CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 8, 2012

dua purnama ~

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Illahi, masih dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman, dikurniakan akal yang waras, dimudahkan urusan, disihatkan tubuh badan walau ada sedikit kegusaran tentang status kesihatan, namun syukur alhamdulillah, saya masih bernyawa dan terus menyedut udara segar di zon utara yang permai ini..
hari ni genap dua purnama keberadaan saya di UniUtaMa..so far, alhamdulillah..kerja (walaupun lagi sibuk dari dulu), environment (totally different compared to previous), namun dengan kuasa Allah segalanya telah dipermudahkanNya..terima kasih atas nikmat kebesaranMu Ya Allah..
malam tadi mimpi kontrak tak disambung ~ sedih
dalam keberadaan yang begitu selesa, pasti aku akan gagal berada di landasan yang betul..alpa dengan duniawi sehingga bersifat hipokrit pada diri sendiri (sangat tidak bagus)..sedar sudah sedikit tersasar, namun tiada tindakan untuk pulang ke pangkal jalan..kerana tuntutan kerja, aku menutup mata hati..totally salah..hati berkata silap, sebelah mata dipejamkan, akal gagal berfungsi kah? 
niat tidak menghalalkan cara! 
sekali kesalahan dilakukan, itu adalah kesilapan..jika diberikan peluang kedua, namun masih membuat kesilapan, itu bodoh namanya..kenapa itu berlaku??tunjang hidup seorang muslimah bagaimana??asas kehidupan bermula dirumah, jika elok dirumah, maka eloklah diluar..kenapa tidak dibawa bersama rumah ke luar??
"jangan kufur nikmat yang diberi percuma, guna kelebihan untuk hikmah bersama, jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama"
[as expected] : mama, papa, along dan adik-adik, doakan agar segalanya dipermudahkan olehNya..doa dan keberkatan kalian adalah kekuatanku ~

0 Critique(s):

Post a Comment