CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 30, 2013

that day ~

28 April lalu merupakan birthday salah seorang kawan (dia mengklasifikasikan saya sebagai sahabat)..seperti biasa sekadar ucapan hari lahir..tamat di situ

pagi ahad itu saya ke pejabat dengan hati sedikit riang dari biasa (mungkin faktor berbaju baru)..jam menunjukkan tepat 5 petang..saya tidak bergegas untuk pulang atas dasar tuntutan kerja..sepatutnya petang ini latihan berenang di Pusat Sukan, tetapi kerana beberapa task perlu disiapkan..maka, saya berkeputusan untuk tidak berlatihan renang..nak dijadikan cerita, siap segala kerja pada hari ahad, saya meringankan tangan dan mata menelaah muka buku..terlihat post bil kiddie funtime dimana kanak-kanak 2 tahun yang sangat pintar mengaji (jelas, terasa hina diri ini)..ada 1 comment yang mencuri mata hati saya..

ceritanya bermula disini, bila dah mata hati tercuri, teruslah tangan, hati dan mata ligat menelaah wall hamba Allah itu..setiap post dan gambar di wall saya baca..terdetik di hati jahil ini " rajinnya budak ni edit segala gambar dan tukar caption"..aktiviti saya masih diteruskan..kali ini melihat tuan punya badan.."oho, budak baru abis spm rupanya"..getus hati saya..patutla banyak masa..saya meringankan tangan menaip ke inbox beliau..memohon maaf atas keterlanjuran telah menelaah (stalked) muka buku beliau..

Alhamdulillah beliau hanya bersahaja..beliau merupakan seorang guru agama..SubhanAllah, patutlah..bagusnya hamba Allah ini..cekalnya hati dia dalam menyampaikan dakwah..seorang yang bernama guru tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya kepada anak muridnya..nampak la effort dia mahu membantu dan membimbing umat islam ke jalan yang diredhai Allah..

saya menyambung aktiviti petang tadi dan membaca beberapa post beliau..terdapat post yang saya rasakan kurang sesuai..jadi dek kelantangan saya, saya menyatakan hasrat ketidak sesuaian perkataan yang digunakan itu..(wah..wah..wah..suka hati kau je kn??nak tegur orang agama!!)..tapi saya sudah memohon maaf kepada beliau..semoga beliau teruskan niat suci untuk berdakwah dan dikurniakan isteri yang solehah..amin..fi amaanillah..

salute pada anda, si anak muda berjiwa besar!!semoga islam terus cemerlang..

[unexpected] : mendambakan keluarga sakinah ~

0 Critique(s):

Post a Comment