luput dalam ingatan saya..6 bulan lalu saya menghadiri interview, peluang untuk menempatkan diri sangat tipis..namun rezeki Allah di Langit Ramadhan lalu, memang satu anugerah yang tidak akan saya sia-siakan..

Berbalik kepada tajuk post kali ini, "YANG MELAHIRKAN ITU"..ya, tetap sekali hanya dia sahaja melahirkan..seorang itu perempuan yang cukup kecintaan terhadap suami dan anak-anaknya..tidak kira apa jua panggilannya..Mama, Bonda, Ummi, Ibu, Mummy, Emak, Amma, atau apa sahaja darjat atau pangkat yang dipegang..dia tetap yang melahirkan itu..mana mungkin seorang bergelar suami mampu melahirkan?

ingin saya kongsi bersama kuasa seorang yang bernama Mama..saya mendapat perkhabaran awal dari UUM pada awal Ramadhan..saya antara top 3 dan saya bukan tempat pertama..puas pihak UUM (yang berhubung dengan saya) meminta agar saya terus menerus berdoa di bulan mulia ini sekiranya mahu ditempatkan di sana..saya sekadar mengiyakan..tipu jika saya tidak langsung berdoa..ya, saya berdoa..tapi, tidak sekencang taufan melanda Florida..kerana saya berpegang pada satu asas.."Mom always right".

Papa saya seperti selalu akan bertanya, " doa tak malam tadi?" soalan itu setiap hari saya dengar apabila on the way balik kerja..(saya dan papa bekerja di daerah yang sama, jadi kami 2 beranak ulang-alik bersama). Saya sentiasa lantang bebicara.."buat apa kalau doa, tapi mama tak ikhlas melepaskan saya pergi, sampai bila-bila pun saya takkan dapat papa. Keredhaan seorang ibu tu tinggi nilainya, papa. Percayalah". Papa hanya mampu terdiam..

Hinggalah pada suatu malam, selepas berbuka puasa, saya mengemas pinggan, mama saya mencuci pinggan..saya rangkul pinggang Mama.."Mama izin atau tak untuk saya bekerja di Kedah?" ada getar di hujung suara..memandangkan lebih setahun saya bersama mama di rumah..saya pun berat untuk meninggalkan rumah dan berhijrah kerana sudah terlalu selesa dikondisi begini..

Mama saya (yang sentiasa relax) "pergilah, awak pun belum ada komitmen..pergi kenal tempat orang lah pulak"..saya rasa ranking saya terus jadi on the top of the list..sebaik sahaja mendengar kata-kata mama, saya yakin itu memang milik saya..namun doa tidak pernah putus saya utuskan kepada Pencipta..Alhamdulillah, Dia Maha Pemurah lagi Maha Mendengar doa hambaNya..InsyaAllah semoga segalanya berada dalam limpah rahmatMu..

Terima kasih Mama..kerana merelakan pemergiaan anakmu..sayang ini tidak pernah kurang walaupun mulut lantang berbicara..namun hatiku tetap rapuh..

" ibarat mahu ke taman tema..tiket sudah dibayar dan saya berjalan menuju ke kauter untuk slotkan tiket..tanpa mesin slot, sudah pasti saya tidak akan berjaya memasuki taman tema itu ~ nasib baik jumpa mesin slot tiket !" - t r u t h j i h a d


[unexpected] : tersayangs will be update soon ~

2 Critique(s):

kekunang

all the best amien!

t r u t h j i h a d

insyaAllah kun !!

Post a Comment