CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 14, 2014

naik pangkat ~

Assalamualaikum wbt.

Alhamduillah, berkesempatan hari ini untuk menulis..sebelum terlupa Salam Ramadhan al - Mubarak dan Salam Nuzul Quran buat semua rakan-rakan pembaca. Rindu untuk menulis, rindu dengan kenangan lama dulu..

9 bulan lalu, aku dikhabarkan dengan 1 berita (hajat gembira seseorang)..jujur aku tidak bersedia sepenuhnya ketika itu..perasaanku memberontak..

" kenapa seberani itu? "
" kenapa kat sini? "
" kenapa dapat yang seperti itu? "
" kenapa baru sekarang? tidak di awal perkenalan dulu? "
" kenapa panggil macam tu? "

aku diam seribu bahasa..cuba memikirkan apa yang telah aku pernah perkatakan dulu..bila difikir kembali ada benarnya..dan segalanya diatur Allah..

" bukankah aku yang teringin bakal suami yang datang dengan bangganya dan proposed? "
" bukankah aku yang cakap nak kerja kat Kedah and stay kat kedah best..So??? "
" bukankah aku yang selalu doa agar dapat anak yatim piatu supaya boleh raya setiap tahun ngan mama ??"
" bukankah aku yang mintak nak kawen di usia 28?? "
" bukankah aku nak sangat suami panggil Syuhada..So?? "

tetapi jalan mudah Allah tunjukkan padaku..Alhamdulillah, aku bersyukur..impaknya besar dan aku sedia maklum sebelum aku membuat keputusan itu..ibubapa dan adik beradik akan jadi hal kedua..kawan-kawan apatah lagi..ntah bernombor atau tidak..namun aku yakin dengan aturan yang ditetapkanNya, aku mendapat apa yang aku inginkan..semoga Allah mempermudah jalan kami..

5 bulan lalu, kami ditunangkan..Alhamdulillah perancangan kami Disember 2013..tapi Allah Maha Kaya, segalanya diatur dengan sempurna..sempat aku berjimba-jimba dengan kawan-kawan..walaupun tak semua dapatku hiburkan..Ya Allah lindungi sahabat-sahabat aku..kurniakanlah mereka kebahagiaan yang lebih dari apa yang aku rasakan..bukan niat aku menjauh, tetapi bila kekerapan berhubung menjadikan aku untuk lebih bercerita mungkin akan menimbulkan rasa tidak senang (meluat) dihati kalian..tapi jujurnya, doa untuk kalian tidak pernah putus..

" Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah rakan-rakanku dari malapetaka bahaya dan dendam amarah manusia durjana..kurniakanlah ketabahan, kegembiraan, kebahgiaan dan keharmonian hidup mereka..tenangkanlah hati, jiwa, fikiran dan mental mereka agar mereka boleh beribadat, bekerja dan membuat amal ke jalanMu.."

2 bulan lalu, aku dan suami selamat disatukan dalam majlis yang serba ringkas..Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..ucapan jutaan penghargaan kepada keluarga, saudara mara, rakan-rakan tidak dapat dilafazkan dek kesanggupan kalian meluangkan masa, tenaga dan wang..sungguh saya terhutang budi dengan kalian..majlis dimeriahkan dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai datang dari jauh..terima kasih atas kunjungan kalian, semoga kehadiran kalian memberi rahmah kepada kami sekeluarga..terima kasih suami, kerana telah menaikkan martabat aku sebagai seorang anak kepada seorang isteri..


7 bulan lagi, insyaaAllah rezeki dariNya aku akan dinaikkan martabat lagi dari seorang isteri kepada seorang bonda..terima kasih Ya Allah untuk segalanya..permudahkan jalan kami untuk menempuhi dugaan mendatang..Alhamdulillah..


[unexpected] : perkhabaran gembira seorang sahabat sungguh membanggakan aku..teruskan perjuangan sahabat..lain orang, lain rezekinya..yang pasti turn kita akan sampai..cuma waktu yang dirahsiakan..selamat berjaya..aku doa dari kejauhan ~

0 Critique(s):

Post a Comment