CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 21, 2013

Fi amaanillah ~

Malam ini malam pertama kami tanpa arwah ayah (datuk)..beliau tenang meninggalkan kami adik beradik (7 orang cucunya)..emak(nenek) setia menjaga dan menemani..puan mama, cik achik dan chuwa sudah berkampung dari malam jumaat..saya dalam perjalanan dari utara semenanjung..encik papa dan chuyo menanti saya dirumah..saya menyertai puan mama usai sarapan bersama encik papa..kunjungan dari Kuala Terengganu memenuhi perkarangan rumah..cik kakak+encik ateh akan pulang malam sabtu..semester sudah tamat katanya..saya menelefon puan along menyampaikan perkhabaran mungkin ayah tidak akan lama..puan along bertanya, "tak sempat minggu depan?" jawapan saya pendek sahaja, "tak"..puan along menelefon encik balong untuk pulang ke kampung..alhamdulillah sabtu jam3:00pagi mereka selamat sampai..petang sabtu saya mendapatkan doktor, 1 botol air dimasukkan ke badan..pesan doktor, "jangan tinggalkan pesakit,pastikan ada peneman." kami bergilir-gilir mengalunkan bacaan Yasiin..cik achik meninggalkan kami atas tuntutan ilmu..saya tidur di sebelah kanan arwah (itu posisi tidur dari saya kecil hingga ke usia 10 tahun saya tidur bersama arwah jika cuti sekolah)..emak tidur di sebelah kiri arwah..malam itu sunyi sepi..puan mama bangkit jam 2:35pagi..sempat memantau ayahandanya..masih kedengaran dengusan itu (dia masih bernafas) sepi kembali sehinggalah puan along dikejutkan dengan tangisan anaknya..dia bangun dan menenangkannya..lalu memantau arwah di bilik..tiada dengusan yang dikeluarkan arwah..segera dikejutkan saya dan emak..encik suami dipanggil untuk memeriksa denyutan nadi..nadinya sudah tiada,badan arwah masih terasa panasnya..arwah pergi dalam tidur..kata mereka arwah taknak orang tgk die saat nyawa ditarik keluar dari jasad dan dia tiada simpan apa-apa da..semua hajat sebelum pergi dah tertunai..semoga arwah tenang di sana..

Teringat ayat yang along bisikkan pada arwah.."maafkan kami adik beradik..terima kasih jaga kami adik beradik"..ketika itu dadanya berombak..airmatanya mengalir..

0 Critique(s):

Post a Comment